8/1/17 - DARI JARI NOVELLA

August 31, 2017

RESEPI KARI ASAM PEDAS IKAN PARI

4:27 PM 1
RESEPI KARI ASAM PEDAS IKAN PARI
RESEPI KARI ASAM PEDAS IKAN PARI - Dah lama sangat Auni tak masak. Lagipun Auni hanya masak bila tinggal dekat rumah di Rawang, rumah parent Auni. Lebih selesa masak disini. Almaklum membesar pun di sini, apa-apa selesa dekat tempat sendiri.

Haritu saja update status teringin makan asam pedas ikan pari. Tiba-tiba Mama balik dari kerja, dia bawak balik sekali ikan pari. Terus Auni excited. Esok tu Auni masak Kari Asam Pedas Ikan Pari. Dah nama pun 'kari', so bahannya menggunakan serbuk kari lah ye.

Oh ya, dalam peti ais sayur semua takde, so Auni guna bunga kantan je. Nak lebih meriah letaklah bendi ke tomato ke terung ke...


RESEPI KARI ASAM PEDAS IKAN PARI
Bahan-bahan kisar (A) :
3 sudu besar cili boh
2 sudu besar serbuk kari
2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu besar belacan
1 inci kunyit hidup
5 tangkai cili padi
Segenggam daun kesum
======================
1/2 sudu besar halba campur
2 cawan air
======================

Bahan-bahan (B) :
Garam & gula secukup rasa
1 sudu besar pes asam jawa - boleh tambah atau kurangkan
==============================================

Bahan-bahan (C) :
7 ketul ikan pari - dibasuh dan diperap dengan asam keping
1 kuntum bunga kantan
3 tangkai daun kesum
1/2 sudu besar lada hitam - kisar halus
==============================================

Cara-cara :
Panaskan minyak dan tumis halba campur. Kemudian masukkan bahan kisar dan tumis hingga pecah minyak. Kemudian masukkan air. Biarkan mendidih dan masukkan garam, gula dan asam jawa. Biarkan mendidih lagi.

Masukkan ikan pari bersama bunga kantan, daun kesum dan lada hitam kisar. Biarkan mendidih sehingga ikan pari masak. Siap!

Selamat mencuba.

4 SEPTEMBER 2017 CUTI

12:54 AM 3
4 SEPTEMBER 2017 CUTI
4 SEPTEMBER 2017 CUTI - Tadi sempat tengok Perdana Menteri kita bagi ucapan. Rasa kelakar pulak, rasa harini Perdana Menteri sangat cool dan ada sense of humor.

Ramai yang tunggu cuti peristiwa sempena kemenangan para atlet kan? Ada khabar gembira dari PM kita.


Sumber : Harian Metro

Perdana Menteri dengan senyum simpul tadi mengumumkan 4 September 2017 sebagai cuti sempena kejayaan Sukan Sea KL 2017.

"Saya bukan senang nak bagi cuti sebab Malaysia sudah terlalu banyak mendapat cuti umum. Tetapi kerana pencapaian kita yang luar biasa, sokongan rakyat berbilang kaum yang padu, pencapaian atlet kita yang cemerlang maka dengan ini saya bagi pihak kerajaan mengumumkan cuti umum pada hari Isnin ini," katanya.


Selamat bercuti!

August 30, 2017

KOLEKSI RESEPI MENGGUNAKAN QUAKER OATS

10:07 AM 4
KOLEKSI RESEPI MENGGUNAKAN QUAKER OATS
KOLEKSI RESEPI MENGGUNAKAN QUAKER OATS - Quaker Oats adalah sejenis bijiran yang sangat baik untuk kesihatan jantung dan tekanan darah tinggi. Ianya sejenis gandum yang dijadikan kepingan yang mudah dimasak dan dimakan.

Quaker Oat mengandungi nutrisi yang tinggi serta Vitamin B1 dan Vitamin E. Pelbagai cara boleh dimasak dengan menggunakan oats. Ikut selera masing-masing. Auni nak share resepi Harissa Ayam menggunakan Quaker Oats. 


RESEPI HARISSA AYAM JOHOR
Bahan-bahan (bubur) :
Setengah ekor ayam
1 mangkuk quaker oat (warna biru)
2 labu bawang besar (merah)
1 labu bawang putih
beberapa inci halia
2-3 biji buah pelaga
sedikit lada sulah
sedikit garam
sedikit serbuk perasa (optional)
1 sudu besar minyak sapi
2 senduk susu cair
air secukupnya


Cara-caranya :
Rebus ayam bersama bawang besar, bawang putih dan halia didalam kuali. Bawang-bawang dan halia tidak perlu dipotong.

Selepas ayam masak, toskan semua bahan yang direbus, kisarkan bersama air rebusan tadi, kemudian masukkan semula ke dalam kuali dan tambahkan quaker oat dan buah pelaga. Masak sehingga mendidih. Setelah mendidih masukkan garam, lada sulah, serbuk perisa, susu cair dan minyak sapi.

***Ayam boleh diganti dengan daging

Bahan-bahan (sambal) :
Beberapa biji cili merah
Garam secukup rasa

Cara-caranya :
Kisarkan cili merah & garam. 

***Bubur harissa ini sedap dimakan bersama madu, bawang goreng & madu. Campur ketiga-tiganya sekali

Oh ya, ada banyak lagi resepi yang korang boleh masak menggunakan Quaker Oats tau. Takdelah bosan bancuh dengan susu je kan? Nak cuba? Boleh klik disini : UNTUK PELBAGAI RESEPI DARI QUAKER OAT »»» 12 RESEPI YANG BOLEH DIMASAK MENGGUNAKAN QUAKER OATS

Selamat mencuba :)

August 29, 2017

INNOCENT THING (KOREA) : MURID PSIKO YANG OBSES DENGAN CIKGU YANG SUDAH BERISTERI

8:13 PM 6
INNOCENT THING (KOREA) : MURID PSIKO YANG OBSES DENGAN CIKGU YANG SUDAH BERISTERI
FILEM KOREA INNOCENT THING : MURID PSIKO YANG OBSES DENGAN CIKGU YANG SUDAH BERISTERI - Jarang rasanya Auni layan cerita Korea ni tapi kalau cerita dia pepelik sikit, macam best je layan. Sebelum ni Auni sempat menonton filem Train To Busan dan Silence. Bagi Auni ceritanya agak unik.

Dekat Astro ada channel baru yang menayangkan pelbagai jenis filem Korea. Auni duduk rumah Mama ni bolehlah layan filem-filem ni. Yang terbaru Auni tonton filem Innocent Thing.


FILEM : INNOCENT THING
GENRE : Thriller, Melodrama
PENGARAH : Kim Tae GyunHwang Dong-Hyuk
PELAKON : Jang Hyuk, Jo Bo-Ah & Sunwoo Sun

SINOPSIS INNOCENT THING
Kim Joon-Ki seorang atlet ragbi dan juga seorang Guru Fizik di sebuah Sekolah Menengah Perempuan. Dia berkahwin dengan Seo-Yeon, yang merupakan seorang guru di sekolah itu. Seo-Yeon sedang sarat mengandung dan dia amat menyayangi Joon-Ki. 


