RESEPI KEK COKLAT TRAGEDI DALAM CAWAN - Tunsha Ayunie Punya Belog

August 01, 2017

RESEPI KEK COKLAT TRAGEDI DALAM CAWAN

RESEPI KEK COKLAT TRAGEDI DALAM CAWAN - Assalamualaikum wbt ! Macam lama je bercuti daripada update entri. Tengok dalam group rasa gatal je tangan ni nak update tapi apakan daya, lappy tak bawak. Heh!

Biasanya kalau dekat rumah Mama, aku memang suka masak. Cuma kali ni memang cuti masak. Tak masuk dapur pun, tercongok depan TV je. Asyik terbaring je padahal bukan buat apa-apa pun. Sedih rasanya bila keadaan tubuh badan dan dalaman makin sakit. Serba serbi rasa penat.

Dalam pada penat tu, tiba-tiba teringin makan kek coklat. Konon nak buat kek coklat kukus tapi banyak sangat kerjanya, so............ kita buat je la kek dalam cawan, masak guna microwave.


Nama tu aku letak sebab memang tragedi sungguh hasilnya. Melimpah-limpah sebab aku lupa tepung yang aku guna tu ada serbuk penaik. Walaupun rupanya sebegitu, kek aku buat tetap sedap! #donepuji

RESEPI KEK COKLAT TRAGEDI DALAM CAWAN
Bahan-bahan :
4 sudu besar tepung berserbuk penaik - diayak terlebih dahulu
4 sudu besar gula putih
4 sudu besar Tamar Cocoa / kalau takde boleh guna Milo
4 sudu besar susu cair
1 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara :
Sebatikan semua bahan diatas, masukkan dalam bekas tahan panas (aku guna mug) . Kemudian, letak dalam microwave dan masak selama 3 minit. Nak tahu kek masak atau tidak, cucuk dengan lidi. Kalau takde lekat apa-apa tu kira dah masaklah ye. Kalau belum, set masa lebih kurang 30 saat je.

Kalau adunan tu korang nak letak dalam mug, bahagikan dua. Resepi ni boleh dapat 2 mug kek. Semoga bermanfaat ye :)

Selamat mencuba!

9 comments:

  1. Wow, nmpk sedap. Boleh try nnti..

    ReplyDelete
  2. X pe auni..yg penting sedap..rupa x menggambarkan rasa..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suami kite cakap sedap, dah bersyukur sangat dah.. haha

      Delete
  3. Tq 4 d recipe.... mmg sedap...dah cuba buat tadi

    ReplyDelete
  4. Haaa... tu diaaaa... melimpah ruah... :)

    ReplyDelete
  5. Macam sedap aje keknyee....rupa no 2..rasa yang penting...haha

    ReplyDelete
  6. Resipi simple sangat ni. Macam nak try besok. Gaji pun dah masuk. kekkee

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.