SANGGUP LARIKAN DIRI KERANA TAK SANGGUP ADA ANAK SAKIT - Tunsha Ayunie Punya Belog

August 02, 2017

SANGGUP LARIKAN DIRI KERANA TAK SANGGUP ADA ANAK SAKIT

SANGGUP LARIKAN DIRI KERANA TAK SANGGUP ADA ANAK SAKIT - Sebagai seorang anak kepada Mama dan Abah Auni, Auni sedikit terkilan dengan berita ni. Entahlah, rasa sebak pun ada. Anak itu kan amanah dari Allah SWT. 


Sun Menghan, yang berasal dari China sedang hidup 'nyawa-nyawa ikan' saja di hospital tempat dia dirawat. Menghan mengalami penyakit Biliary Atresia atau lebih mudah difahami sebagai saluran hati tersumbat. Menghan sudah menjalani beberapa kali pembedahan namun masih lagi menghadapi risiko bahaya.

Dek kerana bil hospital yang melambung tinggi, ibubapa Menghan melarikan diri dari hospital dan meninggalkan Menghan seorang diri. Hmm.. kesian kan?


Nenek dan datuk Menghan sangat kecewa dengan perbuatan ibubapanya yang lari dari tanggungjawab. Akhirnya mereka yang menggalas tanggungjawab untuk menjaga Menghan. Mereka berabis harta untuk kos perubatan Menghan kerana mereka percaya cucu mereka akan sembuh.

Semoga Menghan kuat semangat dan sembuh.

1 comment:

  1. huhu....anak adalah anugerah yang tidak ternilai walau apa jua keadaannya

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.