Walaupun dia sudah beristeri, murid-murid perempuan di sekolah itu amat menyukai dan ada diantara mereka menyimpan perasaan pada Joon-Ki.


Young-Eun, seorang pelajar perempuan yang cantik di sekolah itu, diam-diam menyukai Joon-Ki. Dia cuba mendekati Joon-Ki menggunakan sifatnya yang lembut. Walaupun Young-Eun kelihatan lembut, namun sebenarnya dia ada sifat yang jahat.


Young-Eun menjadi obses dengan Joon-Ki dan cuba merampas Joon-Ki dari Seo-Yeon. Oleh kerana obsesnya yang melampau, Young-Eun sanggup mencederakan Seo-Yeon. Dia betul-betul nekad untuk mendapatkan Joon-Ki.

Apa yang akan terjadi pada Young-Eun pada akhirnya? Dapatkah Joon-Ki dan isterinya hidup dengan aman? Haaa tonton sendiri lah ye :)

August 28, 2017

WANITA DITUDUH MEMUKUL DAN MENCEKIK ANAK PEREMPUANNYA KETIKA MENGADAKAN UPACARA MENGHALAU IBLIS

7:51 PM 6
WANITA DITUDUH MEMUKUL DAN MENCEKIK ANAK PEREMPUANNYA KETIKA MENGADAKAN UPACARA MENGHALAU IBLIS
WANITA DITUDUH MEMUKUL DAN MENCEKIK ANAK PEREMPUANNYA KETIKA MENGADAKAN UPACARA MENGHALAU IBLIS - Susah bila mental dah jadi tak betul lagi-lagi yang obses terhadap iblis atau perkara-perkara ghaib. Ini antara sebab Auni takut nak belajar lebih, takut jiwa terus jadi kosong.


Di California, seorang ibu dipercayai telah memukul, menggigit dan mencekik anak perempuannya yang berusia 11 tahun untuk upacara menghalau iblis atau lebih senang cakap, upacara exorcism. Punyalah obses wanita ini. Seram pun ye jugak. Mesti dah terdengar-dengar suara iblis hasut suruh buat macam tu kat anak dia.


Wanita itu yang merupakan Kimberly Felder berusia 45 tahun dikatakan telah menelanjangkan anaknya dan memasukkan pasir ke dalam mulut mangsa di sebuah pantai terpencil.

Saksi yang merupakan John Marciel, mengatakan bahawa Kimberly cuba menghalau iblis dari badan anaknya itu. Semasa kejadian, Kimberly terus memukul anak perempuannya di kepala dengan sebatang kayu sementara John cuba menghalang dari perkara itu berterusan.

Kimberly akhirnya ditangkap untuk soal siasat dan akan didakwa atas cubaan membunuh diri, serangan dengan senjata secara sengaja dengan niat membunuh, penderaan kanak-kanak dan keganasan yang teruk.

Anaknya telah dibawa ke hospital dan pihak hospital mendapati tubuh badannya mempunyai banyak kecederaan.

TAULADAN DI SEBALIK BUAH TEMBIKAI

5:37 PM 2
TAULADAN DI SEBALIK BUAH TEMBIKAI
TAULADAN DI SEBALIK BUAH TEMBIKAI - Tembikai memang antara buah kegemaran rakyat Malaysia. Buahnya kaya serat dan air memang menjadi 'jajan' ketika sedang kehausan. Membaca kisah tentang tembikai ini membuatkan Auni terdiam kejap.

Seorang lelaki, pergi ke pasar dan membeli tembikai. Dia membawa balik ke rumah tembikai yang dibelinya tadi. Isterinya membawa tembikai itu ke dapur lalu memotongnya. Alangkah kecewanya si isteri apabila tembikai itu tidak manis malah berasa tawar sahaja.


Si isteri terus mengeluh dan membebel di dapur. Si suami tadi hanya tenang dan membiarkan isterinya mengeluh sendirian. Apabila suasana kembali tenang, si suami tadi mula berbicara dengan si isteri...

Suami : Sayang, abang membeli tembikai itu di pasar.
Isteri : Saya tahu.

Suami : Sayang rasa, semasa abang membeli tembikai tadi, abang mahu yang manis atau yang tawar?
Isteri : Mestilah yang manis.

Suami : Yang menjual tembikai tadi, sayang rasa dia nak jual tembikai yang manis atau yang tawar?
Isteri : Mestilah mereka ingin menjual tembikai yang manis.

Suami : Ketika peraih (orang tengah) ingin menjual kembali kepada penjual di pasar, adakah dia ingin menjual tembikai yang tawar?
Isteri : Mestilah yang manis!
.
..
...

Si suami diam sebentar dan menyambung kembali soalannya kepada si isteri...

Suami : Ketika pekebun menanam tembikainya, sayang rasa dia mahu tembikainya tumbuh menjadi buah yang manis ataupun tawar?
Isteri : Mestilah dia nak yang manis.

Suami : Semasa sayang membelah buah tembikai tadi, sayang nak yang manis atau yang tawar?
Isteri : Sudah tentu saya inginkan yang manis. Kenapa abang tanya semua soalan ni pada saya?
.
..
...

Si suami yang soleh itu tersenyum memandang isterinya, lalu dia berkata,

Suami : Ketika semua orang inginkan buah yang manis, tetapi sebaliknya berlaku, kita harus marahkan siapa?

Si isteri terdiam.

Suami : Jadi ketika sayang marah akan rasa tembikai yang tawar, sayang marahkan siapa sebenarnya?

Marahkan abang yang membeli, atau pekebun yang menanam, atau penjual yang menjual, atau awak yang membelah tembikai tadi? Atau... Allah yang menentukan rasanya tawar?

Si isteri hanya mendiamkan diri.

ADAB KETIKA MAKAN
Janganlah kita mengecam atau mengeji makanan di depan mata. Jika tidak suka, tinggalkan saja. Boleh jadi bila kita mengecam makanan di depan mata, si tukang masak akan terasa hati. Lagipun, rezeki itu datangnya dari Allah SWT.

Teringat kisah Aishah r.a yang tidak tahu memasak, tetapi Rasulullah SAW tetap memakannya dengan senyuman :)

Terima kasih sudi baca.

PERLUKAH BLOGGER RASA SAKIT HATI DENGAN REZEKI ORANG LAIN?

4:48 PM 10
PERLUKAH BLOGGER RASA SAKIT HATI DENGAN REZEKI ORANG LAIN?
PERLUKAH BLOGGER RASA SAKIT HATI DENGAN REZEKI ORANG LAIN? - Sebagai manusia, sifat dengki dan irihati itu perkara yang biasa bagi Auni. Untuk positif, adalah dari diri kita sendiri, bukan mengharapkan positif itu datang sendiri.

Sebagai blogger, kadangkala ada rasa iri bila blogger lain dapat job besar-besar. Kita nak dapat satu job kecik pun susah. Persoalannya, perlu ke dengki? Menyatakan provokasi dan sebagainya?


Untuk mendapatkan job, para blogger perlu sentiasa positif dan aktif di media sosial. Rezeki itu memang tidak datang bergolek, tapi boleh je kita usaha lebih dari segi penulisan dan lain-lain kan? Auni sendiri tak expect ada PR yang masih lagi nak bagi job pada Auni, walaupun bukan paid-job, Auni tetap anggap ianya sebuah rezeki.

