9/1/17 - DARI JARI NOVELLA

September 29, 2017

RESEPI LANGOS (DONUT HUNGARY)

3:19 PM 2
RESEPI LANGOS (DONUT HUNGARY)
RESEPI LANGOS (DONUT HUNGARY) - Dah lama tak kongsi resepi kan? Auni dah lama nampak resepi Langos ni tapi tak terbuat-buat lagi. Masa amat suntuk. Saja nak share dalam blog, khas untuk korang yang nak cuba. 

Mungkin ada yang tidak tahu, Langos atau dikenali juga sebagai Lalanga ini adalah sejenis makanan  disukai penduduk Hungary. Lebih kurang macam donut atau roti puri lah makanan ni sebenarnya. Tapi yang Auni tahu, diorang suka sapu krim masam.

Sekadar hiasan

RESEPI LANGOS (DONUT HUNGARY)
Bahan-bahan :
1 ketul kentang saiz besar (direbus, dikopek, dilenyek dan biarkan suam)
2 1/2 sudu kecil yis segera + 1 sudu kecil gula (dibancuh dengan sedikit air suam dan biar kembang)
1 3/4 tepung serbaguna @ tepung gandum
1 sudu besar minyak sayuran
3/4 sudu kecil garam
1/2 cawan susu segar

Cara-cara :
Campurkan kentang lenyek tadi bersama yis, tepung, minyak, garam dan susu didalam mangkuk pengadun. Dengan menggunakan mixer, adun adunan tadi sehingga sebati dan lembut. Balik-balikkan adunan tadi menggunakan spatula dan teruskan adun selama lebih kurang 5 hingga ke 7 minit.

Masukkan doh tadi ke dalam mangkuk dan tutup dengan kain basah. Biarkan doh mengembang 2 kali ganda.

Setelah itu, uli doh dan bahagikan doh kepada empat bahagian. Bentukkan setiap doh pada bebola kecil dan susun di atas dulang yang sudah ditabur dengan tepung. Rehatkan kembali doh selama 20minit.

Kemudian, leperkan sedikit bebola doh tadi menggunkan jari. Hanya tekan-tekan saja doh tadi menjadi leper. 

Panaskan minyak dan goreng secara terendam. Setiap bahagian lebih kurang 2 minit atau hingga kelihatan coklat keemasan. Setelah masak, angkat langos tadi dan tos atas tisu dapur. SIAP!

UNTUK INTI ATAS LANGOS
Sapukan krim masam, tabur bawang putih cincang dan daun parsley. Ini untuk savori. Kalau sukakan yang manis, boleh taburkan gula bercampur dengan serbuk kayu manis.

Selamat mencuba!

LIRIK LAGU PRIME DOMESTIC : SEDINGIN PLUTO

1:34 PM 0
LIRIK LAGU PRIME DOMESTIC : SEDINGIN PLUTO
LIRIK LAGU PRIME DOMESTIC : SEDINGIN PLUTO - Korang tahu tak tentang kewujudan kumpulan Prime Domestic ini? Kumpulan ini masih baru walaupun ahli kumpulannya ada yang kita kenal contohnya Aweera dan Joe Wings.

Awal-awal dengar lagu Sedingin Pluto ini, Auni ingatkan Awie. Tapi lama-lama dengar, baru dapat teka bahawa vokalisnya adalah Aweera. Sememangnya Auni menunggu Aweera muncul kembali selepas dia keluar daripada Mojo.


Prime Domestic menampilkan Aweera sebagai vokalis, serta pemain gitar iaitu Joe dan Hillary, pemain bass Fauzi Gee dan Ainol sebagai pemain drum. Jom Auni share lirik lagu Sedingin Pluto, iaitu single terbaru dari kumpulan Prime Domestic!

TAJUK LAGU : SEDINGIN PLUTO
PENYANYI : PRIME DOMESTIC
KOMPOSER : Joe Wings (OP : Anggerik Menawan SB/SP : Universal Music)
LIRIK : Ishmael MS (OP : Tiang Seri Publishing/SP : Luncai Emas SB)

LIRIK LAGU SEDINGIN PLUTO
(VERSE 1)
Tiada lagi asmara
Buat ku terpesona
Tiada lagi cumbuan
Pada cahaya bintang
Benar bukan igauan
Hati kaku membeku
Bagai pluto yang dingin
Asing jauh terbuang

(VERSE 2)
Padamnya asmara
Suramnya pesona
Perginya dambaan
Mentari dan bulan
Lamanya dinanti
Panas tak menjadi
Kau pluto yang dingin
Malam tak pernah siang

(CHORUS)
Kasihku padamu
Seluas semesta
Kasihmu padaku
Sekelumit cuma
Rindu kau pinggirkan
Walau seketika
Bukan sembarangan
Jadi berantakan akhirnya

(BRIDGE)
Rindumu semakin kurang
Pudar dan semakin hilang
Dirimu bukan lagi yang dulu
Kini bersarang
Membeku di minda ku

Bagi Auni, lagu seperti ini baru nampak value muzik. Maaflah, Auni lebih suka dengan genre rock dan evergreen macam ni. Tak meleleh, best je dengar. Semoga Prime Domestic diterima ramai dan terus maju !

Terima kasih sudi baca.

BAHANA TERLALU LEKA BERSELFIE

12:57 PM 2
BAHANA TERLALU LEKA BERSELFIE
BAHANA TERLALU LEKA BERSELFIE - Selfie atau swafoto menjadi trend dikalangan rakyat seluruh dunia. Selfie atau swafoto ini biasanya adalah mereka yang ingin menjadikan foto mereka sebagai kenangan.

Namun, jika terlalu leka, mungkin mengundang bahana kepada diri sendiri atau orang lain. Bahaya yang terjadi pun kita tidak sedar.


Itulah yang terjadi kepada Vishwas G, 17 tahun,  yang berasal dari Bangalore. Vishwas G asalnya pergi berkelah dan bermandi-manda bersama kawan-kawan sekolahnya. Malang tidak berbau kerana ketika di dalam sungai, Vishwas didapati lemas.

Kawan-kawan dia ada disitu, tetapi mereka tidak menyedari Vishwas yang sedang lemas kerana mereka asyik berselfie. 


