PETUA KUKU TUMBUH DENGAN SIHAT DAN CANTIK - Tunsha Ayunie Punya Belog

August 24, 2017

PETUA KUKU TUMBUH DENGAN SIHAT DAN CANTIK

PETUA KUKU TUMBUH DENGAN SIHAT DAN CANTIK - Kuku adalah salah satu 'aset' bagi kaum wanita. Malah, kuku yang cantik dan sihat jugak memberi peranan dan refleksi terhadap keseluruhan kesihatan kita. Kalau kuku tak sihat dan kotor, banyak penyakit timbul seperti kecacingan.

Untuk mereka yang ada masa dan fulus lebih, boleh je pergi manicure atau pedicure. Tetapi tak semua mampu kan? Auni akan kongsi petua untuk kuku korang tumbuh dengan cantik, insyaAllah.


PETUA KUKU TUMBUH DENGAN CANTIK

MINYAK ZAITUN
Penting menjaga kuku dengan cara melembabkan. Minyak zaitun adalah bahan terbaik untuk penjagaan kuku. Ia akan menembusi jauh kedalam kulit dan membantu menyuburkan kuku. Minyak zaitun juga mempunyai Vitamin E untuk meningkatkan peredaran darah dan memperbaiki kuku yang rosak serta berfungsi menguatkan kuku.

Sebelum tidur, sapukan minyak zaitun suam ke kuku dan urut perlahan-lahan selama 5 minit. Lakukan setiap hari.


MINYAK KELAPA DARA
Minyak kelapa berfungsi untuk pertumbuhan kuku yang sihat. Ianya mengandungi nutrien penting bagi memastikan kuku lembab dan kuat. Ianya juga membantu menyembuhkan jangkitan kutikula dan kulat kuku.

Sebelum tidur, urut kuku dengan minyak kelapa dara yang suam pada waktu malam. Urut secara lawan arus jam untuk meningkatkan peredaran darah.

Untuk petua secara rendam, campurkan 1/4 cawan minyak kelapa organik, 1/4 cawan madu dan 4 titis minyak pati rosemary. Panaskan selama 20 saat dalam microwave dan kemudian rendam kuku dalam bahan tersebut selama 15 minit. Dilakukan satu hingga dua kali seminggu.


JUS OREN
Untuk kuku tumbuh dengan sihat adalah jus oren. Kandungan Vitamin C didalamnya menggalakkan pengeluaran kolagen dan memastikan kuku sihat. Juga mempunyai asid folid yang penting untuk pertumbuhan kuku.

Rendam kuku dalam jus oren segar sekurang-kurangnya 10minit.
Bilas dengan air suam, biarkan kering dan sapukan pelembab.
Ulang sehingga korang berpuas hati.


LEMON
Lemon mengandungi Vitamin C yang penting untuk pertumbuhan kuku. Ia juga merawat kuku yang tidak sihat dan berfungsi mengilatkan kuku.

Sediakan 1 sudu jus lemon dan 3 sudu minyak zaitun. Panaskan dalam microwave 10 saat dan rendamkan kuku selama 10 minit. Buat setiap hari.

Gosokkan potongan lemon pada kuku selama 5 minit. Amalkan setiap hari untuk mendapatkan kuku yang sihat dan cantik.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.
Terima kasih sudi baca.

1 comment:

  1. minyak kelapa dara pun boleh ye
    ilmu baru ni
    thanks for sharing auni =)

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.