Aura positif itu sentiasa melipatgandakan rezeki Auni (so far).

Auni pernah update status like.... "Kalau dapat job dari Rempah Ratus Mak Siti kan best, sebab kakak suka memasak" .. Ini antara status yang positif dimana kita berharap. Mana tahu ada PR mana-mana yang sudi hulur kita untuk review, kan kan?

Daripada setiap masa asyik provok blogger lain, tak best jugak. Bila hari-hari negatif, orang pun makin meluat. Auni admit, Auni pernah rasa how goes bila orang meluat dengan kita. *haha*

Entri ini random je memandangkan Auni masih mencari bahan menulis.
Terima kasih sudi baca :)

August 26, 2017

LAZADA MERDEKA! MERDEKA! BLOGGER CONTEST

5:40 PM 24
LAZADA MERDEKA! MERDEKA! BLOGGER CONTEST
LAZADA MERDEKA! MERDEKA! BLOGGER CONTEST - Sempena Hari Kemerdekaan yang akan tiba beberapa hari lagi, Lazada Malaysia telah membuat satu contest untuk para blogger. Hadiahnya agak lumayan. Contest ini bermula dari 21 Ogos 2017 hingga 31 Ogos 2017.

Korang kena join LAZADA MERDEKA! MERDEKA! BLOGGER CONTEST ini sebab syarat-syaratnya sangatlah mudah. Pemenang pula dipilih secara random. So sambil korang buat entri ni, boleh lah doa banyak-banyak. Rezeki kita tak tahu kan?

HADIAH YANG BAKAL DIMENANGI :

1st Prize  : 1 x RM600 LAZADA Shopping Voucher 
2nd Prize : 2 x RM300 LAZADA Shopping Voucher 
3rd Prize : 3 x RM200 LAZADA Shopping Voucher 


Klik banner untuk join ye :)


(a) What do you love about being Malaysian?

Malaysia adalah sebuah negara yang aman dan makmur. Selain itu, terdapat berbilang suku kaum di dalam Malaysia. Di sini, kita boleh belajar pelbagai budaya bangsa lain. Bukan itu saja, Malaysia kaya dan mewah dengan pelbagai jenis makanan. Cakap saja mahu makan apa, semua boleh didapati di Malaysia!


(b) Choose your favorite local brand here :

PENSONIC ! Sejak berkahwin, Auni memang mulai minat barang-barang Pensonic terutamanya barang-barang untuk kegunaan di dapur.  Antara barangan Pensonic yang Auni teringin sangat adalah Bread-Maker dengan Food Processor. Kalau dapat Bread-Maker ni Auni nak hadiahkan pada Mama Auni, sebab dia suka buat roti.


(c) Select two product from that brand that you love. The Article must contain screenshots of the products mentioned.


(1) PENSONIC PBM-2001S BREAD MAKER



(2)PENSONIC PB5001 FOOD PROCESSOR


Ikutkan memang rambang mata, nak pilih lebih daripada dua je rasanya. Haha! Tamak gila kan? Semoga ada tuah kemenangan untuk contest ni. Kalau tak menang pun takpe, at least kita cuba nasib.

Oh ya, Lazada : Merdeka! Merdeka! Sale (http://www.lazada.com.my/merdeka-sale/) yang akan berlangsung dari 25 Ogos 2017 hingga 31 Ogos 2017 (di mana anda boleh mendapatkan diskaun khas sehingga 80%!). Uishhhh banyak gila diskaun ! Berganda-ganda !

Untuk korang yang dah join contest Lazada Merdeka! Merdeka! Blogger Contest ini, Auni ucapkan semoga berjaya.

August 24, 2017

BURGER SYOK MC'DONALDS

4:57 PM 22
BURGER SYOK MC'DONALDS
BURGER SYOK MC'DONALDS - Sempena Sukan Sea KL 2017 yang berlangsung baru-baru ini, Mc'donalds Malaysia telah memperkenalkan satu lagi produk edisi terhad iaitu Burger Syok! Ianya mempunyai rasa yang unik yang disukai rakyat Malaysia. Isi ayam yang digoreng dan dihias bersama sayuran segar berserta sos pedas.


Disebabkan ianya edisi terhad, kalau korang nak rasa bolehlah pergi beli. Auni dah rasa. Punyalah excited sebab rupa dia macam Burger Habanero yang Mc'donald buat untuk World Cup sebelum ni. Apakah rasa Burger Syok Mc'donalds? Bagi Auni memang syok ah!

Burger Syok didatangkan set dengan kentang goreng dan air 100 Plus. Sesuailah dengan tema Sukan Sea kan?


REVIEW BURGER SYOK MC'DONALDS

Kepingan ayam sama rasa macam Chicken Mc'Deluxe. Sos pedas yang ada didalam Burger Syok tidaklah pedas sangat. So-so saja.  Budak kecik pun boleh makan. Sayurannya masih segar dan sos pedasnya ada elemen masam. Manis datang daripada roti. Boleh kata Burger Syok ni ada pelbagai elemen rasa dari pedas, masam, manis dan masin. Sesuai dengan tekak rakyat Malaysia, kan?

So far, untuk tastebud Auni bagi 4.0 out of 5. 

PENAFIAN : Citarasa masing-masing adalah berbeza. Penulis hanya komen berdasarkan citarasa penulis. Kalau korang makan tak sedap, jangan kecam penulis ya?

Terima kasih sudi baca.

PETUA KUKU TUMBUH DENGAN SIHAT DAN CANTIK

9:30 AM 1
PETUA KUKU TUMBUH DENGAN SIHAT DAN CANTIK
PETUA KUKU TUMBUH DENGAN SIHAT DAN CANTIK - Kuku adalah salah satu 'aset' bagi kaum wanita. Malah, kuku yang cantik dan sihat jugak memberi peranan dan refleksi terhadap keseluruhan kesihatan kita. Kalau kuku tak sihat dan kotor, banyak penyakit timbul seperti kecacingan.

Untuk mereka yang ada masa dan fulus lebih, boleh je pergi manicure atau pedicure. Tetapi tak semua mampu kan? Auni akan kongsi petua untuk kuku korang tumbuh dengan cantik, insyaAllah.


PETUA KUKU TUMBUH DENGAN CANTIK

MINYAK ZAITUN
Penting menjaga kuku dengan cara melembabkan. Minyak zaitun adalah bahan terbaik untuk penjagaan kuku. Ia akan menembusi jauh kedalam kulit dan membantu menyuburkan kuku. Minyak zaitun juga mempunyai Vitamin E untuk meningkatkan peredaran darah dan memperbaiki kuku yang rosak serta berfungsi menguatkan kuku.

Sebelum tidur, sapukan minyak zaitun suam ke kuku dan urut perlahan-lahan selama 5 minit. Lakukan setiap hari.


MINYAK KELAPA DARA
Minyak kelapa berfungsi untuk pertumbuhan kuku yang sihat. Ianya mengandungi nutrien penting bagi memastikan kuku lembab dan kuat. Ianya juga membantu menyembuhkan jangkitan kutikula dan kulat kuku.

