SINOPSIS FILEM HIJABSTA BALLET - Tunsha Ayunie Punya Belog

August 05, 2017

SINOPSIS FILEM HIJABSTA BALLET

SINOPSIS FILEM HIJABSTA BALLET - Tadi baru layan trailer dekat page Siakap keli. Macam best je filem ni. Apa pendapat korang bila wanita berhijab dan ballet digabungkan? Ramai sebenarnya yang mengecam filem ini tanpa melihat keseluruhan cerita. Yang dah tonton, ada yang bagi 9/10 . Maksudnya memang best lah kan?

Hijabsta Ballet telah mula ditayangkan pada 3 Ogos 2017 baru-baru ni. Sempat la kalau korang nak layan. Jom Auni kongsi sinopsis pendek tentang filem ini.


JUDUL : HIJABSTA BALLET
GENRE : Drama
PENERBIT : Explosive Magic Sdn. Bhd
PENGARAH : Syed Zul Tojo
PELAKON : Puteh Maimun Zahrah, Betty Banafe, Danny-Syaz, Aida Khalida, Alif Azeman, Afeera Rahman, Keena Mentor dan Aman Graseka

SINOPSIS
Hijabsta Ballet mengisahkan Adele seorang penari ballet yang sangat memegang teguh impian ibunya dan sangat berbakat hingga mendapat biasiswa ke sekolah ballet ternama di Rusia. Konflik terjadi apabila Adele tiba-tiba membuat keputusan untuk berhijab.

Adele cuba menyatukan dunia hijab dan ballet. Dia hilang kawan, hilang kawan karib, rumahnya menjadi sepi seperti kubur. Dunia ballet menolaknya jauh, agamawan mendesaknya, ekstrimis mengancam mencederakannya. Apakah yang bakal terjadi pada Adele? Mampukah dia mengharungi cabaran ini?

4 comments:

  1. Wahhh macam best ajer cerita ni...konflik juga tu...

    ReplyDelete
  2. baca sinopsis pun rasa mcm dah menarik je.

    ReplyDelete
  3. Menarik ni. Boleh lah tengok nanti..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.