SINOPSIS & REVIEW ANNABELLE : CREATION - Tunsha Ayunie Punya Belog

August 20, 2017

SINOPSIS & REVIEW ANNABELLE : CREATION

SINOPSIS & REVIEW ANNABELLE : CREATION - Mula-mula bila ajak tuan suami tengok cerita ni, dia dah buat muka. Sebab Annabelle sebelum ni sangat tak best dan tiada isi cerita. Entahlah, bagi kami, Annabelle yang pertama, ceritanya agak kosong.

Tapi bila dah ramai sangat kekawan Facebook update dan review kata Annabelle yang kedua ni lagi best, makin merontalah Auni nak pergi tengok. Pujuk punya pujuk, dapat jugaklah pergi. Mihmih. Thank you tuan suami!


JUDUL : ANNABELLE : CREATION
GENRE : Seram
PENGARAH : David F.Sandberg
PELAKON : Stephanie Sigman, Talitha Bateman, Anthony LaPahlia & Miranda Otto

SINOPSIS ANNABELLE : CREATION
Pada tahun 1943, seorang pembuat patung bernama Samuel Mullins dan isteterinya Esther telah kehilangan anak mereka, Annabelle (Bee) dalam satu kemalangan. Pasangan itu kemudian terlalu rindukan anak mereka dan mengabadikan diri pada satu 'semangat' luar biasa. 'Semangat' itu meyakinkan Samuel dan Esther bahawa mereka boleh berinteraksi dengan roh Annabelle, dengan syarat Samuel perlu membina satu patung porselain untuk memindahkan roh Annabelle kedalamnya.


Kegembiraan Mullins dan isterinya tidak lama apabila Samuel mulai sedar bahawa roh di dalam patung itu bukanlah anaknya, tetapi satu kuasa yang sangat jahat! Samuel mula mengunci patung itu didalam almari berkunci dalam bilik Annabelle.

Tahun 1955 selepas 12 tahun kejadian, Mullins menjadikan rumah mereka sebagai pusat perlindungan untuk Sister Charlotte dan 6 orang gadis yatim piatu yang memerlukan tempat tinggal. Awalnya mereka semua gembira sehinggalah pada suatu malam, salah seorang gadis bernama Janice, yang kurang upaya akibat penyakit Polio, menyelidap masuk kedalam bilik Annabelle.


Janice menemui patung yang telah lama tersimpan didalam almari itu. Keesokkannya, Janice diganggu dan dicederakan, malah tubuh badan Janice telah diambil-alih oleh kuasa jahat yang mengganggunya.

Apakah yang akan terjadi pada keluarga Mullins, Sister Charlotte serta anak-anak yatim yang lain? Siapakah sebenarnya Annabelle?

REVIEW ANNABELLE : CREATION
Untuk korang yang pernah rasa bosan dengan filem Annabelle sebelum ini, mungkin akan rasa puas hati dengan jalan cerita Annabelle Creation.

Sesuai dengan judulnya, Annabelle Creation menceritakan semula bagaimana Patung Annabelle itu menjadi jahat.

Korang juga boleh mengimbas kembali apa yang berlaku dalam The Conjuring dan juga Annabelle sebelum ini.

Bagi Auni, ada di antara babak-babak dalam filem ini yang agak klise sebab kita boleh teka apa yang akan jadi seterusnya.

Auni bagi 3.5 out of 5, sebab ianya tidak begitu mengecewakan.

Terima kasih sudi baca.

7 comments:

  1. tinggi jugak rating filem ni.. ramai pengkritik filem suka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Paling atas rasanya rating untuk Annabelle. Memang ramai yang suka.

      Delete
  2. Best kan baru tahulah jalan cerita sebenar patung Annabelle tu wujud...yang prequel ni seram..siap ada valak..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Excited! Rasa nak tengok lagi sebab tak puas hati. Haha

      Delete
  3. Akak memg xkan tgk..hahaha...takut

    ReplyDelete
  4. Ana tggu dkt astro first je la. Ramai kata best. Xsabar nk tgk.

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum auni...mama mmg suka tonton cerita seram ni...yg lama dah tengok yg baru ni belum lg...
    ** Mama Maszull

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.