Sebelum tidur, urut kuku dengan minyak kelapa dara yang suam pada waktu malam. Urut secara lawan arus jam untuk meningkatkan peredaran darah.

Untuk petua secara rendam, campurkan 1/4 cawan minyak kelapa organik, 1/4 cawan madu dan 4 titis minyak pati rosemary. Panaskan selama 20 saat dalam microwave dan kemudian rendam kuku dalam bahan tersebut selama 15 minit. Dilakukan satu hingga dua kali seminggu.


JUS OREN
Untuk kuku tumbuh dengan sihat adalah jus oren. Kandungan Vitamin C didalamnya menggalakkan pengeluaran kolagen dan memastikan kuku sihat. Juga mempunyai asid folid yang penting untuk pertumbuhan kuku.

Rendam kuku dalam jus oren segar sekurang-kurangnya 10minit.
Bilas dengan air suam, biarkan kering dan sapukan pelembab.
Ulang sehingga korang berpuas hati.


LEMON
Lemon mengandungi Vitamin C yang penting untuk pertumbuhan kuku. Ia juga merawat kuku yang tidak sihat dan berfungsi mengilatkan kuku.

Sediakan 1 sudu jus lemon dan 3 sudu minyak zaitun. Panaskan dalam microwave 10 saat dan rendamkan kuku selama 10 minit. Buat setiap hari.

Gosokkan potongan lemon pada kuku selama 5 minit. Amalkan setiap hari untuk mendapatkan kuku yang sihat dan cantik.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.
Terima kasih sudi baca.

August 23, 2017

DAVID BECKHAM NAK DATANG MALAYSIA

3:31 PM 2
DAVID BECKHAM NAK DATANG MALAYSIA
DAVID BECKHAM NAK DATANG MALAYSIA - Siapa peminat David Beckham mesti teruja gila dengan berita ini. Si tampan yang menjadi bekas pemain bola sepak Manchester United ini akan tiba di Malaysia tidak lama lagi!

David Beckham bakal tiba di Kuala Lumpur (dijangka 22 September 2017) sempena program ekslusif AIA Vitality Wellness Festival. Beliau adalah duta bagi syarikat Global AIA.

Bagaimanapun berita itu hanya menyatakan David Beckham bakal tiba di Kuala Lumpur tetapi mereka tidak menyatakan lokasi. Ada rezeki korang jumpalah David tu ye. International tu.


David Beckham adalah seorang pemain bola sepak profesional untuk Manchester United, Preston North End, Real Madrid, Milan, LA Galaxy, Paris Saint-Germain dan Pasukan kebangsaan England. Beliau merupakan pemain Inggeris pertama dalam memenangi kejuaraan liga di empat negara iaitu England, Sepanyol, Amerika Syarikat dan Perancis.

Terima kasih sudi baca.

August 21, 2017

MAKAN DI EXQUISITE NOODLES & PORRIDGE SPECTRUM AMPANG

10:20 PM 1
MAKAN DI EXQUISITE NOODLES & PORRIDGE SPECTRUM AMPANG
MAKAN DI EXQUISITE NOODLES & PORRIDGE SPECTRUM AMPANG - Dah lama sebenarnya Auni nampak kewujudan kedai makan ini di Spectrum Ampang, tapi tak terasa nak pergi masa tu. Selalu pergi Spectrum lepak kedai sushi je.

Disebabkan lapar, tuan suami ajak Auni makan. Tapi blur tak tahu nak makan kat mana. So kami pergi Spectrum. Almaklum Spectrum Ampang ni macam berderet kedai makan dia kat luar tu.


Dah jalan-jalan, kaki terhenti depan kedai makan Exquisite ni, tiba-tiba rasa nak cuba. Awal-awal masuk, kami dilayan dengan baik. Waitres tak menyombong. OK, 5 bintang untuk ini.

Exquisite Noodles & Porridge ini berkonsepkan makanan Melayu-Champa. Selalu kita pergi makan dekat kedai Thailand, harini kita terbang pergi Vietnam pulak!

Sebenarnya, menu kami dah sampai 3 benua harini.


Tuan suami teringin makan Ayam Penyet. Ayam Penyet bukan asalnya Indon sih?

NASI AYAM PENYET : RM8.90
TASTEBUD : 3.5 out of 5


Ini laksa lemak je. Namanya Num Panchok. Puas lah nak pronounce dekat waitress tadi. Dia siap gelakkan Auni, mungkin sebab salah sebut. Sedap jugak, rasa lemak-lemak tapi tak muak. Haaa yang ni rasanya makanan Vietnam.

NUM PANCHOK (LAKSA) : RM 6.90
TASTEBUD : 3.5 out of 5


Ini air Thai Iced Tea. Haaa macam mana boleh sampai Thai tak tahu. Rasanya menapak dekat Vietnam tadi. hehe. Gurau je. Suka air ni sebab tak terlalu pekat dan tak terlalu cair. Sesedap rasa je.

THAI ICED TEA : RM 6.90

Ada beberapa jenis lagi makanan Vietnam yang korang boleh cuba macam Baabor (Bubur), Banh Song, & Beef Noodle Soup. Auni tengok dalam Instagram diorang, Beef Noodle ni paling banyak orang order. Selain itu, ada makanan Melayu Kelantan seperti Nasi Kerabu dan Nasi Dagang.

Ada juga pelbagai jenis side-dish seperti Lok-Ching, Vietname Roll, Num Krok & Cakoi.


Mereka sedia menerima tempahan so kalau korang rasa teringin nak rasa masakan Champa, bolehlah contact ye? Awal-awal dah snap gambar ni. Tolong sesama bangsa meniaga. Lagipun layanan baik kan? Makanan pun sedap.

Next time nak cuba makanan lain pulak.
Terima kasih sudi baca.

SUSU TFF U-99 UNTUK PESAKIT DIALISIS

3:51 PM 4
SUSU TFF U-99 UNTUK PESAKIT DIALISIS
SUSU TFF U-99 UNTUK PESAKIT DIALISIS - Bila jadi pesakit kegagalan buah pinggang tahap kronik, pemakanan kami memang takkan sama dengan orang normal. Perlu mengamalkan diet sebagai seorang pesakit. Selepas dialisis, nutrisi badan akan hilang, jadi bagaimana untuk mengembalikan nutrisi dalam tubuh badan?


TFF U-99 adalah susu nutrisi terapeutik yang direka khusus bagi membantu keperluan pemakanan untuk pesakit yang menjalani dialsis (Tahap Kronik). Produk ini adalah keluaran Jerman.

ANTARA FORMULA-FORMULA DALAM SUSU TFF U-99

WHEY PROTEIN PREMIUM - Mengekalkan berat badan dan memperbaiki tisu
L-CARNITINE - Menyediakan tenaga selular
L-ARGININE - Meningkatkan keanjalan dinding vascular
TAURINE - Mengawal gula dalam darah
72% ASID LEMAK MONO TAK TEPU - Mengurangkan kolestrol yang tidak baik
SERAT LARUT AIR - Untuk memperbaiki masalah sembelit
PERATURAN PEMAKANAN - Rendah dalam natrium, fosforus dan kalium
LAKTOFERIN - Meningkatkan tahap zat besi dalam darah

Selain itu, susu TFF U-99 kaya dengan vitamin B12, vitamin B6, vitamin B2, vitamin B1, vitamin A acetate, vitamin K1, folic acid, dan vitamin D3.