Selepas bergambar, kawan-kawan Vishwas terus keluar dari sungai itu tanpa menyedari perkara yang menimpa Vishwas. Mereka hanya menyedari kehilangan Vishwas setelah berkumpul bersama-sama di dalam sebuah kuil. Keluarga Vishwas G naik angin kerana beranggapan guru yang ditugaskan cuai. 

Vishwas G, 17 tahun

Pengajaran dari kisah ini, walaupun kita sedang bergembira dan berseronok, perhatikanlah keadaan sekeliling. Mungkin ketika itu rakan atau orang sekeliling memerlukan bantuan kita.

Hmm... kerana selfie, kemalangan terjadi. Selalunya membawa mati. Moga atau manfaat dari kisah tentang Vishwas ini.

Terima kasih sudi baca.

SUMBER : MEDIAMASAKINI

September 28, 2017

4 SEBAB KENAPA PERLU IKRAR DERMA ORGAN

10:30 AM 2
4 SEBAB KENAPA PERLU IKRAR DERMA ORGAN
4 SEBAB KENAPA PERLU IKRAR DERMA ORGAN - Kebanyakkan daripada rakyat Malaysia sangat takut untuk menderma organ. Paling tidak masuk akal bila ada individu yang mengeluarkan statement dimana 'Allah berikan hidupkan kita dengan sempurna, kita harus kembali dalam keadaan sempurna'.




Dalam Surah Ma'idah, ayat 32, Allah SWT berfirman :

"..dan sesiapa yang menjaga keselamatan hidup seorang manusia, maka seolah-olah dia telah menjaga keselamatan hidup manusia semuanya. "

Firman Allah ini boleh dijadikan rujukan dimana menderma organ adalah dibolehkan bagi membantu satu nyawa. Allah Maha Mengetahui.


Kalau rajin, korang boleh baca tentang Pemindahan Organ Dari Perspektif Islam



Image result for statistik pendermaan organ di malaysia
Source from Google

Di Malaysia, tidak ramai yang mempunyai kesedaran tentang pendermaan organ. Ramai rakyat Malaysia berkira-kira dan takut untuk menderma. Mari Auni kongsikan sikit sebab kenapa korang perlu berikrar sebagai penderma organ.


4 SEBAB KENAPA PERLU IKRAR DERMA ORGAN

1) MENDIDIK DIRI UNTUK KEKAL SIHAT - Walaupun dengan berikrar, tidak semestinya buah pinggang korang layak didermakan kepada pesakit. Oleh itu, setelah berikrar, korang akan diseru untuk mengamalkan pemakanan yang sihat dan kekal aktif. Disamping itu, boleh mendidik diri korang untuk meninggalkan perkara-perkara yang memudaratkan kesihatan.


2) PENDERMA ADALAH SEORANG HERO ! - Mungkin diangkat sebagai HERO itu tidak seberapa bagi penderma. Tetapi membantu mereka yang memerlukan, suatu pengorbanan yang berharga! Bayangkan sebelah buah pinggang korang 'hidup' didalam tubuh orang lain? Perkongsian hidup yang sangat indah, kan?


3) MENJADIKAN PENDERMA SEORANG YANG TEKAD - Auni sangat faham dengan keadaan ini. Bila ingin menderma, akan timbul perbalahan dan isu diantara penderma dengan keluarga. Ada juga yang mengaitkan dengan agama. Namun, seorang penderma berjiwa waja. akan tekad dengan keputusan untuk insan-insan yang memerlukan ini. 


4) DAPAT MENGHARUMKAN NAMA NEGARA - Seperti yang Auni katakan sebelum ini, peratus orang yang berikrar sebagai penderma di Malaysia sangat-sangat kurang. Daripada statistik, Malaysia sangat ketinggalan jauh berbanding negara-negara lain yang lebih terbuka mengenai pendermaan organ. Jadi, jika kita ramai-ramai berikrar sebagai penderma organ, Malaysia juga mampu setanding dengan negara-negara luar, sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, kan?

KREDIT : DERMA-ORGAN
---------------------------------------------------------------------------------

Tiada pemaksaan sebenarnya, cuma sekadar berkongsi. Pakar Nefrologi, Dr. Rafidah pernah bercakap, dimana rakyat Malaysia lebih suka 'menerima' daripada 'memberi'.


Akhir kata dari Auni, amalkanlah kehidupan dan pemakanan yang sihat. Sesungguhnya menjadi pesakit kronik adalah 'azab' yang tidak kelihatan di mata kasar.


Terima kasih sudi baca.

September 27, 2017

CARA BLOCK ORANG YANG SUDAH BLOCK KITA DI FACEBOOK

9:42 AM 2
CARA BLOCK ORANG YANG SUDAH BLOCK KITA DI FACEBOOK
CARA BLOCK ORANG YANG SUDAH BLOCK KITA DI FACEBOOK - Sebagai manusia, adakala dalam media sosial pun ada yang buat kita rasa tidak serasi dengan kawan-kawan kita di alam maya ini. Ada yang mengambil langkah untuk "block" Friend list.


Auni dah banyak kali kena block, mungkin sebab sikap Auni kot? Well... kita tak boleh nak puaskan semua orang kan? Bagi Auni, kalau yang serasi berkawan dengan Auni, alhamdulillah. Kalau tidak, Auni tak ada isu untuk itu. Nak putus ukhwah, silakan.

So, Auni saja nak share macam mana nak block orang yang sudah block kita. Apa manfaatnya? Tak ada manfaat apapun *haha* .. But sometimes bila kita kena block, ada satu rasa tak best disitu. So kita pun macam nak buat perkara sama, kan? Ok, Auni saja nak share, mana tahu ada manfaat pulak untuk korang.


Mula-mula, korang klik pada simbol (?) .



Kemudian, pilih PRIVACY SHORCUTS.



Klik pada option : 
HOW DO I STOP SOMEONE FROM BOTHERING ME?



Korang akan nampak satu kotak nama untuk korang block. Letak lah nama sesiapa yang korang nak block tu.



Timbul pulak kotak ni. Klik butang BLOCK.
Siap!

