INNOCENT THING (KOREA) : MURID PSIKO YANG OBSES DENGAN CIKGU YANG SUDAH BERISTERI

FILEM KOREA INNOCENT THING : MURID PSIKO YANG OBSES DENGAN CIKGU YANG SUDAH BERISTERI - Jarang rasanya Auni layan cerita Korea ni tapi kalau cerita dia pepelik sikit, macam best je layan. Sebelum ni Auni sempat menonton filem Train To Busan dan Silence. Bagi Auni ceritanya agak unik.

Dekat Astro ada channel baru yang menayangkan pelbagai jenis filem Korea. Auni duduk rumah Mama ni bolehlah layan filem-filem ni. Yang terbaru Auni tonton filem Innocent Thing.


FILEM : INNOCENT THING
GENRE : Thriller, Melodrama
PENGARAH : Kim Tae GyunHwang Dong-Hyuk
PELAKON : Jang Hyuk, Jo Bo-Ah & Sunwoo Sun

SINOPSIS INNOCENT THING
Kim Joon-Ki seorang atlet ragbi dan juga seorang Guru Fizik di sebuah Sekolah Menengah Perempuan. Dia berkahwin dengan Seo-Yeon, yang merupakan seorang guru di sekolah itu. Seo-Yeon sedang sarat mengandung dan dia amat menyayangi Joon-Ki. 


Walaupun dia sudah beristeri, murid-murid perempuan di sekolah itu amat menyukai dan ada diantara mereka menyimpan perasaan pada Joon-Ki.


Young-Eun, seorang pelajar perempuan yang cantik di sekolah itu, diam-diam menyukai Joon-Ki. Dia cuba mendekati Joon-Ki menggunakan sifatnya yang lembut. Walaupun Young-Eun kelihatan lembut, namun sebenarnya dia ada sifat yang jahat.


Young-Eun menjadi obses dengan Joon-Ki dan cuba merampas Joon-Ki dari Seo-Yeon. Oleh kerana obsesnya yang melampau, Young-Eun sanggup mencederakan Seo-Yeon. Dia betul-betul nekad untuk mendapatkan Joon-Ki.

Apa yang akan terjadi pada Young-Eun pada akhirnya? Dapatkah Joon-Ki dan isterinya hidup dengan aman? Haaa tonton sendiri lah ye :)
INNOCENT THING (KOREA) : MURID PSIKO YANG OBSES DENGAN CIKGU YANG SUDAH BERISTERI INNOCENT THING (KOREA) : MURID PSIKO YANG OBSES DENGAN CIKGU YANG SUDAH BERISTERI Reviewed by Tunsha Ayunie on August 29, 2017 Rating: 5

6 comments

  1. best la sinopsis...tapi saya kena cuti tgk drama. Nanti depan TV je keje saya ni. hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama lah dengan saya.. tak boleh start tengok TV, nanti tak boleh buat apa2.. hehe

      Delete
  2. wallpaper yang first tu cam menakutkan pun ada. cam mana aku boleh terlepas tengok cerita ni.. aku dah la peminat korean drama.. hehe

    ReplyDelete
  3. Lama dh akak x layan korea. Tp yg nih mcm best citer die. Tlalu obses pada seseorang. Bahaya kan

    ReplyDelete
  4. waahh miera minat drama korea..tp ni menarik. lain dari yg lain. kena tengok ni

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.