BISKUT BELVITA BREAKFAST MELANCARKAN PERISA BAHARU PISANG & OAT - DARI JARI NOVELLA

August 12, 2017

BISKUT BELVITA BREAKFAST MELANCARKAN PERISA BAHARU PISANG & OAT

BISKUT BELVITA BREAKFAST MELANCARKAN PERISA BAHARU PISANG & OAT
Variasi baru untuk menyokong amalan gaya hidup sihat di kalangan penduduk bandar


Kuala Lumpur, 2 Ogos 2017 – Mondelēz Malaysia (Mondelēz), iaitu sebahagian daripada syarikat pengeluar snek terbesar di dunia Mondelēz International, hari ini memperkenalkan produk baharu bagi rangkaian Biskut belVita Breakfast, iaitu belVita Pisang & Oat (belVita Banana & Oats). Pelancaran produk ini bertujuan untuk menyediakan lebih banyak pilihan kepada pengguna Malaysia bagi menikmati sarapan yang seimbang dan sihat.

Ketika berucap pada majlis pelancaran berkenaan, Sharon Tan, Ketua Bahagian Biscuit & Salty Snacks, Mondelēz International berkata, 

Rata-rata rakyat Malaysia menyedari kepentingan sarapan sebagai sajian harian utama bagi memastikan kecergasan minda, badan dan jiwa. Oleh sebab itu, kami telah menghasilkan produk ini yang mengandungi ramuan berkhasiat dan bermutu tinggi untuk memenuhi gaya hidup dan citarasa rakyat Malaysia. 
Dengan menggabungkan pisang dan oat yang penuh nutrisi dalam produk terbaharu ini, kami dapat membekalkan pengguna dengan pilihan yang lebih sihat untuk menyediakan sarapan yang lazat dan seimbang. Tambahan pula, belVita Pisang & Oat boleh dimakan begitu sahaja tanpa memerlukan sebarang penyediaan sekaligus menjadi pilihan yang mudah dan bersesuaian dengan rutin rakyat Malaysia yang sibuk pada zaman moden ini.
Sharon Tan, Ketua Bahagian Biscuit & Salty Snacks of Mondelēz International dan Dr Hamid Jan, Profesor Madya Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Program Nutrisi dan Dietetik Universiti Sains Malaysia (USM)

Dr Hamid Jan Bin Jan Mohamed, Profesor Madya di Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Program Nutrisi dan Dietetik Universiti Sains Malaysia (USM) turut memberikan pandangan beliau mengenai kepentingan sarapan yang seimbang dan bermutu tinggi. 

Sarapan yang baik adalah penting bagi kesihatan fizikal, mental dan emosi dalam jangka masa panjang. Ianya turut memainkan peranan penting bagi mengelakkan tekanan darah tinggi dan diabetes. Memulakan hari dengan sarapan yang bermutu tinggi dikatakan dapat membantu mempertingkatkan kesihatan, menjaga keseimbangan hormon, serta memberikan tenaga yang mencukupi. Ianya juga merupakan satu cara yang sangat baik bagi mencegah obesiti dan mengekalkan Indeks Jisim Badan (BMI) yang sihat.

Dr Hamid yang juga sependapat dengan Sharon mengulas,

Oat atau bijirin terkenal dengan kandungan serat, pelbagai mineral serta zat-zat yang mampu merendahkan paras kolesterol, sekaligus menjadikannya amat sesuai bagi sarapan pagi. Bagaimanapun, oat sahaja tidak mencukupi untuk menjamin pemakanan yang sempurna. Oleh demikian, buah-buahan seperti pisang adalah antara pelengkap yang sesuai dengan adanya kandungan serat, kalium, vitamin C dan B9 yang dapat menyumbang kepada kesihatan jantung. Lagipun, pisang merupakan buah-buahan tempatan kegemaran rakyat Malaysia yang murah dan senang diperolehi.

Dari kiri : Hansen Lee, Sharon Tan, Dr. Hamid, Dr. Ezani Farhana dan Jenn Chia di majlis pelancaran belVita Pisang & Oat

Biskut belVita Breakfast boleh diambil berserta hidangan sarapan pagi yang seimbang bagi memulakan hari dengan sempurna dan penuh semangat. Ianya sebaiknya diambil dengan buah-buahan, produk tenusu dan bijirin untuk memberikan kombinasi karbohidrat, protein, lemak, vitamin, kalsium, zat besi dan zink yang seimbang.

Semenjak pelancarannya di Malaysia pada bulan Ogos tahun lalu, rangkaian Biskut belVita Breakfast terus mendapat sambutan yang memberangsangkan di kalangan pengguna. Perisa ketiga belVita ini diperkenalkan berikutan prestasi kejayaannya di pasaran menerusi dua perisa utama, iaitu Susu & Bijirin serta Madu & Coklat.