Entri ni sama sekali bukan niat menghasut atau menggalakkan sesiapa untuk berputus-putusan sesama kawan ya? Sekadar perkongsian andai ada yang rasa tuto ini bermanfaat. Pesanan terakhir buat penaja, BLOCK di Sosial Media bukanlah pengakhiran ukhwah di dalam silaturrahim.

Terima kasih sudi baca.

September 25, 2017

BELAJARLAH BERSYUKUR

4:41 PM 6
BELAJARLAH BERSYUKUR
BELAJARLAH BERSYUKUR - Heboh di socmed (Social Media) tentang seorang makcik yang mengadu tentang 'menu sedih' untuk mangsa banjir. Mungkin tanggapan makcik itu ramai yang akan menyokongnya, tetapi tanggapannya meleset apabila dia dikecam bertubi-tubi.

Auni tidak mahu mengecam makcik ni. Ya, mungkin salah dari persepsi negatif dia tentang menu itu. Mungkin dia tak biasa makan sardin, so tanggapan dia sardin itu sejenis makanan sedih.


Sekadar mengimbas kembali status tersebut.

BELAJAR BERSYUKUR

Buat makcik atau sesiapa yang ada reaksi macam makcik ini, bersyukurlah dengan rezeki ikan sardin dan sayur taugeh itu. Itu adalah makanan sedap bagi orang susah tau. Ikan sardin sekarang mahal, tak kiralah yang basah ataupun yang didalam tin. Ianya lebih baik daripada makcik dapat nasi bersiram kicap semata.

PERNAH RASA SUSAH

Auni pernah rasa susah. Duit pun hanya untuk digunakan pergi balik hospital. Sebelum kahwin tak pernah rasa susah. Lepas berkahwin baru tahu siksanya hidup. Duit nak makan hanya bergantung duit syiling. Ada duit, adalah makan. Itupun roti canai dan teh tarik. Ada duit lebih sikit hanya beli sebungkus nasi kongsi dengan suami. Auni makan isi ikan dan suami hanya makan sirip dan ekor ikan je. Kalau pada ketika itu dapat ikan sardin dan sayur taugeh ini, kamilah manusia paling bersyukur ketika itu.

Bila kita rasa susah, ramai lagi lebih susah. Ada orang dapat telur goreng dah makan dengan lahap. Kesian.... sebab lapar.

Pedoman untuk semua termasuk Auni, apapun rezeki yang ada di depan mata, bersyukurlah.

September 24, 2017

HANTU DIBAWAH KATIL HANYA MITOS?

1:27 AM 1
HANTU DIBAWAH KATIL HANYA MITOS?
HANTU DIBAWAH KATIL HANYA MITOS? - Selalunya kalau kita layan cerita seram, mesti kebanyakkan daripada cerita itu ada adegan hantu bawah katil. Bagi korang mungkin agak cliche kan? Ada juga yang mempercayai tentang kehadiran hantu bawah katil ni, salah seorangnya Auni.

Sejenis Auni memang setiap malam takut nak tengok bawah katil ye ! Especially bila duduk dekat hotel atau homestay. Rasa seram selalu menyelubungi diri. Sometimes, dekat bilik sendiri pun takut jugak.

Persoalannya, adakah hantu bawah katil ni wujud? Yang difahamkan, hantu tu tak adalah, tapi kalau MAYAT ,  terlalu banyak dalam bilik hotel di AMERIKA !

Google Source | Gambar Hiasan

Terlalu banyak mayat-mayat yang dijumpai dibawah katil hotel seluruh Amerika seperti Florida, California, Las Vegas, Atlantic City dan New Jersey. 

Ada satu kes mengerikan terjadi pada tahun 2003. Seorang penduduk hotel telah terhidu bau yang pelik di dalam bilik hotelnya di Motel Capri. Tingkap sudah dibuka selama 3 hari tetapi bau pelik dan busuk itu tidak hilang-hilang. 

Pelanggan itu kemudian daftar keluar dari hotel dan pekerja hotel mula membersihkan bilik itu. Kemudian, pekerja menjumpai mayat seorang lelaki yang membusuk di bawah katil bilik itu.

Haaa... korang lepas ni JANGAN PANDANG BAWAH KATIL !

September 22, 2017

SINOPSIS DRAMA RAISHA (TV3)

9:18 PM 3
SINOPSIS DRAMA RAISHA (TV3)
SINOPSIS DRAMA RAISHA (TV3) - Tengok iklan, cerita ni macam best sebab ramai pelakon yang best-best. Korang layan tak drama-drama ni? jangan lupa saksikan drama berepisod Raisha di slot Lestary TV3 ! Drama ini menampilkan Diana Danielle sebagai watak utama.


JUDUL : RAISHA
HARI / MASA : Bermula 21 September 2017, Rabu & Khamis, 9.00 malam
SIARAN : Slot Lestary TV3
SKRIP : Mufid Suhaimi & Next Scene Team
PENGARAH : Nizam Zakaria
TERBITAN : OrangeTree Production Sdn Bhd
PELAKON : Diana Danielle, Hafidz Roshdi, Taib Zamannuri, Puteri Aishah, Ariff Aziz, Aishah Azman, Tash Yong, Abil, Tunku Hanis, Megat Amir, Adam Lee, Rais Hazlin, Laila Nasir, Noniswira, Ridzuan Hashim, Kismah Johari, Zarina Zainuddin, Rahim Jailani, Aishah Atan, Tunku Hanis, Putra Amaris, Ainin Batrisya

SINOPSIS RAISHA 
Mengisahkan seorang gadis materialistik bernama Raisha yang lahir dalam keluarga yang serba sederhana. Ibu bapanya, Samsudin dan Arfah yang telah berkahwin lebih 10 tahun, awalnya tidak dikurniakan zuriat. Setelah lama menunggu, akhirnya Arfah mengandung dan melahirkan Raisha.

Ketika Raisha berumur 7 tahun, Arfah ditimpa kemalangan dan meninggal dunia. Tragedi ini memberi impak yang amat dalam kepada Raisha dan juga bapanya.

Walaupun kehidupan Raisha di kampung serba kekurangan, Samsudin sentiasa memberikan pakaian dan barangan yang elok untuk anaknya itu. Masa berlalu dan Raisha sudah pun meningkat dewasa. Raisha membesar menjadi seorang yang kuat memberontak apabila permintaannya tidak diturutkan. kerana dari kecil dia sudah dimanjakan. Perkara itu membuat mereka tidak sehaluan dan selalu mengadu di kubur Arfah.

