ULANG MAKAN NASI LEMAK ROYALE KEDAH - Tunsha Ayunie Punya Belog

August 07, 2017

ULANG MAKAN NASI LEMAK ROYALE KEDAH

ULANG MAKAN NASI LEMAK ROYALE KEDAH - Auni sejenis yang bila dah suka sesuatu makanan tu, suka ulang makan banyak kali sampai jemu. Macam ayam masak lemak jugaklah, dulu macam suka sangat makan, bertambah-tambah nasi. Tapi sekarang dah jemu.

Berapa bulan tak makan nasi. Tak enjoy langsung makan nasi. Perkara ni Auni alami lebih kurang 4-5 bulan jugak. Sampai berat ideal 35kg pun dah jadi 29kg. Susahnya nak naik.


Semalam kan entri Auni, kali pertama jejak kaki ke Restoran Nasi Lemak Royale Kedah ni kan? Semalam kena beratur. Harini Auni datang awal. Dalam pukul 11 pagi camtu. Orang pun takde sangat lagi. So boleh ambil sweet time sikit lah. Hihi

Cuma geram tukang bungkus tu buat muka bila Auni mintak nasi lebih. Dia ingat badan kecik tak boleh makan banyak ke? Memang tak habis pun.... lagi satu suap je. Sebab perut Auni dah start mengeras tadi. Memang inilah pesakit buah pinggang kena hadap. Over-eat @ over-drink, perut akan jadi sebu.

Tuan suami suruh makan hari-hari. Dia pun nak Auni gemuk. Auni cakap, "Kalau abang kaya sekarang, hari-hari sayang nak makan ini je..." ..

Terima kasih sudi baca.

6 comments:

  1. Auni beli di restoran dekat Ampang tu ya? Dulu mak rajin juga ikut ayah beli kat situ... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye mak, di restoran royale kedah tepi jalan tu.

      Delete
  2. Kat Brickfield ni ada satu gak cawangan dia tapi tak pernah pi....nampak macam sedap tu ha Auni

    ReplyDelete
  3. KALAU DIULANG MKN SELALU MESTI SEDAP SGT TU

    ReplyDelete
  4. nasi lemak royale @ nasi royale bak kata org utagha mmg power. kalu blk kedah, smp lewat mlm pun depa duk beratuq panjang lg

    Ada risiko anemia ketika hamil? Vitamin Tingkatkan Hb ini boleh membantu ikhtiar anda

    ReplyDelete
  5. Nampak sedap. Dok dengar orang cerita kesedapan nasi ni, tapi bila akak balik Kedah, tak sempat nak pi makan.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.