BELAJARLAH BERSYUKUR - DARI JARI NOVELLA

September 25, 2017

BELAJARLAH BERSYUKUR

BELAJARLAH BERSYUKUR - Heboh di socmed (Social Media) tentang seorang makcik yang mengadu tentang 'menu sedih' untuk mangsa banjir. Mungkin tanggapan makcik itu ramai yang akan menyokongnya, tetapi tanggapannya meleset apabila dia dikecam bertubi-tubi.

Auni tidak mahu mengecam makcik ni. Ya, mungkin salah dari persepsi negatif dia tentang menu itu. Mungkin dia tak biasa makan sardin, so tanggapan dia sardin itu sejenis makanan sedih.


Sekadar mengimbas kembali status tersebut.

BELAJAR BERSYUKUR

Buat makcik atau sesiapa yang ada reaksi macam makcik ini, bersyukurlah dengan rezeki ikan sardin dan sayur taugeh itu. Itu adalah makanan sedap bagi orang susah tau. Ikan sardin sekarang mahal, tak kiralah yang basah ataupun yang didalam tin. Ianya lebih baik daripada makcik dapat nasi bersiram kicap semata.

PERNAH RASA SUSAH

Auni pernah rasa susah. Duit pun hanya untuk digunakan pergi balik hospital. Sebelum kahwin tak pernah rasa susah. Lepas berkahwin baru tahu siksanya hidup. Duit nak makan hanya bergantung duit syiling. Ada duit, adalah makan. Itupun roti canai dan teh tarik. Ada duit lebih sikit hanya beli sebungkus nasi kongsi dengan suami. Auni makan isi ikan dan suami hanya makan sirip dan ekor ikan je. Kalau pada ketika itu dapat ikan sardin dan sayur taugeh ini, kamilah manusia paling bersyukur ketika itu.

Bila kita rasa susah, ramai lagi lebih susah. Ada orang dapat telur goreng dah makan dengan lahap. Kesian.... sebab lapar.

Pedoman untuk semua termasuk Auni, apapun rezeki yang ada di depan mata, bersyukurlah.

6 comments:

  1. Hurmmm... Memang tak bersyukur ni. Sedap apa makan sardin dengan sayur taugeh. Sardin bukan makanan orang miskan dah sebab sardin dah mahal.

    ReplyDelete
  2. akak dapat ni pun dah ok janji ada makanan.
    Kita makan ikut keadaan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau xnak makan pun janganlah sampai mencerca..

      Delete
  3. makan je rezeki allah bagi. asalkan kenyang.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.