ADAKAH TRAGEDI PUSAT TAHFIZ DARUL ITTIFAQIYAH SATU PERBUATAN KHIANAT?

ADAKAH TRAGEDI PUSAT TAHFIZ DARUL ITTIFAQIYAH SATU PERBUATAN KHIANAT? - Sejak subuh semalam, rakyat Malaysia tidak habis-habis mempersoalkan tentang kejadian tragedi kebakaran yang berlaku di Pusat Tahfiz Darul Ittifaqiyah.

Kejadian ini meragukan dari sudut cerita saksi dan mangsa yang terselamat. Sebelumnya, wartawan melaporkan punca kejadian ini adalah disebabkan litar pintas. Hmm.. Auni still keep update cerita ni sebab nak tahu sangat. Something fishy tau.

Kemudian, wartawan kembali melaporkan bahawa bomba cakap kejadian tersebut bukanlah disebabkan litar pintas kerana cara api merebak agak pelik dan luar biasa.


Seorang mangsa yang terselamat memberitahu yang dia ada terbau gas dan kebakaran bermula dari pintu. Sesuatu yang pelik kan? Bomba juga menemui dua biji tong gas kuning di depan pintu sedangkan tong gas milik pusat tahfiz adalah berwarna hijau. Seorang ustaz pula berkata, ketika ingin masuk tidur lebih kurang jam 11 malam, tiada sebarang tong gas di pintu.

Berita sebelumnya mengatakan ada sisa bahan kimia tetapi berita terbaru mengatakan tiada bahan kimia ditemui.

Terlalu banyak spekulasi dan justifikasi tentang kes ini. Rakyat Malaysia masih tertanya apa puncanya. 

Ya, memang semua ketentuan daripada Allah SWT. Tetapi setiap yang berlaku berpunca dari penyebabnya jugak kan? Semoga pihak berwajib cepat menemui sebab dan punca kebakaran tersebut.

Akhir kata, jadikanlah kisah ini sebagai pengajaran. Auni dengar pusat tahfiz ini tidak mendapat kelulusan pun so tiada sistem keselamatan yang diambil-berat. Yang jadi mangsa, anak-anak kecil yang baru ingin mengenali dunia.

Siapa salah? Sama-sama kita tunggu cerita dan bukti sebenar.

Penulis Marhaenis.
Tunsha.
ADAKAH TRAGEDI PUSAT TAHFIZ DARUL ITTIFAQIYAH SATU PERBUATAN KHIANAT? ADAKAH TRAGEDI PUSAT TAHFIZ DARUL ITTIFAQIYAH SATU PERBUATAN KHIANAT? Reviewed by Tunsha Ayunie on September 15, 2017 Rating: 5

6 comments

  1. Semoga Allah bukakan cerita sebenar jika ada punca khianat atau yg tak sepatutnya. Sama2lah kita berdoa agar Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka dan diberi ketabahan kepada ahli keluarga mangsa dlm menghadapi dugaan besar ini.. aamiin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ameen. Moga Allah tunjukkan kebenaran dan mereka yang terlibat mendapat hukuman sewajarnya.

      Delete
  2. semoga dapat menncari penyelesaian dan penyudah terbaik...

    ReplyDelete
  3. semoga yang bertanggungjawab dikenakan hukuman setimpal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan? Sedih sungguh bila dapat tahu yang muda-muda terlibat..

      Delete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.