MISTERI ANNELIESE MICHEL PART 2

MISTERI ANNELIESE MICHEL PART 2 - Awalnya Anneliese ni hidup tenteram. Dia seorang yang baik dan kuat agama. Rajin sangat dia pergi gereja. Pandai pulak tu. Cuma masuk umur 16 tahun Anneliese ni dah start berperangai pelik dan sejak itu dia menerima rawatan psikatrik dekat hospital gila. 


Masuk umur 20 tahun, dia jadi anti dengan barang-barang keagamaan macam salib dan air suci tu. Lepas tu dia boleh dengar bunyi benda-benda pelik dan suara aneh yang menyuruh dia jauhkan diri dari benda-benda suci.

Walaunpun Anneliese ni makan ubat, ubat itu tidak membantu malah menjadikan Anneliese lebih teruk tahap membunuh diri dah laa. Tapi mak bapak Anneliese ni percaya yang Anneliese dirasuk, sebab perangai dia pelik sangat. So mak bapak dia bawak Anneliese ni pergi jumpa Paderi Katolik untuk jalani exorcism atau rawatan keagamaan.


Anneliese atau nama sebenar dia Anna Elisabeth Michel dilahirkan pada 21 September 1952 dan meninggal pada 1 Julai 1976. Muda lagi waktu dia mati, masa tu umur dia baru 23 tahun.

Sebenarnya banyak perdebatan antara ahli sains dan ahli agama tentang kematian Annaliese ni. Dan tentunya kemenangan milik ahli sains sebab diorang jumpa perkara yang logik dan ada bukti. Ahli agama ni takde bukti. So mahkamah jatuhkan hukuman penjara 6 bulan terhadap mak bapak Annaliese dan jugak paderi-paderi yang terlibat.

Kesalahan yang dibuat oleh mak bapak dia adalah kerana 'membunuh dengan cara pengabaian' which mean, mak bapak Anneliese ni patut bagi Anneliese makan ubat-ubatan hospital tapi mak bapak dia hentikan pengambilan ubat tu. Akibatnya Anneliese sawan teruk. Lepas tu, mahkamah menyabitkan kesalahan mak bapak Anneliese ni sebab diorang tak bagi makan dan minum pada Anneliese sampai menyebabkan dehydration dan malnutrition dan akhirnya menyebabkan kematian.

Kes akhirnya ditutup dan dinyatakan sebagai kes Misidentified Mental Disorder, pengabaian, penderaan dan histeria.
MISTERI ANNELIESE MICHEL PART 2 MISTERI ANNELIESE MICHEL PART 2 Reviewed by Tunsha Ayunie on August 03, 2017 Rating: 5

1 comment

  1. suka tengok cite emily tu.. hmm tula, benda rasuk2 ni susah org nak percaya kalau tak nampak..
    menarik cite ni

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.