Sifat Raisha yang manja itu semakin menjadi-jadi setelah dia melanjutkan pelajaran di pusat pengajian tinggi swasta. Dia merasakan kebebasan tanpa pengawasan bapanya. Di Kuala Lumpur, Raisha telah berkenalan dengan pelbagai jenis orang dari golongan kaya dan golongan dari industri fesyen.

Dengan berbekalkan kecantikan yang ada padanya, Raisha sentiasa ditawarkan untuk menjadi peragawati. Kehidupannya mulai liar dan suka ke kelab malam. Dia juga menjadi perempuan simpanan bapa rakannya, Melly. Kebahagiaan bersama bapa Melly yang dirasakan oleh Raisha tidak lama selepas hubungannya dengan bapa Melly dapat dihidu oleh ibu Melly.

Selepas memutuskan hubungan dengan bapa Melly, Raisha telah menjalinkan hubungan dengan Putra yang merupakan seorang playboy. Dirinya ditipu sekali lagi, namun Raisha tidak insaf.

Dia meneruskan kehidupannya sebagai gadis liar demi duit. Bagaimanakah kesudahan kehidupan Raisha? Dapatkah Raisha memperbaiki kehidupannya?

SUMBER : MYINFOTAIP

PESAKIT MENTAL MEMENGGAL KEPALA CUCU SAUDARANYA

4:42 PM 0
PESAKIT MENTAL MEMENGGAL KEPALA CUCU SAUDARANYA
PESAKIT MENTAL MEMENGGAL KEPALA CUCU SAUDARANYA - Bila baca, rasa ngeri pun ada. Nak marah dia pun macam tak boleh, sebab penyakit mental ni boleh datang bila-bila masa sahaja.

Berlaku di Astrakhan, Russia, apabila seorang lelaki berumur 42 tahun bernama Mikhail Ellinsky, telah memenggal kepala seorang budak perempuan berusia 18 bulan yang juga merupakan cucu saudaranya.


Mikhail merupakan seorang pembunuh yang telah ditahan di hospital mental sejak enam tahun lalu kerana disahkan mengidap 'paranoid schizophrenia', namun telah dibebaskan oleh pihak hospital setelah diyakini dia sudah 'sihat'.

Sebelum itu, anak saudaranya, Tatiana, pernah merayu supaya pihak hospital tidak membebaskan bapa saudaranya itu, kerana Mikhail pernah membunuh.

Kejadian berlaku apabila anak Tatiana, iaitu Natalia, sedang bermain di atas basikal beroda tiga. Mikhail kemudian menarik Natalia masuk ke dapur dan mula memotong Natalia.

Tatiana yang panik cuba untuk menyelamatkan anaknya, tetapi malangnya dia juga turut ditikam dan mengalami kecederaan serius.

Mikhail mati akibat ditembak kerana enggan menyerahkan diri dan telah mengancam anggota polis.

SUMBER : HMETRO

JADI PENGGUNA BIJAK DENGAN MUAT TURUN APLIKASI ADUAN DAN PANTAU HARGA

8:14 AM 9
JADI PENGGUNA BIJAK DENGAN MUAT TURUN APLIKASI ADUAN DAN PANTAU HARGA
JADI PENGGUNA BIJAK DENGAN MUAT TURUN APLIKASI ADUAN DAN PANTAU HARGA - Sememangnya pelbagai masalah yang melanda di negara kita. Penipuan harga dan barang-barang tiruan ada dimana-mana. Ekonomi pulak tidak stabil. Nak beli bahan mentah pun berkira-kira harga.


Tapi jangan risau, KPDNKK telah melancarkan aplikasi-aplikasi yang bermanfaat untuk para pengguna. So, takdelah nak stress sangat kan? Aplikasi-aplikasi ini melibatkan Aduan dan Pantauan Harga. Sementara itu, korang boleh download aplikasi FRIENDS OF KPDNKK (F.O.K) . Haaaa.. Apa benda F.O.K tu?



FRIENDS OF KPDNKK (F.O.K) 

FRIENDS OF KPDNKK (F.O.K) ditubuhkan bagi memastikan sukarelawan yang berdaftar dapat menjalankan fungsi dan peranan dengan lebih berkesan termasuk dalam pemantauan harga barangan.

Selepas mendaftar, korang dah boleh jadi pemerhati bebas. Maknanya, korang akan jadi lebih prihatin dan peka dengan masalah yang berlaku di sekeliling kita ini. Sukarelawan F.O.K juga boleh membantu untuk menyalurkan maklumat menggunakan aplikasi yang disediakan.


Korang boleh terus daftar sebagai ahli sukarelawan FOK. Apa yang menarik dan istimewanya, korang akan dapat satu KAD MAYA selepas mendaftar. Auni pun dah ada Kad Maya sendiri. Bestnya!

KEISTIMEWAAN KAD FRIENDS OF KPDNKK
Kad Friends of KPDNKK adalah kad diskaun (loyalty card) yang dikeluarkan oleh Bank Rakyat kepada anggota-anggota Friends of KPDNKK.

Ianya mempunyai tiga fungsi iaitu sebagai:
- Kad Diskaun
- Kad Loyalti
- Kad Pengenalan Diri Sebagai Anggota Friends of KPDNKK


Korang boleh muat turun aplikasi FRIENDS OF KPDNKK di Google Playstore

iOS :

Android :




APLIKASI EZ ADU

Ez ADU pula adalah aplikasi peranti pintar mudah alih yang membolehkan pengguna untuk membuat sebarang aduan. Ini bukan aduan kosong ya? Aduan yang korang lakukan kepada KPDNKK akan diambil tindakan yang sewajarnya.


Pengguna boleh membuat aduan mereka dengan 4 langkah yang mudah iaitu dengan memasukkan butiran aduan, laporan aduan, membuat geo tagging dan menyertakan gambar sebagai bukti.

Auni dah cuba download dan guna. Sememangnya aplikasi ini menarik. Bukan itu saja, Ez ADU menyediakan lebih dari 5 kategori aduan seperti hal berkaitan cetak rompak, barang tiruan dan keselamatan kanak-kanak. Ada pelbagai lagi tau !


