LELAKI DIBAKAR HIDUP-HIDUP KERANA DITUDUH MENCURI SPEAKER MASJID - Tunsha Ayunie Punya Belog

August 04, 2017

LELAKI DIBAKAR HIDUP-HIDUP KERANA DITUDUH MENCURI SPEAKER MASJID

LELAKI DIBAKAR HIDUP-HIDUP KERANA DITUDUH MENCURI SPEAKER MASJID  - Walaupun 'kaki masjid', setengah orang memang tak lari dari bersikap seakan dirasuk iblis. Auni paling tak suka benda-benda macam ni berlaku, sebab perkara macam ini lah yang membuatkan orang sekeliling yang bukan Islam, mengatakan Islam itu ganas. Allah....


Di Jawa Barat, Indonesia, satu insiden salah faham berlaku dan mengakibatkan kematian seorang yang tidak berdosa. Dah la mangsa ni datangnya dari keluarga yang susah.

Mangsa adalah seorang juruteknik barangan elektronik. Alkisahnya mangsa berhenti sekejap di Masjid Desa Muara Bakti (Jawa Barat), untuk solat. Dia membawa sebuah amplifier. Oleh kerana takut barangnya hilang, mangsa membawa sekali amplifier itu kedalam masjid.

Malang nasib dia apabila beberapa orang yang ada didalam masjid itu menyangkakan dia mencuri amplifier kepunyaan masjid. Mereka kemudian mengejar mangsa hingga ke Kampung Desa Bakti.

Akhirnya mangsa ditangkap dan dibelasah serta dipukul oleh orang ramai menggunakan batu hingga kepalanya terkoyak. Dia masih bernyawa ketika itu, tetapi nasibnya lebih malang apabila seorang mencurah minyak tanah dan membakar mangsa hingga mati.


Yang sedihnya, orang sekeliling bersorak gembira melihat kejadian yang menimpa mangsa. Ahli keluarga mangsa pun pasrah dengan kejadian itu. Paling kesian isterinya yang sedang mengandung 7 bulan.

Hasil siasatan polis, amplifier di Masjid Desa Muara Bakti tidak hilang seperti yang didakwa beberapa individu yang membelasah mangsa. 

Perkara macam ni pun pernah je terjadi dekat Malaysia. Please la.. kita di Malaysia ni ada undang-undang. Jangan jadi hakim sendiri. Kalaupun orang itu betul-betul mencuri, biar polis yang buat kerja. Tak perlu tunjuk keganasan sangat.

Awak bukan kebal neraka pun!

2 comments:

  1. Geram yang amat baca ni. Tindakan melulu betul. Kesian org tak bersalah dibuat mcm ni. At least tanya la dulu kan daripada terus attack mcm ni. Haizzz.

    ReplyDelete
  2. satu hal yang biasa terjadi dan seolah-olah dianggap perkara biasa ialah bertindak melulu. tetapi kita tidak suka orang lain bertindak melulu. Emak marah anak, bapa pukul isteri, penulis komen pedas-pedas hanya kerana dengar cerita dan sebagainya.

    pendek kata, bertindak melulu sudah menjadi darah dan daging kita. kononnya orang yang cekap bertindak telah dianggap seorang yang hebat, jika tidak seperti orang dungu yang tak tahu apa-apa dan tak sensitif.

    tambah pula zaman ini. jika zaman dulu orang bertindak dilalangan mereka sahaja, zaman ini lebih hebat, tindakannya tersebar ke seluruh dunia dalam masa sangat singkat dan boleh ditatap oleh seluruh penduduk dunia.




    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.