CENDAWAN KUKUR DI KAYU LAMA - DARI JARI NOVELLA

September 18, 2017

CENDAWAN KUKUR DI KAYU LAMA

CENDAWAN KUKUR DI KAYU LAMA - Pasal cendawan pun boleh jadi gaduh tau. Auni dah lama perati cendawan atau kulat yang tumbuh di atas kayu katil lama yang abah letak kat luar tu. Haritu Auni petik, ambil bau, memang macam cendawan kukur atau lebih dikenali dengan kulat sisir.

Excited sangat nak petik tapi masalahnya bila tanya tuan suami, dia punyalah cakap itu cendawan beracun. Puas tau Auni Google dan bagitau dia, dia tetap cakap itu cendawan beracun. Hish..


Walaupun yakin, takut jugak sebenarnya nak cuba-cuba makan. Yela, kalau kena racun sia-sia je. Tapi geram sangat bila tengok cendawan tu tumbuh dengan jayanya di atas kayu. Bila research kat Google, gambar dan info macam sebiji pulak macam yang ada kat rumah ni.

Sebab tak berani nak cuba tambahan kena marah pulak dengan tuan suami sebab gatal-gatal nak cuba, maka Auni tengok je laa tanpa buat apa-apa.

Bila post dekat Facebook, ramai yang kata memang cendawan beracun. Ok, tuan suami menang!

4 comments:

  1. Kalau mama mmg tak berani cendawan ni sebab kurang ilmu. Xtau mana yg beracun mana yg x

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama laa... cuma cendawan tu nampak best je.. tergoda..

      Delete
  2. hehehehehee.. tuan suami menang..!
    nasib baik tak ingkar.. kannnn.. :)

    ...

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.