Untuk info lanjut, boleh baca di True Functional Foods .
Harga sekotak : RM70 / 12 sachet (Bergantung pada farmasi)

August 20, 2017

SINOPSIS & REVIEW ANNABELLE : CREATION

6:57 PM 7
SINOPSIS & REVIEW ANNABELLE : CREATION
SINOPSIS & REVIEW ANNABELLE : CREATION - Mula-mula bila ajak tuan suami tengok cerita ni, dia dah buat muka. Sebab Annabelle sebelum ni sangat tak best dan tiada isi cerita. Entahlah, bagi kami, Annabelle yang pertama, ceritanya agak kosong.

Tapi bila dah ramai sangat kekawan Facebook update dan review kata Annabelle yang kedua ni lagi best, makin merontalah Auni nak pergi tengok. Pujuk punya pujuk, dapat jugaklah pergi. Mihmih. Thank you tuan suami!


JUDUL : ANNABELLE : CREATION
GENRE : Seram
PENGARAH : David F.Sandberg
PELAKON : Stephanie Sigman, Talitha Bateman, Anthony LaPahlia & Miranda Otto

SINOPSIS ANNABELLE : CREATION
Pada tahun 1943, seorang pembuat patung bernama Samuel Mullins dan isteterinya Esther telah kehilangan anak mereka, Annabelle (Bee) dalam satu kemalangan. Pasangan itu kemudian terlalu rindukan anak mereka dan mengabadikan diri pada satu 'semangat' luar biasa. 'Semangat' itu meyakinkan Samuel dan Esther bahawa mereka boleh berinteraksi dengan roh Annabelle, dengan syarat Samuel perlu membina satu patung porselain untuk memindahkan roh Annabelle kedalamnya.


Kegembiraan Mullins dan isterinya tidak lama apabila Samuel mulai sedar bahawa roh di dalam patung itu bukanlah anaknya, tetapi satu kuasa yang sangat jahat! Samuel mula mengunci patung itu didalam almari berkunci dalam bilik Annabelle.

Tahun 1955 selepas 12 tahun kejadian, Mullins menjadikan rumah mereka sebagai pusat perlindungan untuk Sister Charlotte dan 6 orang gadis yatim piatu yang memerlukan tempat tinggal. Awalnya mereka semua gembira sehinggalah pada suatu malam, salah seorang gadis bernama Janice, yang kurang upaya akibat penyakit Polio, menyelidap masuk kedalam bilik Annabelle.


Janice menemui patung yang telah lama tersimpan didalam almari itu. Keesokkannya, Janice diganggu dan dicederakan, malah tubuh badan Janice telah diambil-alih oleh kuasa jahat yang mengganggunya.

Apakah yang akan terjadi pada keluarga Mullins, Sister Charlotte serta anak-anak yatim yang lain? Siapakah sebenarnya Annabelle?

REVIEW ANNABELLE : CREATION
Untuk korang yang pernah rasa bosan dengan filem Annabelle sebelum ini, mungkin akan rasa puas hati dengan jalan cerita Annabelle Creation.

Sesuai dengan judulnya, Annabelle Creation menceritakan semula bagaimana Patung Annabelle itu menjadi jahat.

Korang juga boleh mengimbas kembali apa yang berlaku dalam The Conjuring dan juga Annabelle sebelum ini.

Bagi Auni, ada di antara babak-babak dalam filem ini yang agak klise sebab kita boleh teka apa yang akan jadi seterusnya.

Auni bagi 3.5 out of 5, sebab ianya tidak begitu mengecewakan.

Terima kasih sudi baca.

RESEPI TEPUNG GORENG PISANG RANGUP

10:15 AM 2
RESEPI TEPUNG GORENG PISANG RANGUP
RESEPI TEPUNG GORENG PISANG RANGUP - Teringat pulak Mama goreng pisang tanduk haritu, kemain rangup lagi tepungnya. Bila tanya, Mama senyum dengan siap buat muka berlagak lagi.

"Mama tak guna tepung beras langsung" , sambil buat muka berlagak dia tu. Haha! Pelik jugak, sebab biasanya kami memang goreng pisang guna tepung beras. Sanggup pergi kedai beli tepung beras kalau nak goreng apa-apa pisang atau cempedak.

Nak tahu Mama guna apa? Meh Auni share resepi.


RESEPI TEPUNG GORENG PISANG RANGUP
Bahan-bahan
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar mentega @ marjerin
3 sudu besar minyak masak
secubit garam
secubit gula
air suam secukupnya

Cara-cara
Satukan tepung gandum, mentega, minyak masak, garam dan gula. Ramas bahan-bahan tersebut, letak air suam sedikit demi sedikit hingga menjadi bater yang pekat dan sesuai untuk dijadikan tepung celup dan goreng.

Haaa! Itu je. Senang kemainlah pulak kan? Lepas ni nak goreng cempedak ke, pisang ke, ubi ke, tak payah susah-susah cari tepung beras. Tepung gandum pun boleh uolsss. Sedap je rangup dia tu. Lagipun sekarang tepung beras tak macam dulu. Keras semacam!

Terima kasih sudi baca.

August 18, 2017

CONTOH DESIGN BAJU MERDEKA UNTUK KANAK-KANAK

12:52 PM 3
CONTOH DESIGN BAJU MERDEKA UNTUK KANAK-KANAK
CONTOH DESIGN BAJU MERDEKA UNTUK KANAK-KANAK - Setiap kali tiba bulan kemerdekaan, banyak sekolah akan buat event untuk murid-murid memperagakan baju merdeka. Setiap tahun memang macam-macam design baju merdeka kanak-kanak yang diperagakan.

Dekat sini Auni nak share design-design baju merdeka untuk kanak-kanak yang mungkin bermanfaat untuk ibubapa di luar sana.







Cantik-cantik kan? Auni dulu tak merasa nak pakai baju merdeka macam ni. Masa merdeka je, Auni merdeka dekat hospital. *haha*

KEMBARA JOM JIMAT ELETRIK

12:02 PM 3
KEMBARA JOM JIMAT ELETRIK
TELOK PANGLIMA GARANG, 27 JULAI 2017 – Seramai 26 orang pelajar dan 3 guru pembimbing dari SMK Telok Panglima Garang (SMKTPG), Kuala Langat, Selangor telah berkunjung ke Taman Seri Medan yang terletak di Telok Panglima Garang untuk menjalankan program Kembara Jom Jimat Elektrik sempena pertandingan Toyota Eco Youth (TEY) 2017SMKTPG dipilih mewakili negeri Selangor dalam program tersebut di peringkat kebangsaan. Kumpulan pelajar dari SMKTPG yang dikenali sebagai Team Eco Panglima ini telah menjalankan program Kembara Jom Jimat elektrik selama 3 bulan. 


jimat elektrik, smk telok panglima garang, jom jimat elektrik, toyota eco youth, team eco panglima
Team Eco Panglima bersama guru pembimbing, Pn. Norazimah yang berdiri dua dari kanan

Meningkatkan kesedaran kepada penduduk tentang kepentingan menjimatkan eletrik


Tujuan program Kembara Jom Jimat Elektrik ini adalah untuk meningkatkan kesedaran kepada penduduk Taman Seri Medan tentang kesan penggunaan elektrik yang berlebihan kepada alam sekitar. Kesan penggunaan elektrik yang berlebihan ini membawa kepada pemanasan sejagat. 

