GADIS DITAMPAR DAN BAJU DITARIK HINGGA TERSELAK KERANA DISYAKI MENGINTIP RUMAH PENDUDUK - Tunsha Ayunie Punya Belog

August 16, 2017

GADIS DITAMPAR DAN BAJU DITARIK HINGGA TERSELAK KERANA DISYAKI MENGINTIP RUMAH PENDUDUK

GADIS DITAMPAR DAN BAJU DITARIK HINGGA TERSELAK KERANA DISYAKI MENGINTIP RUMAH PENDUDUK - First impression, Auni memang bengang dengan cerita ni. Paling tak suka bila orang membuta-tuli menghukum. Sama bangsa sama agama pulak tu. Langsung tak titipkan kesabaran dalam jiwa, main terjah je konon nak tunjuk hero. Depa ingat depa hebat sangat ke?

Rasa kesian menyelubungi diri bila melihat satu video seorang gadis yang dipukul dan ditampar hanya kerana DISYAKI mengintip. Kudrat seorang gadis 20-an yang kena pertahankan diri daripada lebih 3 orang LELAKI DAYUS!


Kejadian berlaku di Kampung Tasek Gelugor, Pulau Pinang apabila seorang gadis disyaki mengintip rumah penduduk. Malang bagi gadis itu apabila sekumpulan lelaki (dipercayai penduduk), memukul dan menampar serta menarik bajunya hingga terselak menampakkan pakaian dalam.

Sedih Auni tengok video tu. Yela, kita perempuan. Kaum kita yang kena, terguris jugak perasaan ini. Baru tengok dia intip-intip macam tu, orang awam dah serang dia. Padahal, dia tak sempat explain apa-apa pun.


Manalah tahu kan dia intip tu kot-kot nak cari kawan dia ke? Nak jumpa 'crush' dia ke? Auni tak faham apa yang orang awam terutama kaum Adam bergelar Khalifah ni fikir. Tak rasa apa-apa ke malukan gadis tu? Tak bayangkan ke kalau anak gadis sendiri yang diperlakukan macam tu?

Apapun, gadis itu sudah diserahkan ke balai polis untuk soal siasat. Hmm... kalaulah gadis tu tak bersalah, harap dia pulak mendakwa pelaku-pelaku yang tunjuk hero dekat kampung tu. Malunya ada kaum yang tak berperikemanusian macam ni.

Bukan Auni je marah, sebenarnya ramai netizen yang mengamuk dengan kejadian ni. Haih.... 

Terima kasih sudi baca.

1 comment:

  1. Ya Allah..apa nak jd dengan diaorang ni sampai buat gitu kat seorang perempuan..tapi kita pun tak tahu cerita sebenar kan namun ttp sedih..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.