Tambah Sharon, 

Selaku pemimpin kategori biskut, kami sentiasa memberikan tumpuan terhadap aspek inovasi dan kepelbagaian portfolio produk bagi memenuhi permintaan serta harapan pengguna yang serba berubah. Dengan ini, kami mampu memperluas impak dalam pasaran secara berterusan, di samping menzahirkan komitmen kami bagi mencipta detik-detik keriangan dan memperkasa pengguna untuk membuat pilihan yang jelas berhubung kesihatan dan kesejahteraan menyeluruh.

Hansen Lee, iaitu personaliti TV dan jurulatih yoga dan kecerdasan bertauliah yang turut hadir pada majlis pelancaran berkata, 

Jadual seharian saya sentiasa berubah dari masa ke semasa disebabkan oleh kepelbagaian tanggungjawab dan kekerapan bergerak ke beberapa tempat dalam masa yang singkat. Saya memulakan hari dengan minda, emosi dan tubuh badan yang cerdas. Biskut belVita Breakfast merupakan sumber tenaga yang mudah dan cepat kerana ianya lengkap dengan pelbagai nutrien bagi menjamin sarapan yang seimbang, walaupun pada pagi yang paling sibuk.

Pakar gaya hidup sihat yang terkenal, Jenn Chia, Hansen Lee dan Dr.Ezani Farhana mendemonstrasikan pengalaman minda dan jiwa yang lengkap pada acara tersebut.

Harga dan Tempat Jualan
belVita Pisang & Oat boleh didapati dalam dua (2) pilihan pek:
80g (RM2.90)
160g (RM5.20)

Perisa baharu ini akan dijual di semua pasar raya besar, pusat membeli-belah serta kedai runcit bermula Ogos 2017.

Semua Biskut belVita Breakfast mengandungi sekurang-kurangnya 50 peratus bijirin untuk membekalkan karbohidrat kompleks yang merupakan sumber tenaga utama pada waktu pagi.

Biskut belVita Breakfast juga merupakan sumber serat dan mengandungi sekurang-kurangnya 8g bijirin tulen dalam setiap hidangan, berserta lapan jenis vitamin dan mineral. Apabila diambil sebagai sebahagian daripada sarapan yang seimbang, ianya mampu membekalkan tenaga dan khasiat untuk memulakan hari dengan baik.
Mengenai Mondelēz International
Mondelēz International, Inc. (NASDAQ: MDLZ) adalah sebuah syarikat pengeluar snek  terulung global, dengan hasil bersih anggaran sebanyak $30 bilion pada tahun 2015. Mewujudkan detik-detik enak dan ceria di 165 buah negara, Mondelēz International merupakan peneraju pasaran global bagi kategori coklat, biskut, gula-gula dan minuman serbuk, dengan jenama bernilai berbilion dolar seperti biskut Oreo, LU dan Nabisco; coklat Cadbury, Cadbury Dairy Milk dan Milka, dan gula-gula getah Trident. Mondelēz International berbangga kerana tersenarai dalam Standard and Poor's 500 (S&P 500), NASDAQ 100 dan Dow Jones Sustainability Index. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.mondelezinternational.com dan www.twitter.com/MDLZ.

Mengenai Mondelez Malaysia
Mondelez Malaysia (dahulunya dikenali sebagai Kraft Foods Malaysia) merupakan Syarikat Snek Kegemaran negara dan pemilik jenama ikonik seperti Oreo, Cadbury Dairy Milk, Tiger Biskuat, Jacob’s, Chipsmore, Choclairs dan Twisties. Mutu, keselamatan dan rasa jenama kami telah dipercayai oleh rakyat Malaysia sejak beberapa generasi.

Dengan lebih 1,100 orang pekerja dan tiga buah kilang pembuatan di Shah Alam, Johor Bahru dan Prai, mereka bekerja setiap hari untuk mencipta Saat Manis Bersama dengan berkongsi jenama makanan snek kegemaran dunia dengan para pengguna mereka. Sebelum ini mereka dikenali sebagai Kraft Foods – salah sebuah syarikat makanan yang paling pesat berkembang di dunia. Sejak 1 Julai 2013, mereka dikenali sebagai Mondelēz International. 

MDLZ Malaysia merupakan sebahagian daripada kumpulan syarikat Mondelēz International. 

4 comments:

  1. Tak pernah cuba lagi biskut ni.

    ReplyDelete
  2. Ini biskut yang iklan ada BCL tu kan??

    ReplyDelete
  3. Belum pernah rasa lagi. Yang penting ingat Belvita ingat Bunga Cinta Lestary tu. hihihi.

    ReplyDelete
  4. dah beli hari tu kat tesco, tpi mak aih..harganyer sma dgn sebungkus biskut len yg lgi berbaloi..beli nk rasa jer..terpengaruh iklan haha

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.