HANYA DENGAN 4 LANGKAH MUDAH !!!

Butir Aduan - Laporan Aduan - Geo Tagging - Gambar Bukti 

Pengguna juga boleh menyemak status aduan dan tindakan yang diambil oleh pihak KPDNKK terhadap aduan tersebut. Semoga dengan adanya aplikasi ini, pengguna akan lebih senang membantu pihak KPDNKK dalam mengawasi perdagangan komestik di negara ini.

Aplikasi EZ ADU boleh di muat turun di Google Playstore

iOS :

Android :




APLIKASI PANTAU HARGA

Aplikasi Pantau Harga ini sememangnya diperlukan bagi para pengguna. Yela, zaman sekarang kita seakan berkira-kira untuk membeli apapun. Dengan aplikasi ini, korang boleh memantau harga barangan terkini.

Memang Auni suka sangat dengan aplikasi Pantau Harga ini. Selain aplikasi yang mudah digunakan, ianya juga membantu kita melakukan kiraan bajet sebelum keluar membeli. Takde laa boros je kan?


Lepas daftar masuk, korang akan nampak harga-harga terkini bagi setiap barang basah dan kering. Nak tahu lebih, boleh klik di Carian Kategori. Disitu pelbagai kategori barang yang ada. Memang boleh buat korang teruja !


Awal-awal memang Auni klik Barangan Segar dan sudah tentu Auni mahu tahu harga ayam terkini. Oh ya, menariknya aplikasi ini adalah, korang boleh set tempat dan harga barang bagi setiap tempat. Sebagai contoh, Auni nak cari HARGA AYAM DAERAH GOMBAK, so ianya akan muncul harga dari setiap Supermarket yang ada di Gombak. Best tak? Jangan lupa untuk muat turun aplikasi Pantau Harga! Jadilah pengguna yang bijak.

Aplikasi PANTAU HARGA boleh di muat turun di Google Playstore

iOS : 

Android : 


Untuk keterangan lebih lanjut sila layari :

September 20, 2017

CARA MEMBUANG CRAWL ERRORS STEP BY STEP

10:11 AM 8
CARA MEMBUANG CRAWL ERRORS STEP BY STEP
CARA MUDAH MEMBUANG CRAWL ERRORS - Tahu tak korang, kalau ada link errors atau crawl errors, Search Of Engine atau SEO akan terganggu? Cara nak detect korang punya crawl errors, boleh semak disini -----> WEBMASTERS TOOLS .

Crawl Errors terjadi adalah disebabkan entri korang atau konten blog sudah dipadam/delete. So ianya menjadi 'sampah' je.


Disebabkan ramai yang tak tahu menggunakan Webmaster Tools, maka Auni rasa macam nak share apa yang Auni tahu. By the way, Auni pun masih belajar tau. So tak semuanya Auni pandai ya? Oklah, Auni nak share tutorial secara step by step. Kalau tak faham boleh drop comment.
.
.
.
.

CARA MENYEMAK CRAWL ERRORS STEP BY STEP


Pergi ke bahagian Crawl.
Pilih Crawl Errors dan lihat Crawl Stats.
Tekan bahagian Not Found.


Disitu korang akan jumpa list broken link atau crawl errors dalam blog korang. Kebanyakkannya adalah ERROR 404  atau NOT FOUND.

Klik Download.


Pilih format dokumen - Google Docs dan OK.



Tekan huruf (A) , dan tekan Control + C .
Paste dalam Notepad.

Ok, itu untuk korang semak dan simpan Crawl Errors. Dah lulus ke perkara diatas ni? Kalau dah lulus, Auni share cara nak buang semua sampah Crawl Errors ni.
.
.
.

CARA MEMBUANG CRAWL ERRORS STEP BY STEP



Copy satu demi satu link yang sudah di-paste didalam Notepad tadi.
Pergi semula ke WEBMASTERS TOOLS .
Pilih Google Index dan pilih Remove URLs .
Tekan Temporarily Hide.


Ambil satu link dalam Notepad tadi, dan paste didalam kotak Temporarily Hide.
Tekan Continue.



Pilih Temporarily Hide Page From Search Results And Remove From Cache.
Tekan Submit Request.
Ulang step sampai habis Crawls Errors habis.
Selepas itu, pergi semula ke laman Crawl Errors , tick semua dalam kotak dan tekan MARK AS FIXED.

Itu saja step untuk membuang Crawl Errors. Mudah kan? Selamat mencuba !

SINOPSIS DOSA PEREMPUAN (TV3)

12:05 AM 0
SINOPSIS DOSA PEREMPUAN (TV3)
SINOPSIS DOSA PEREMPUAN (TV3) - Jangan lupa saksikan drama menarik yang akan ditayangkan di Cerekarama TV3 berjudul Dosa Perempuan. Drama ini menggabungkan pelakon popular iaitu Mira Filzah, Nad Zainal dan Redza Rosli.


JUDUL : DOSA PEREMPUAN 
TARIKH / MASA : Sabtu, 23 September 2017, 9.00 malam
SIARAN : Slot Cerekarama TV3
PENGARAH : Murali Abdullah
TERBITAN : Zeel Production Sdn Bhd 
PELAKON : Redza Rosli, Nad Zainal, Mira Filzah, Aaidit Noh, PU Rizz, Duerra Mitilda

SINOPSIS DOSA PEREMPUAN
Nik adalah seorang peguam yang sedang menyelesaikan kes pembunuhan yang sedang menular di laman sosial. Sejak mengendalikan kes itu, dia mula paranoid dan sentiasa berasa tidak sedap hati memikirkan keselamatan keluarganya. Dalam pada itu, seorang gadis bernama Tasha yang mula rapat dengan keluarganya, telah membawa motif tertentu.

SUMBER : MyInfoTaip 

September 18, 2017

CENDAWAN KUKUR DI KAYU LAMA

12:48 PM 4
CENDAWAN KUKUR DI KAYU LAMA
CENDAWAN KUKUR DI KAYU LAMA - Pasal cendawan pun boleh jadi gaduh tau. Auni dah lama perati cendawan atau kulat yang tumbuh di atas kayu katil lama yang abah letak kat luar tu. Haritu Auni petik, ambil bau, memang macam cendawan kukur atau lebih dikenali dengan kulat sisir.

