KEBAIKAN BAWANG PUTIH DARI SEGI KESIHATAN

KEBAIKAN BAWANG PUTIH DARI SEGI KESIHATAN - Siapa peminat bawang putih? Auni antara yang suka makan bawang putih. Jadi obses kalau dapat bawang putih. Bagi Auni, bawang putih lagi sedap daripada bawang merah.

Walaupun ada yang kata lepas makan bawang putih badan akan berbau, Auni tak peduli semua tu. Benda sedap rugi tak makan, lagi-lagi kalau ianya baik untuk kesihatan.


Setiap 100gram bawang putih akan memberi anda hampir 150 kalori, 22 gram karbohidrat, dan 6.36 gram protein. Bawang putih diperkaya dengan Vitamin B1, B2, B3,B6, folat, Vitamin C, kalsium, zat besi, magnesium, fosforus, kalium, sodium dan zink.

Kandungan sulfur yang tinggi dalam bawang putih memberi sifat antibiotik, ianya membantu menjaga sistem pencernaan dengan cara membersihkan dan membuang toksin.


KEBAIKAN BAWANG PUTIH DARI SEGI KESIHATAN

1. MEMBERSIHKAN DARAH - Bila darah bersih, akan cantiklah luar dan dalam. Ambil 2 ulas bawang putih, ketuk dan rendam dalam segelas air suam, kemudian perah lemon. Petua ini mampu membersihkan darah dan membuang toksin didalam badan.


2. MELEGAKAN SELESEMA - Bawang putih akan memberikan anda kelegaan jika anda mengalami selesema dan sakit kepala. Masukkan 2 ulas bawang putih di dalam satu cawan teh dan letakkan sedikit madu dan halia untuk menaikkan rasa.


3. MENCEGAH PENYAKIT JANTUNG - Mengamalkan bawang putih setiap hari (dalam masakan atau dimakan mentah) mampu mengurangkan kolestrol kerana bawang putih bertindak sebagai anti-oksidan. Ianya juga bermanfaat mengawal tekanan darah dan gula dalam darah. Seeloknya bawang putih diambil secara mentah atau separuh masak kerana khasiat bawang putih akan berkurangan bila dimasak terlalu lama.


4. MENCEGAH KANSER - Oleh kerana sifatnya yang mampu menguatkan imuniti badan, bawang putih dikatakan boleh mencegah kanser perut. Apapun, sila refer doktor dulu ye?


5. MENYIHATKAN KULIT DAN RAMBUT - Bawang putih segar akan melindungi kulit daripada kesan radikal bebas. Ia juga berkesan untuk jangkitan kulat dan kecacingan. Menggosok bawang putih yang dihancurkan atau menggunakan minyak bawang putih di kulit kepala mampu menyihatkan rambut dan memperbaiki rambut rosak.


6. ANTI-BAKTERIA DAN ANTI-PARASIT - Merupakan khazanah perubatan yang paling baik pada zaman dahulu. Digunakan sebagai antibiotik untuk merawat jangkitan bakteria, kulat dan parasit. Ekstrak bawang putih yang dicairkan akan membantu kanak-kanak yang dijangkit jangkitan cacing pita.


AWAS !!

1. PESAKIT ASMA TIDAK BOLEH MEMAKAN BAWANG PUTIH KERANA DIKHUATIRI MEMPUNYAI KESAN SAMPINGAN

2. ELAKKAN BAWANG PUTIH SEBELUM PEMBEDAHAN DAN SEDANG MENGAMBIL UBAT


3. JANGAN MENGAMBIL LEBIH DARIPADA 3 ULAS BAWANG PUTIH DALAM SEHARI

Walaupun bawang putih elok untuk kesihatan dalaman dan luaran, masih ada bahayanya juga disini. Setiap ubat-ubatan yang kita ambil pun boleh memberi kesan sampingan jika ambil secara berlebihan.

Semoga perkongsian ini bermanfaat.
Terima kasih sudi baca.
KEBAIKAN BAWANG PUTIH DARI SEGI KESIHATAN KEBAIKAN BAWANG PUTIH DARI SEGI KESIHATAN Reviewed by Tunsha Ayunie on September 04, 2017 Rating: 5

10 comments

  1. Bawang-bawang ni walaupun busuk, tapi banyak khasiat..

    ReplyDelete
  2. Banyak manfaat bswang putih ni kan.. Sebelum goreng ikan, Mai perap ikan dgn bawang putih tumbuk. Sedapp

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  3. Oh bagus ni.. saya mmg suka makan bawang putih terutama klu mee goreng, nasi goreng ada bawang putih.. lagi bnyk lagi sedap :)

    ReplyDelete
  4. Waaaa bagusnya bawang putih byk khasiat rupanya ye. sis tau msk jerk. kalau roti mmg suka buh garlic sbb bau wangi.

    ReplyDelete
  5. alamak..akikatnya unni memang x suka bawa... btw nice info kak oni

    ReplyDelete
  6. badan busuk kan kalau byk mkn bwg putih...tp benefit dia banyak...

    ReplyDelete
  7. Bawang yang kecil tapi penuh dengan Khasiat

    ReplyDelete
  8. Ooo... Bagus ye beg putih ni byk kelebihannya.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.