Menjadi tanggungjawab Team Eco Panglima untuk memberi kesedaran kepada penduduk setempat akan kesan negatif penggunaan elektrik yang berlebihan ini disamping memberi tips menjadi pengguna yang bijak kepada penduduk Taman Seri Medan. 





jimat elektrik, smk telok panglima garang, jom jimat elektrik, toyota eco youth, team eco panglima
Bersama salah seorang penduduk Taman Seri Medan ketika menjalankan soal selidik

Pn. Norazimah Abd Talib selaku guru pembimbing Team Eco Panglima berkata, 



Kami telah menyebarkan risalah tentang penggunaan serta kepentingan penjimatan elektrik kepada para penduduk di Taman Sri Medan tersebut. Disamping itu, kami juga menerangkan cara-cara untuk menjimatkan elektrik, seterusnya mengurangkan kadar bayaran bil elektrik.


jimat elektrik, smk telok panglima garang, jom jimat elektrik, toyota eco youth, team eco panglima
Bunting Kembara Jom Jimat Elektrik di Taman Seri Medan
Melalui pemerhatian dan maklumat yang kami peroleh ketika pertama kali beramah mesra bersama para penduduk Taman Sri Medan, kadar bayaran bil elektrik mereka mencecah RM200 - RM500. Walau bagaimanapun, kami telah mencadangkan beberapa langkah untuk mengurangkan jumlah bil tersebut. Lawatan kali kedua pada bulan Julai, kami memperoleh keputusan yang agak mengejutkan di mana terdapat penduduk yang berjaya mengurangkan jumlah bil mereka daripada RM500 kepada RM200 ke atas dengan menggunakan langkah-langkah yang dicadangkan oleh kami.

Beliau mengakhiri wawancara dengan berharap agar lebih ramai lagi penduduk dapat mengurangkan kadar bayaran bil elektrik di samping dapat mengurangkan kesan penggunaan elektrik yang berlebihan kepada alam sekitar. 

KENAPA TULIS BLOG?

6:40 AM 2
KENAPA TULIS BLOG?
KENAPA TULIS BLOG? - Ramai yang masih confused dengan fungsi blog ni. Ada yang gunakan untuk masa lapang dan ada jugak yang guna untuk cari income.


Kenapa Auni tulis blog? 
Awalnya Auni tulis blog adalah kerana suka menulis dan merapu. Kalau tengok blog Auni yang dulu-dulu, memang meroyan je lebih. Asal tak puas hati je luah dalam blog, suka orang tu tulis dalam blog, pendam perasaan, luah dalam blog.

Dulu memang tak tahu langsung pasal blog boleh buat income. Tahniah pada adik-adik yang muda dah menjana income menerusi blog. Terasa kerdil kejap diri ini.

Auni mula blogging pada tahun 2010. Tapi tahun 2014 baru Auni tahu tentang income melalui blog. Rasa macam sia-sia buang masa sebelum ni. Haha! Bila kita dah ada ilmu, jangan persiakan. Sekarang Auni cuba perbaiki konten dalam blog. Part ni bagi Auni agak berat sikit la. Sebab jujurnya Auni slow. Makin berumur makin lambat ilmu nak masuk dalam otak ni.

Niat dari suka menulis, sekarang Auni cuba mencari rezeki melalui blog. Alhamdulillah walaupun tak banyak, nampaklah ada kemajuan sikit kalau compare dengan Auni yang tulis blog sebab meroyan dulu.

Terima kasih sudi baca :)

August 17, 2017

ENCHANTEUR STUNNING BAHARU MENYERLAHKAN AROMA YANG MEMPERSONA

5:12 PM 10
ENCHANTEUR STUNNING BAHARU MENYERLAHKAN AROMA YANG MEMPERSONA
ENCHANTEUR STUNNING BAHARU MENYERLAHKAN AROMA YANG MEMPERSONA - Enchanteur Paris adalah produk wangian yang tidak asing lagi bagi setiap wanita. Bau wangi yang tahan lama pada setiap rangkaian produknya buat Auni menjadi salah seorang penggemar produk ini.


ENCHANTEUR jenama wangian terkemuka dengan haruman yang diinspirasikan dari Perancis, telah melancarkan semula rangkaian Eau de Toilette dan penjagaan peribadi. Bersempena pelancaran ini, satu haruman baharu yang sangat menarik telah diperkenalkan iaitu, Stunning!


Wangian ini merupakan gabungan Turkish Rose dan Magnolia, telah dipertingkatkan dengan kemanisan dari Blackcurrant Bud dan Raspberry serta dicampur juga dengan  kelembutan Sandalwood. Wangi sangat-sangat tau.

Selain Eau de Toilette, pelbagai variasi Stunning seperti body mist, losyen, deodoran, dan juga bedak talkum. Rasa segar sepanjang hari.


Botol pewangi Eau de Toilette Stunning ini sangat cantik dan mewah. Kalau korang nak beli pewangi Eau de Toilette Stunning , boleh dapatkan dengan harga RM28.20 termasuk 6% GST.


Enchanteur Stunning Body Lotion ini adalah gabungan aloevera dan olive butter yang memang melembabkan kulit. Teksturnya tidak melekit. Lepas pakai memang rasa segar je dengan baunya yang lembut. Enchanteur Stunning Body Lotion didatangkan dalam pelbagai saiz dengan harga RM5.40 hingga RM 17.60


Enchanteur Stunning Deodorant juga ada dalam pelbagai bentuk mengikut kesesuaian iaitu format-stick, bebola dan semburan yang berharga dari RM4.90 sehingga RM8.40.


Enchanteur Stunning Talcum yang lembut ini berharga dari RM4.40 hingga RM11.80. Sesuai disapu di muka atau di badan. Boleh wangi sepanjang hari. 

Pelbagai produk wangian serta produk penjagaan diri dari Enchanteur. Semua produk ini boleh didapati di semua rangkaian pasar raya, pasar raya besar dan farmasi.

Untuk maklumat lanjut mengenai ENCHANTEUR, sila layari www.enchanteur.com.my atau lawati laman Facebook ENCHANTEUR di www.facebook.com/EnchanteurMY

August 16, 2017

GADIS DITAMPAR DAN BAJU DITARIK HINGGA TERSELAK KERANA DISYAKI MENGINTIP RUMAH PENDUDUK

9:16 PM 1
GADIS DITAMPAR DAN BAJU DITARIK HINGGA TERSELAK KERANA DISYAKI MENGINTIP RUMAH PENDUDUK
GADIS DITAMPAR DAN BAJU DITARIK HINGGA TERSELAK KERANA DISYAKI MENGINTIP RUMAH PENDUDUK - First impression, Auni memang bengang dengan cerita ni. Paling tak suka bila orang membuta-tuli menghukum. Sama bangsa sama agama pulak tu. Langsung tak titipkan kesabaran dalam jiwa, main terjah je konon nak tunjuk hero. Depa ingat depa hebat sangat ke?

