TAULADAN DI SEBALIK BUAH TEMBIKAI - Tunsha Ayunie Punya Belog

August 28, 2017

TAULADAN DI SEBALIK BUAH TEMBIKAI

TAULADAN DI SEBALIK BUAH TEMBIKAI - Tembikai memang antara buah kegemaran rakyat Malaysia. Buahnya kaya serat dan air memang menjadi 'jajan' ketika sedang kehausan. Membaca kisah tentang tembikai ini membuatkan Auni terdiam kejap.

Seorang lelaki, pergi ke pasar dan membeli tembikai. Dia membawa balik ke rumah tembikai yang dibelinya tadi. Isterinya membawa tembikai itu ke dapur lalu memotongnya. Alangkah kecewanya si isteri apabila tembikai itu tidak manis malah berasa tawar sahaja.


Si isteri terus mengeluh dan membebel di dapur. Si suami tadi hanya tenang dan membiarkan isterinya mengeluh sendirian. Apabila suasana kembali tenang, si suami tadi mula berbicara dengan si isteri...

Suami : Sayang, abang membeli tembikai itu di pasar.
Isteri : Saya tahu.

Suami : Sayang rasa, semasa abang membeli tembikai tadi, abang mahu yang manis atau yang tawar?
Isteri : Mestilah yang manis.

Suami : Yang menjual tembikai tadi, sayang rasa dia nak jual tembikai yang manis atau yang tawar?
Isteri : Mestilah mereka ingin menjual tembikai yang manis.

Suami : Ketika peraih (orang tengah) ingin menjual kembali kepada penjual di pasar, adakah dia ingin menjual tembikai yang tawar?
Isteri : Mestilah yang manis!
.
..
...

Si suami diam sebentar dan menyambung kembali soalannya kepada si isteri...

Suami : Ketika pekebun menanam tembikainya, sayang rasa dia mahu tembikainya tumbuh menjadi buah yang manis ataupun tawar?
Isteri : Mestilah dia nak yang manis.

Suami : Semasa sayang membelah buah tembikai tadi, sayang nak yang manis atau yang tawar?
Isteri : Sudah tentu saya inginkan yang manis. Kenapa abang tanya semua soalan ni pada saya?
.
..
...

Si suami yang soleh itu tersenyum memandang isterinya, lalu dia berkata,

Suami : Ketika semua orang inginkan buah yang manis, tetapi sebaliknya berlaku, kita harus marahkan siapa?

Si isteri terdiam.

Suami : Jadi ketika sayang marah akan rasa tembikai yang tawar, sayang marahkan siapa sebenarnya?

Marahkan abang yang membeli, atau pekebun yang menanam, atau penjual yang menjual, atau awak yang membelah tembikai tadi? Atau... Allah yang menentukan rasanya tawar?

Si isteri hanya mendiamkan diri.

ADAB KETIKA MAKAN
Janganlah kita mengecam atau mengeji makanan di depan mata. Jika tidak suka, tinggalkan saja. Boleh jadi bila kita mengecam makanan di depan mata, si tukang masak akan terasa hati. Lagipun, rezeki itu datangnya dari Allah SWT.

Teringat kisah Aishah r.a yang tidak tahu memasak, tetapi Rasulullah SAW tetap memakannya dengan senyuman :)

Terima kasih sudi baca.

2 comments:

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.