IM*D* PET DIKECAM GARA-GARA DITUDUH TIDAK BERTANGGUNGJAWAB - Tunsha Ayunie Punya Belog

August 09, 2017

IM*D* PET DIKECAM GARA-GARA DITUDUH TIDAK BERTANGGUNGJAWAB

IM*D* PET DIKECAM GARA-GARA DITUDUH TIDAK BERTANGGUNGJAWAB - Sedih dan geram juga bila kucing yang kita beli dalam keadaan tidak terurus, dijaga sehingga rapi dan cantik, akhirnya mati di kedai yang sama kita beli kucing tersebut.


Viral di media sosial bila Bistari Mansor, empunya milik kucing jenis British Short Hair yang bernama Lily , mengamuk di kedai kucing milik Im*d* Pet. Mengamuk sungguh akak tu sebab kucing dia mati. Nak tahu kisah lebih lanjut boleh baca di bawah.

Pengurus kedai haiwan itu yang dikenali sebagai Amy, turut dikecam kerana dikatakan bersikap acuh tidak acuh tentang kematian Lily. Malah muka Amy diviralkan menerusi video. Oleh sebab demikian, Amy telah membuat laporan polis.
Ada juga komen-komen yang mengecam pemilik kedai haiwan tersebut, katanya pemilik itu melarikan diri. Well, kita tak tahu cerita sebenar kan? Apapun, Auni terjumpa satu komen yang mengatakan perkara ini susah untuk menang kerana kedai tersebut mempunyai polisi dan protokol sendiri.
Diharapkan perkara ini diselesaikan sebaik-baiknya. Bagi Auni, kes ini simple je kalau masing-masing boleh bercerita secara baik, kan?
Terima kasih sudi baca :)

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.