Excited sangat nak petik tapi masalahnya bila tanya tuan suami, dia punyalah cakap itu cendawan beracun. Puas tau Auni Google dan bagitau dia, dia tetap cakap itu cendawan beracun. Hish..


Walaupun yakin, takut jugak sebenarnya nak cuba-cuba makan. Yela, kalau kena racun sia-sia je. Tapi geram sangat bila tengok cendawan tu tumbuh dengan jayanya di atas kayu. Bila research kat Google, gambar dan info macam sebiji pulak macam yang ada kat rumah ni.

Sebab tak berani nak cuba tambahan kena marah pulak dengan tuan suami sebab gatal-gatal nak cuba, maka Auni tengok je laa tanpa buat apa-apa.

Bila post dekat Facebook, ramai yang kata memang cendawan beracun. Ok, tuan suami menang!

September 17, 2017

#TRAGEDITAHFIZ : BERMAIN-MAINLAH KAMU BERSAMA BIDADARI DISANA

5:02 PM 0
#TRAGEDITAHFIZ : BERMAIN-MAINLAH KAMU BERSAMA BIDADARI DISANA
#TRAGEDITAHFIZ : BERMAIN-MAINLAH KAMU BERSAMA BIDADARI DISANA - Awalnya nak tulis mengenai kronologi kes. Tapi sebab menyalahi akta undang-undang, lupakan hasrat. Punyalah sedih bila baca kronologi tu. Menggigil rasa.

Mana tidaknya, suspek-suspek yang terlibat baru berumur lebih kurang sebaya adik-adik Auni. Yang paling terkesan, budak berumur 12 tahun antara suspeknya ! Ya Allah..... dunia makin kejam. Apalah yang ada dihati mereka?

Kalau Auni nak speku, Auni rasa macam ada udang disebalik batu. Bukan kerana balas dendam. Boleh jadi ada orang lain yang menyuruh budak-budak ni buat kerja. Hmm... itu kalau Auni nak speku la. Tapi semua tu kerja polis. Minta-minta mereka benar-benar menemui kebenaran. Entahlah, rasa macam tak logik, sebab kena ejek sampai membunuh. Haih....


Buat keluarga-keluarga mangsa, harap bertabahlah dan redha sepenuhnya. Mereka ini insyaAllah akan membimbing anda semua ke syurga. Biarlah mereka bermain-main di'sana'. Sekurangnya mereka tidak akan menerima ujian dan fitnah serta maksiat dunia. Memang pedih untuk ditelan, tetapi terimalah Qada dan Qadar Allah ini dengan terbuka.

Semoga roh mereka semua dicucuri rahmat-NYA. Ameen.

KENALI APA ITU ATTENTION DEFICIT HYPERACTIVITY DISORDER (ADHD)

4:37 PM 0
KENALI APA ITU ATTENTION DEFICIT HYPERACTIVITY DISORDER (ADHD)
KENALI APA ITU ATTENTION DEFICIT HYPERACTIVITY DISORDER (ADHD) - Seorang Auni memang suka menulis mengenai sindrom dan jenis gangguan psikologi. Mungkin sebab Auni pun jenis sakit dan depress, so gejala yang melibatkan psikologi ini Auni biasa alami.

Masa di Facebook haritu, ada komen yang mengatakan dia mungkin seorang ADHD. Auni hanya Google sekali imbas je, tak berapa buat research lagi. Harini Auni nak kongsi apa itu Attention Deficit Hyperactivity Disorder atau singkatannya ADHD.

Dari apa yang Auni tahu, gangguan ADHD ini ramai dialami oleh kanak-kanak. Peratus ADHD bagi kanak-kanak adalah terlalu ramai.
APA ITU ATTENTION DEFICIT HYPERACTIVITY DISORDER
Attention Deficit Hyperactivity Disorder yang membawa maksud (Attention : Perhatian, Deficit : Kurang, Hyperactivity : Hyperaktiviti, Disorder : Gangguan) adalah  satu masalah sukar memberi tumpuan dan sukar mengawal diri sendiri. Sindrom hiperkinesis atau ADHD ini digunakan untuk menerangkan tingkahlaku kanak-kanak yang tidak boleh duduk diam, kurang menumpukan perhatian, terlalu lasak, resah, suka merosakkan harta benda dan mudah mengalihkan perhatian pada sesuatu.

CIRI-CIRI ATTENTION DEFICIT HYPERACTIVITY DISORDER
1) Gagal memberi tumpuan dengan teliti terhadap sesuatu perkara
2) Tidak mematuhi arahan guru
3) Mempunyai masalah untuk mengatur tugas dan aktiviti
4) Sentiasa ingin cepat menyelesaikan sesuatu tugas
5) Tumpuan mudah bertukar
6) keberatan melakukan sesuatu tugas
7) Selalu menghilangkan barang
8) Sentiasa mudah lupa sesuatu perkara
9) Sentiasa gelisah dan tidak senang duduk
10) Berlari dan memanjat dalam situasi yang tidak sesuai


SEBAB-SEBAB KETIDAKUPAYAAN ADHD
1) GENETIK - ADHD Mempunyai komponen genetik yang berkaitan dengan keluarga ataupun kembar. Perkara ini ditafsirkan sebagai kepelbagaian warisan genetik.  Sebanyak 50% orang dewasa dan 70% kanak-kanak yang mempunyai Genetic Resistance dan hormon tiroid mengalami Ketidakupayaan Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD). Kanak-kanak yang mempunyai sejarah keluarga yang mengalami Ketidakupayaan Tiroid, secara tidak langsung mereka berisiko mengalami Ketidakupayaan Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD).

2) NEUROLOGI - Ianya juga disebabkan oleh neurologi berkaitan dengan otak, termasuklah struktur otak, bahan kimia otak dan laluan saraf.

