KEKURANGAN DIRI BUKAN PENYEBAB PUTUSNYA HARAPAN - Tunsha Ayunie Punya Belog

August 10, 2017

KEKURANGAN DIRI BUKAN PENYEBAB PUTUSNYA HARAPAN

KEKURANGAN DIRI BUKAN PENYEBAB PUTUSNYA HARAPAN - Sesuatu yang tak boleh sangkal, bila rasa diri kekurangan, terasa putus segala harapan. Apa guna hidup kalau asyik dikeji dicerca? Kita harap orang sekeliling memahami, tapi yang dapat kata-kata lahar daripada mereka.


Auni, bukanlah orang yang sempurna. Awal sakit dulu, orang asyik ejek muka Auni macam monyet di sekolah. Dari tadika sampai ke sekolah rendah, ayat 'muka kau macam monyet, macam beruk' tu dah biasa sangat dengar. Lepas tu masuk sekolah menengah, asyik dipanggil pendek lah, bantut lah. 

Allah... rasa Allah tak adil sangat. Terpaksa menanggung benda macam ni bertahun-tahun. Jiwa Auni memberontak. Mintak mati boleh kata setiap hari.

Lama-lama, malas nak layan, malas nak fikir. Memberontak tu kadang-kadang la. Meratap nasib sebab tengok orang normal, kita ni kena bergantung harap dengan mesin pulak. Dengan tangan yang semakin membengkak sebab pakai fistula, adakala kecewa jugak.


Ada orang putus harapan. Tapi Auni selalu tengok kekurangan orang lain. How they survive with their own lack?

Seorang kawan Facebook Auni nama dia Zack (perempuan). Dia normal asalnya, tapi sebab kemalangan ngeri yang menimpa dia, kaki Zack terpaksa dipotong hingga ke pangkal peha. Zack masih mampu tersenyum seolah tak ada apa berlaku. Zack hidup menggunakan kaki palsu dan kerusi roda.

Seorang lagi kawan Facebook bernama Mas, Auni panggil Kak Mas. Kak Mas mengalami satu penyakit (Auni lupa) yang menyebabkan dia, seumur hidup dia hanya bergantung harap pada kerusi roda untuk berjalan. Tangan Kak Mas juga abnormal. Tapi dia tetap ceria.

Suami Auni sendiri pun kurang upaya fizikal walaupun sebelum itu dilahirkan normal. Auni ambil semangat-semangat orang sekeliling inilah untuk jadi terus bersemangat. Jangan jadikan kekurangan diri sebagai sebab putusnya sebuah harapan. Selagi ada nyawa, kita masih ada harapan.

Terima kasih sudi baca :)

4 comments:

  1. You very good in writting.. Why not you utilize your talent and go further as you can..

    Stop thinking about weakness..

    That my 2 cent comment

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks for ur compliment encik hanafi. I'm still keep on trying to be good in writing :)

      Delete
  2. Syukur mama jumpa org sekuat auni Dalam dunia blogger. Auni jadi inspirasi mama.. keep up the positive aura girl

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah, terima kasih mama.. Auni pun jadikan orang lain sebagai inspirasi :)

      Delete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.