WANITA DITUDUH MEMUKUL DAN MENCEKIK ANAK PEREMPUANNYA KETIKA MENGADAKAN UPACARA MENGHALAU IBLIS

WANITA DITUDUH MEMUKUL DAN MENCEKIK ANAK PEREMPUANNYA KETIKA MENGADAKAN UPACARA MENGHALAU IBLIS - Susah bila mental dah jadi tak betul lagi-lagi yang obses terhadap iblis atau perkara-perkara ghaib. Ini antara sebab Auni takut nak belajar lebih, takut jiwa terus jadi kosong.


Di California, seorang ibu dipercayai telah memukul, menggigit dan mencekik anak perempuannya yang berusia 11 tahun untuk upacara menghalau iblis atau lebih senang cakap, upacara exorcism. Punyalah obses wanita ini. Seram pun ye jugak. Mesti dah terdengar-dengar suara iblis hasut suruh buat macam tu kat anak dia.


Wanita itu yang merupakan Kimberly Felder berusia 45 tahun dikatakan telah menelanjangkan anaknya dan memasukkan pasir ke dalam mulut mangsa di sebuah pantai terpencil.

Saksi yang merupakan John Marciel, mengatakan bahawa Kimberly cuba menghalau iblis dari badan anaknya itu. Semasa kejadian, Kimberly terus memukul anak perempuannya di kepala dengan sebatang kayu sementara John cuba menghalang dari perkara itu berterusan.

Kimberly akhirnya ditangkap untuk soal siasat dan akan didakwa atas cubaan membunuh diri, serangan dengan senjata secara sengaja dengan niat membunuh, penderaan kanak-kanak dan keganasan yang teruk.

Anaknya telah dibawa ke hospital dan pihak hospital mendapati tubuh badannya mempunyai banyak kecederaan.

WANITA DITUDUH MEMUKUL DAN MENCEKIK ANAK PEREMPUANNYA KETIKA MENGADAKAN UPACARA MENGHALAU IBLIS WANITA DITUDUH MEMUKUL DAN MENCEKIK ANAK PEREMPUANNYA KETIKA MENGADAKAN UPACARA MENGHALAU IBLIS Reviewed by Tunsha Ayunie on August 28, 2017 Rating: 5

4 comments

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.