3) KEKURANGAN ZAT MAKANAN - Bayi yang kekurangan zat makanan akan mempunyai masalah tingkah laku yang akan menjadi punca Attention Deficit Hyperactivity Disorder. Makanan mengandungi zink amat pentimg dalam metabolisme asid lemak iaitu menukarkan kesan dopamin yang melibatkan neurotransmitters dengan Ketidakupayaan Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD)

4) PENGARUH PERSEKITARAN - Corak pemakanan terutama makanan dan minuman yang mengandungi kandungan gula yang tinggi seperti Yogurt, Vitagen dan Yakult akan membawa risiko kepada anak-anak yang mengalami ADHD jika diambil berlebihan. Minuman berkafein juga akan mempengaruhi mereka.

Itulah serba sikit yang dapat Auni kongsikan disini. So, kalau kanak-kanak yang hyperactive ni, mungkin disebabkan ADHD. Dulu Auni ada jugak adik yang hyperactive, cuma sekarang sikap hyperactive dia tu bertukar menjadi seorang yang ramah. Dia boleh 'masuk' dengan semua orang.

SUMBER : NOTAPENDIDIKANKHASKU

September 16, 2017

SINOPSIS KAYUHAN KASIH AYAH (TV3)

8:47 PM 2
SINOPSIS KAYUHAN KASIH AYAH (TV3)
SINOPSIS KAYUHAN KASIH AYAH (TV3) - Jangan lupa saksikan Cerekarama malam ini yang ditayangkan di TV3 dengan judul Kayuhan Kasih Ayah lakonan watak utama iaitu Aman Graseka. Agak-agak best tak drama ni? Auni suka sangat kalau Aman Graseka berlakon. Dari kecik minat dengan lakonan dia.


JUDUL : KAYUHAN KASIH AYAH 
TARIKH / MASA : Sabtu, 16 September 2017. 9.00 malam
SIARAN : Slot Cerekarama TV3
SKRIP : Jo Sidek
PENGARAH : Idora Abdul Rahman
TERBITAN : Aniq Communication Sdn Bhd
PELAKON : Aman Graseka, Azri Iskandar, Balqis Samundur Khan, Rafael El Arash, Firdaus Ghufran, Ieka Zulkifli, Liza Othman, Azza Elite, Roslan Salleh, Putri Luvna Wilma, Mohd Natshah Ismail

SINOPSIS KAYUHAN KASIH AYAH 
Kisah seorang lelaki berumur lebih kurang 50-an yang mengalami autism bernama Yatim. Yatim hidup sebatang kara dan menyara kehidupannya dengan menjual cendol. Dia menjalankan perniagaannya menggunakan basikal tiga roda.

Pada suatu hari, Yatim melihat satu perpisahan yang menyentuh hati antara ibu dan anaknya. Anak itu bernama Rizqi. Dia terpaksa tinggal di rumah anak-anak yatim kerana ibunya tidak dapat menampung kehidupan mereka berdua.

Yatim yang tersentuh hati, mula mendermakan duit simpanannya hasil dia menjual cendol. Walaupun tidak banyak, setiap minggu Yatim akan ke rumah anak-anak yatim itu untuk memberi derma. Paling membahagiakan Yatim apabila anak-anak disitu memanggilnya Ayah.

Di sekolah pula, Rizqi bersahabat dengan Danial yang merupakan anak kepada Iskandar. Danial sering berkongsi makanannya dengan Rizqi. Iskandar dan isterinya melarang perbuatan baik Danial kerana dia menganggap rezekinya hanya untuk mereka sekeluarga dan bukan untuk orang lain.

Namun pada suatu hari, Iskandar bertanyakan Yatim tentang pergorbanannya terhadap anak-anak yatim itu. Bagi Yatim, setiap perkongsian dan pertemuannya dengan anak-anak yatim itu bagaikan puncak kegembiraan dan kebahagiaan hidup mereka.

Adakah perkara ini akan membuat Iskandar insaf? Sama-sama kita menonton ya?

SUMBER : MyInfoTaip

September 15, 2017

ADAKAH TRAGEDI PUSAT TAHFIZ DARUL ITTIFAQIYAH SATU PERBUATAN KHIANAT?

8:19 AM 6
ADAKAH TRAGEDI PUSAT TAHFIZ DARUL ITTIFAQIYAH SATU PERBUATAN KHIANAT?
ADAKAH TRAGEDI PUSAT TAHFIZ DARUL ITTIFAQIYAH SATU PERBUATAN KHIANAT? - Sejak subuh semalam, rakyat Malaysia tidak habis-habis mempersoalkan tentang kejadian tragedi kebakaran yang berlaku di Pusat Tahfiz Darul Ittifaqiyah.

Kejadian ini meragukan dari sudut cerita saksi dan mangsa yang terselamat. Sebelumnya, wartawan melaporkan punca kejadian ini adalah disebabkan litar pintas. Hmm.. Auni still keep update cerita ni sebab nak tahu sangat. Something fishy tau.

Kemudian, wartawan kembali melaporkan bahawa bomba cakap kejadian tersebut bukanlah disebabkan litar pintas kerana cara api merebak agak pelik dan luar biasa.


Seorang mangsa yang terselamat memberitahu yang dia ada terbau gas dan kebakaran bermula dari pintu. Sesuatu yang pelik kan? Bomba juga menemui dua biji tong gas kuning di depan pintu sedangkan tong gas milik pusat tahfiz adalah berwarna hijau. Seorang ustaz pula berkata, ketika ingin masuk tidur lebih kurang jam 11 malam, tiada sebarang tong gas di pintu.

Berita sebelumnya mengatakan ada sisa bahan kimia tetapi berita terbaru mengatakan tiada bahan kimia ditemui.

Terlalu banyak spekulasi dan justifikasi tentang kes ini. Rakyat Malaysia masih tertanya apa puncanya. 

Ya, memang semua ketentuan daripada Allah SWT. Tetapi setiap yang berlaku berpunca dari penyebabnya jugak kan? Semoga pihak berwajib cepat menemui sebab dan punca kebakaran tersebut.

Akhir kata, jadikanlah kisah ini sebagai pengajaran. Auni dengar pusat tahfiz ini tidak mendapat kelulusan pun so tiada sistem keselamatan yang diambil-berat. Yang jadi mangsa, anak-anak kecil yang baru ingin mengenali dunia.

Siapa salah? Sama-sama kita tunggu cerita dan bukti sebenar.

Penulis Marhaenis.
Tunsha.

