KENAPA TULIS BLOG? - Tunsha Ayunie Punya Belog

August 18, 2017

KENAPA TULIS BLOG?

KENAPA TULIS BLOG? - Ramai yang masih confused dengan fungsi blog ni. Ada yang gunakan untuk masa lapang dan ada jugak yang guna untuk cari income.


Kenapa Auni tulis blog? 
Awalnya Auni tulis blog adalah kerana suka menulis dan merapu. Kalau tengok blog Auni yang dulu-dulu, memang meroyan je lebih. Asal tak puas hati je luah dalam blog, suka orang tu tulis dalam blog, pendam perasaan, luah dalam blog.

Dulu memang tak tahu langsung pasal blog boleh buat income. Tahniah pada adik-adik yang muda dah menjana income menerusi blog. Terasa kerdil kejap diri ini.

Auni mula blogging pada tahun 2010. Tapi tahun 2014 baru Auni tahu tentang income melalui blog. Rasa macam sia-sia buang masa sebelum ni. Haha! Bila kita dah ada ilmu, jangan persiakan. Sekarang Auni cuba perbaiki konten dalam blog. Part ni bagi Auni agak berat sikit la. Sebab jujurnya Auni slow. Makin berumur makin lambat ilmu nak masuk dalam otak ni.

Niat dari suka menulis, sekarang Auni cuba mencari rezeki melalui blog. Alhamdulillah walaupun tak banyak, nampaklah ada kemajuan sikit kalau compare dengan Auni yang tulis blog sebab meroyan dulu.

Terima kasih sudi baca :)

2 comments:

  1. kita sama la auni... mula menulis tahun 2010 dengan entri yang merapu2 jer.... 2014 sejak jadi wife dapat la income daripada blog sikit2...

    ReplyDelete
  2. Haha. Sama la. Blog first Kaklong tahun 2009 dulu memang meroyan je kerjanya. Naseb baek zaman tu bukan zaman viral. Sekarang baru belajar tulis elok-elok dan jaga perasaan pembaca.

    Caiyuk2 Auni :D

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.