Rasa kesian menyelubungi diri bila melihat satu video seorang gadis yang dipukul dan ditampar hanya kerana DISYAKI mengintip. Kudrat seorang gadis 20-an yang kena pertahankan diri daripada lebih 3 orang LELAKI DAYUS!


Kejadian berlaku di Kampung Tasek Gelugor, Pulau Pinang apabila seorang gadis disyaki mengintip rumah penduduk. Malang bagi gadis itu apabila sekumpulan lelaki (dipercayai penduduk), memukul dan menampar serta menarik bajunya hingga terselak menampakkan pakaian dalam.

Sedih Auni tengok video tu. Yela, kita perempuan. Kaum kita yang kena, terguris jugak perasaan ini. Baru tengok dia intip-intip macam tu, orang awam dah serang dia. Padahal, dia tak sempat explain apa-apa pun.


Manalah tahu kan dia intip tu kot-kot nak cari kawan dia ke? Nak jumpa 'crush' dia ke? Auni tak faham apa yang orang awam terutama kaum Adam bergelar Khalifah ni fikir. Tak rasa apa-apa ke malukan gadis tu? Tak bayangkan ke kalau anak gadis sendiri yang diperlakukan macam tu?

Apapun, gadis itu sudah diserahkan ke balai polis untuk soal siasat. Hmm... kalaulah gadis tu tak bersalah, harap dia pulak mendakwa pelaku-pelaku yang tunjuk hero dekat kampung tu. Malunya ada kaum yang tak berperikemanusian macam ni.

Bukan Auni je marah, sebenarnya ramai netizen yang mengamuk dengan kejadian ni. Haih.... 

Terima kasih sudi baca.

August 14, 2017

LIRIK LAGU OST DENDAM AURORA | NISAN CINTA SITI NORDIANA FEATURING JACLYN VICTOR

3:43 PM 1
LIRIK LAGU OST DENDAM AURORA | NISAN CINTA SITI NORDIANA FEATURING JACLYN VICTOR
LIRIK LAGU OST DENDAM AURORA | NISAN CINTA SITI NORDIANA FEATURING JACLYN VICTOR - Siapa suka layan drama Dendam Aurora, mesti suka lagu OST drama ni kan? Auni mula-mula dengar sekerat je, telinga masih tak mampu terima lagi.

Lama-lama baru sedar lagu ni sedap didengar, genre yang agak rare dari kebiasaannya dan gabungan suara Siti Nordiana dan Jaclyn Victor memang padu! Intro lagu ni sangat best dan mengagumkan.


JUDUL : NISAN CINTA
PENYANYI : Siti Nordiana & Jaclyn Victor
COMPOSER : Ezra Kong, Hael Husaini & Mike Chan

VERSE 1
Terdengar guruh petanda
Mungkin badai melanda
Sambut tangan ku bersama
Kita harunginya

Tanah seakan bergegar
Detik ku bersamanya
Pejam sampai kan tersedar
Semua kan reda

PRECHO
Sumpah ku kepada kamu

CHORUS
Tak terhapus jejak ku mencintamu
Tak terukir bintang walau beribu
Tersemadi cinta kita bersama
Terwujudnya nisan cinta

VERSE 2
Hati seakan berkata
Pergi kau bersamanya
Pejam sampai kau tersedar
Semua kan reda

BRIDGE
Takdir tertulis segala
Janji kita kan bersama
Jadikan ia selamanya
Cinta kita

POST CHORUS
Aa aa aa aa cinta kita
Aa aa aa aa selamanya
Tersemadi cinta kita bersama
Terwujudnya nisan cinta

DAPATKAN HARGA HOTEL MURAH DENGAN TRIVAGO MY

11:59 AM 3
DAPATKAN HARGA HOTEL MURAH DENGAN TRIVAGO MY
DAPATKAN HARGA HOTEL MURAH DENGAN TRIVAGO MY - Trivago MY adalah sebuah laman perbandingan harga hotel yang murah serta membantu anda untuk membuat pilihan pada harga yang baik. Trivago MY membandingkan harga lebih 700 ribu hotel dari 200 laman web tempahan hotel diseluruh dunia diantaranya Agoda, Expedia, Booking.com, Hotel.com dan banyak lagi.


KELEBIHAN TRIVAGO MY

Anda tidak perlu mendaftar sebagai ahli. Ia adalah PERCUMA!

Trivago MY adalah laman carian hotel yang agak tepat jika anda membuat research berkenaan hotel untuk percutian anda yang seterusnya.

Trivago MY juga akan memberikan maklumat tentang hotel seperti nama hotel, lokasi dan rating pengguna untuk anda lakukan perbandingan harga.

Anda boleh berjimat 35% dari harga asal dengan menggunakan Trivago MY berbanding jika membuat tempahan secara terus ke hotel yang anda inginkan.

Review berkaitan hotel di Trivago MY menampilkan gambar yang sangat jelas dan boleh meyakinkan serta memudahkan pelanggan untuk memilih hotel yang ideal.

Trivago MY mempunyai Price Alerts yang berfungsi untuk memberikan anda notifikasi pada perubahan harga hotel yang anda inginkan.

Layari laman web TRIVAGO MALAYSIA untuk maklumat lanjut.

August 12, 2017

BISKUT BELVITA BREAKFAST MELANCARKAN PERISA BAHARU PISANG & OAT

4:50 PM 4
BISKUT BELVITA BREAKFAST MELANCARKAN PERISA BAHARU PISANG & OAT
BISKUT BELVITA BREAKFAST MELANCARKAN PERISA BAHARU PISANG & OAT
Variasi baru untuk menyokong amalan gaya hidup sihat di kalangan penduduk bandar


Kuala Lumpur, 2 Ogos 2017 – Mondelēz Malaysia (Mondelēz), iaitu sebahagian daripada syarikat pengeluar snek terbesar di dunia Mondelēz International, hari ini memperkenalkan produk baharu bagi rangkaian Biskut belVita Breakfast, iaitu belVita Pisang & Oat (belVita Banana & Oats). Pelancaran produk ini bertujuan untuk menyediakan lebih banyak pilihan kepada pengguna Malaysia bagi menikmati sarapan yang seimbang dan sihat.

Ketika berucap pada majlis pelancaran berkenaan, Sharon Tan, Ketua Bahagian Biscuit & Salty Snacks, Mondelēz International berkata, 

Rata-rata rakyat Malaysia menyedari kepentingan sarapan sebagai sajian harian utama bagi memastikan kecergasan minda, badan dan jiwa. Oleh sebab itu, kami telah menghasilkan produk ini yang mengandungi ramuan berkhasiat dan bermutu tinggi untuk memenuhi gaya hidup dan citarasa rakyat Malaysia. 
Dengan menggabungkan pisang dan oat yang penuh nutrisi dalam produk terbaharu ini, kami dapat membekalkan pengguna dengan pilihan yang lebih sihat untuk menyediakan sarapan yang lazat dan seimbang. Tambahan pula, belVita Pisang & Oat boleh dimakan begitu sahaja tanpa memerlukan sebarang penyediaan sekaligus menjadi pilihan yang mudah dan bersesuaian dengan rutin rakyat Malaysia yang sibuk pada zaman moden ini.
Sharon Tan, Ketua Bahagian Biscuit & Salty Snacks of Mondelēz International dan Dr Hamid Jan, Profesor Madya Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Program Nutrisi dan Dietetik Universiti Sains Malaysia (USM)

Dr Hamid Jan Bin Jan Mohamed, Profesor Madya di Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Program Nutrisi dan Dietetik Universiti Sains Malaysia (USM) turut memberikan pandangan beliau mengenai kepentingan sarapan yang seimbang dan bermutu tinggi. 