September 13, 2017

MAKAN DI ASAM PEDAS COMMANDO KIOSK TAMAN DAGANG AMPANG

9:38 PM 3
MAKAN DI ASAM PEDAS COMMANDO KIOSK TAMAN DAGANG AMPANG
MAKAN DI ASAM PEDAS COMMANDO KIOSK TAMAN DAGANG AMPANG - Auni seorang peminat asam pedas. Tak kisahlah dari Melaka ke, dari Johor ke, even yang Utagha macam kuah laksa tu pun Auni suka. Kalau Penang biasanya campur serbuk kari sikit, kan?

Tadi teringin sangat-sangat. Dah lama sangat-sangat dah teringin. Ceh! Ayat berulang. Bukan tak boleh masak sendiri, cuma rasa boring je makan masakan sendiri tau. So cari la asam pedas yang sedap dekat area Ampang ni. Asam Pedas Komando nama dia.

Guna waze, dia bawak entah kemana-mana jalannya. Auni rasa Asam Pedas Komando ni ada dua cawangan kot. Satu dekat Jalan Dagang 4, satu lagi dekat Taman Dagang, berdepan dengan Nasi Lemak Royale.


Belum sempat panaskan punggung, tiba-tiba menantu tuan kedai *kot* datang menyapa kami. Ya Allah... punyalah lembut cara layanan sampai terpukau kejap. Rasa memang macam kena pukau! Haha! Memang baik sangat layanannya, servis pun cepat.

Kami order Teh O Ais, Laici Ais, 2 set Asam Pedas Ikan Pari dan 1 pinggan kangkung. Kangkung dari kedai sebelah ye. 


Kangkung tak sempat sampai, hati dah meronta-ronta nak makan. Kebulur sangat rasanya. Untuk suapan yang pertama, hati rasa gembira. MasyaAllah..... sedapnya lain macam! Rasa macam makan dekat kampung. Makan kuah dengan nasi macam tu pun dah membangkitkan selera. Ada pulak sambal belacan.. perghh!! Aduh telan air liur pulak.

1 set dalam pinggan ni ada nasi, kobis goreng dan telur masin juga semangkuk asam pedas. Auni baru survey, ada asam pedas claypot jugak!

Selain ikan pari, korang boleh pilih ikan jenahak, kembung, tenggiri, mayong, ikan parang atau daging tetel.

Pakcik Hussain dan isteri.
Sumber : Harian Metro

Apa yang best makan dekat sini? Tuan kedai tak sombong dan MasyaAllah..... peramah sangat-sangat-sangat! Rasa macam dah lama kenal. Akibat keramahan beliau, layaknya kami akan datang kembali selepas ini, insyaAllah.

Selingan cerita makan asam pedas harini, total untuk makanan di Asam Pedas Komando sebenarnya RM26, tapi tuan kedai (Pakcik Hussain) charge kami RM10 je. Terpinga-pinga kejap rasanya. Betul-betul rezeki kan? Puas kami nak bayar tadi, tapi Pakcik Hussain taknak terima.

Rasa nak sujud syukur sangat masa tu. Ada lagi orang baik macam ni. Kami berdua suami isteri doakan perniagaan Pakcik Hussain dan isteri semakin maju. Moga Allah SWT memberkatinya sekeluarga.

ALAMAT
Asam Pedas Commando Kiosk
Dagang Avenue, 68100 Kuala Lumpur, Malaysia

Terima kasih sudi baca :)

September 11, 2017

SINOPSIS DRAMA TITIAN CINTA (TV3)

1:14 PM 0
SINOPSIS DRAMA TITIAN CINTA (TV3)
SINOPSIS DRAMA TITIAN CINTA (TV3) - Akasia yang ditayangkan baru-baru ini mungkin tidak begitu menarik minat penonton. Mungkin jua sebab pelakon dia Aliff Aziz yang pernah hangat dengan isu tut tut tut?

So, peminat Akasia boleh tarik nafas lega sebab drama sebelum ini dah habis dan dah digantikan dengan drama terbaru lakonan Zul Ariffin dan Farah Nabilah yang berjudul Titian Cinta.


JUDUL : TITIAN CINTA 
TARIKH / MASA : 11 September 2017, jam 7 petang
SIARAN : Slot Akasia TV3
PENULIS NOVEL : Ridhya Iman 
PENGARAH : Heykal Hanifah
TERBITAN : Zamriez Golden Pictures
PELAKON : Zul Ariffin, Farah Nabilah, Daler Yusuf, Tisha Shamsir, Dian P. Ramlee, Marisa Yasmin

SINOPSIS TITIAN CINTA 
Kisah cinta diantara Umar Harris dan Rahadatul Aisy. Aisy pernah dihalau bagai kucing kurap oleh suaminya sendiri kerana termakan hasutan dan fitnah dari Sofia. Aisy kemudian membawa diri ke London.

Setelah 4 tahun merantau di bumi London, Aisy pulang ke tanah air dengan nekad mahu menuntut janji yang pernah dilafazkan oleh sang suami. Kepulangan Aisy memang dinantikan Harris yang menyesal dengan tindakan.

Kerana cemburu, dia sanggup menghina isteri sendiri. Dia gagal mengawal panas baran dan sanggup menyakiti tubuh badan isterinya. Harris ingin menebus khilafnya. Dia mahu menebus semuanya.


Pelbagai cara dilakukan oleh Harris untuk memikat semula hati Aisy. Penerimaan Harris terhadap kekurangan dirinya buatkan Aisy akur pada jodoh dan ketentuan Ilahi.

Saat bahagia menjelma, mendung datang lagi. Pelbagai dugaan menimpa mereka. Aisy tidak dapat mengandung. Kehadiran semula Sofia menempel cinta Harris. Campur tangan ibu mertua Aisy memburukkan keadaan. Kemunculan Rayyan, lelaki tampan bermata hazel membuatkan Harris dihambat rasa cemburu yang tak bertepi.

Siapakah Rayyan sebenarnya di hati Aisy? Akankah bahagia menjadi milik mereka nanti? Mampukah titian cinta mereka yang sudah retak menanti belah itu dicantum kembali? Atau, mungkinkah Rayyan layak menjadi pengganti?

SUMBER : MyInfoTaip