5 KEBAIKAN BUAH MANGGIS

5 KEBAIKAN BUAH MANGGIS - Dah lama Auni tak makan manggis. Hanya dapat makan bila ada dengan Mama je sebab Mama hantu manggis. Antara pembaca Auni, siapa yang suka makan manggis? Makan je tau, jom Auni share kebaikan buah manggis.


Manggis atau nama saintifiknya Garcinia Mangostana , dikenali sebagai Ratu Segala Buah kerana ianya bermusim, sama seperti durian. Sejenis buah yang agak sensitif, mempunyai kulit berwarna ungu gelap dan isi yang berwarna putih. Buah manggis kaya dengan Vitamin C, zat besi, niasin, kalsium, protein, serat, vitamin B1 & B2.

5 KEBAIKAN BUAH MANGGIS

MENGANDUNGI ANTIOKSIDAN - Kajian menunjukkan buah manggis mengandungi polifenol dan xanthones. Xanthone adalah ubat yang efektif terhadap berbagai penyakit kardiovaskular. Antioksidan ini memiliki sifat penyembuhan yang mampu menyembuhkan sel-sel yang rosak akibat radikal bebas, memperlambatkan penuaan dan mencegah penyakit.

KANDUNGAN KALORI YANG RENDAH - Manggis adalah buah yang sangat rendah kalori iaitu 63 kalori per 100g dan tidak mengandungi lemak tepu atau kolestrol. Tapi ianya kaya dengan serat.

KANDUNGAN VITAMIN C - Mengandungi vitamin sekitar 12% RDA per 100 g. Kandungannya vitamin C didalamnya mampu mencegah penyakit seperti infeksi dan selesema. Amalkan makan buah yang kaya vitamin c.

KANDUNGAN NUTRISI - Nutrisi yang elok mampu melancarkan peredaran darah. Buah manggis mempunyai peranan untuk menambahkan sel darah merah dan mencegah anemia. Ianya mampu meningkatkan aliran darah supaya dapat melindungi kita dari penyakit seperti kolestrol dan ngilu pada dada.

BAIK UNTUK KULIT - Mempunyai sifat antiBakteria alami dan juga anti mikroba yang efektif untuk mengubati pelbagai jenis masalah kulit. Jika memiliki masalah jerawat, kulit berminyak, tona kulit tidak sekata dan kering, penyembuhannya adalah dengan menggunakan buah manggis. Dimakan dan boleh digosok pada kulit wajah yang bermasalah.

5 KEBAIKAN BUAH MANGGIS 5 KEBAIKAN BUAH MANGGIS Reviewed by Tunsha Ayunie on August 07, 2017 Rating: 5

2 comments

  1. wah dah lain blog ni. cantik dan kemas.

    ReplyDelete
  2. feveret.
    baru semlm ngap beberapa biji.
    opismet beli.
    alhamdulillah.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.