Sarapan yang baik adalah penting bagi kesihatan fizikal, mental dan emosi dalam jangka masa panjang. Ianya turut memainkan peranan penting bagi mengelakkan tekanan darah tinggi dan diabetes. Memulakan hari dengan sarapan yang bermutu tinggi dikatakan dapat membantu mempertingkatkan kesihatan, menjaga keseimbangan hormon, serta memberikan tenaga yang mencukupi. Ianya juga merupakan satu cara yang sangat baik bagi mencegah obesiti dan mengekalkan Indeks Jisim Badan (BMI) yang sihat.

Dr Hamid yang juga sependapat dengan Sharon mengulas,

Oat atau bijirin terkenal dengan kandungan serat, pelbagai mineral serta zat-zat yang mampu merendahkan paras kolesterol, sekaligus menjadikannya amat sesuai bagi sarapan pagi. Bagaimanapun, oat sahaja tidak mencukupi untuk menjamin pemakanan yang sempurna. Oleh demikian, buah-buahan seperti pisang adalah antara pelengkap yang sesuai dengan adanya kandungan serat, kalium, vitamin C dan B9 yang dapat menyumbang kepada kesihatan jantung. Lagipun, pisang merupakan buah-buahan tempatan kegemaran rakyat Malaysia yang murah dan senang diperolehi.

Dari kiri : Hansen Lee, Sharon Tan, Dr. Hamid, Dr. Ezani Farhana dan Jenn Chia di majlis pelancaran belVita Pisang & Oat

Biskut belVita Breakfast boleh diambil berserta hidangan sarapan pagi yang seimbang bagi memulakan hari dengan sempurna dan penuh semangat. Ianya sebaiknya diambil dengan buah-buahan, produk tenusu dan bijirin untuk memberikan kombinasi karbohidrat, protein, lemak, vitamin, kalsium, zat besi dan zink yang seimbang.

Semenjak pelancarannya di Malaysia pada bulan Ogos tahun lalu, rangkaian Biskut belVita Breakfast terus mendapat sambutan yang memberangsangkan di kalangan pengguna. Perisa ketiga belVita ini diperkenalkan berikutan prestasi kejayaannya di pasaran menerusi dua perisa utama, iaitu Susu & Bijirin serta Madu & Coklat.

Tambah Sharon, 

Selaku pemimpin kategori biskut, kami sentiasa memberikan tumpuan terhadap aspek inovasi dan kepelbagaian portfolio produk bagi memenuhi permintaan serta harapan pengguna yang serba berubah. Dengan ini, kami mampu memperluas impak dalam pasaran secara berterusan, di samping menzahirkan komitmen kami bagi mencipta detik-detik keriangan dan memperkasa pengguna untuk membuat pilihan yang jelas berhubung kesihatan dan kesejahteraan menyeluruh.

Hansen Lee, iaitu personaliti TV dan jurulatih yoga dan kecerdasan bertauliah yang turut hadir pada majlis pelancaran berkata, 

Jadual seharian saya sentiasa berubah dari masa ke semasa disebabkan oleh kepelbagaian tanggungjawab dan kekerapan bergerak ke beberapa tempat dalam masa yang singkat. Saya memulakan hari dengan minda, emosi dan tubuh badan yang cerdas. Biskut belVita Breakfast merupakan sumber tenaga yang mudah dan cepat kerana ianya lengkap dengan pelbagai nutrien bagi menjamin sarapan yang seimbang, walaupun pada pagi yang paling sibuk.

Pakar gaya hidup sihat yang terkenal, Jenn Chia, Hansen Lee dan Dr.Ezani Farhana mendemonstrasikan pengalaman minda dan jiwa yang lengkap pada acara tersebut.

Harga dan Tempat Jualan
belVita Pisang & Oat boleh didapati dalam dua (2) pilihan pek:
80g (RM2.90)
160g (RM5.20)

Perisa baharu ini akan dijual di semua pasar raya besar, pusat membeli-belah serta kedai runcit bermula Ogos 2017.

Semua Biskut belVita Breakfast mengandungi sekurang-kurangnya 50 peratus bijirin untuk membekalkan karbohidrat kompleks yang merupakan sumber tenaga utama pada waktu pagi.

Biskut belVita Breakfast juga merupakan sumber serat dan mengandungi sekurang-kurangnya 8g bijirin tulen dalam setiap hidangan, berserta lapan jenis vitamin dan mineral. Apabila diambil sebagai sebahagian daripada sarapan yang seimbang, ianya mampu membekalkan tenaga dan khasiat untuk memulakan hari dengan baik.
Mengenai Mondelēz International
Mondelēz International, Inc. (NASDAQ: MDLZ) adalah sebuah syarikat pengeluar snek  terulung global, dengan hasil bersih anggaran sebanyak $30 bilion pada tahun 2015. Mewujudkan detik-detik enak dan ceria di 165 buah negara, Mondelēz International merupakan peneraju pasaran global bagi kategori coklat, biskut, gula-gula dan minuman serbuk, dengan jenama bernilai berbilion dolar seperti biskut Oreo, LU dan Nabisco; coklat Cadbury, Cadbury Dairy Milk dan Milka, dan gula-gula getah Trident. Mondelēz International berbangga kerana tersenarai dalam Standard and Poor's 500 (S&P 500), NASDAQ 100 dan Dow Jones Sustainability Index. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.mondelezinternational.com dan www.twitter.com/MDLZ.

Mengenai Mondelez Malaysia
Mondelez Malaysia (dahulunya dikenali sebagai Kraft Foods Malaysia) merupakan Syarikat Snek Kegemaran negara dan pemilik jenama ikonik seperti Oreo, Cadbury Dairy Milk, Tiger Biskuat, Jacob’s, Chipsmore, Choclairs dan Twisties. Mutu, keselamatan dan rasa jenama kami telah dipercayai oleh rakyat Malaysia sejak beberapa generasi.

Dengan lebih 1,100 orang pekerja dan tiga buah kilang pembuatan di Shah Alam, Johor Bahru dan Prai, mereka bekerja setiap hari untuk mencipta Saat Manis Bersama dengan berkongsi jenama makanan snek kegemaran dunia dengan para pengguna mereka. Sebelum ini mereka dikenali sebagai Kraft Foods – salah sebuah syarikat makanan yang paling pesat berkembang di dunia. Sejak 1 Julai 2013, mereka dikenali sebagai Mondelēz International. 

MDLZ Malaysia merupakan sebahagian daripada kumpulan syarikat Mondelēz International.