BURGER SYOK MC'DONALDS - Tunsha Ayunie Punya Belog

August 24, 2017

BURGER SYOK MC'DONALDS

BURGER SYOK MC'DONALDS - Sempena Sukan Sea KL 2017 yang berlangsung baru-baru ini, Mc'donalds Malaysia telah memperkenalkan satu lagi produk edisi terhad iaitu Burger Syok! Ianya mempunyai rasa yang unik yang disukai rakyat Malaysia. Isi ayam yang digoreng dan dihias bersama sayuran segar berserta sos pedas.


Disebabkan ianya edisi terhad, kalau korang nak rasa bolehlah pergi beli. Auni dah rasa. Punyalah excited sebab rupa dia macam Burger Habanero yang Mc'donald buat untuk World Cup sebelum ni. Apakah rasa Burger Syok Mc'donalds? Bagi Auni memang syok ah!

Burger Syok didatangkan set dengan kentang goreng dan air 100 Plus. Sesuailah dengan tema Sukan Sea kan?


REVIEW BURGER SYOK MC'DONALDS

Kepingan ayam sama rasa macam Chicken Mc'Deluxe. Sos pedas yang ada didalam Burger Syok tidaklah pedas sangat. So-so saja.  Budak kecik pun boleh makan. Sayurannya masih segar dan sos pedasnya ada elemen masam. Manis datang daripada roti. Boleh kata Burger Syok ni ada pelbagai elemen rasa dari pedas, masam, manis dan masin. Sesuai dengan tekak rakyat Malaysia, kan?

So far, untuk tastebud Auni bagi 4.0 out of 5. 

PENAFIAN : Citarasa masing-masing adalah berbeza. Penulis hanya komen berdasarkan citarasa penulis. Kalau korang makan tak sedap, jangan kecam penulis ya?

Terima kasih sudi baca.

22 comments:

  1. Syoknya hehehehe sempena hari Malaysia....

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Boleh, tak pedas sangat pun kak ita :)

      Delete
  3. hahh malam karang mama jue nak g terjah makan hahahha

    ReplyDelete
  4. arghhh kenapa kc tengok time tengahari entri niii? dapnye! hahahaa. belanja kc kak oni :P

    ReplyDelete
  5. sedapnya... nak try la nanti

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  6. Ok nanti cuba..cik abg dah sound nak cuba makan yang ni...

    ReplyDelete
  7. sedapnya kalau dpt berger mcd..syok mkn

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.