SINOPSIS YSABEL : SA PILING NI NANAY (TELENOVELA TV3) - Monolog Aku Cuma Di Kiri

July 11, 2017

SINOPSIS YSABEL : SA PILING NI NANAY (TELENOVELA TV3)

SINOPSIS YSABEL : SA PILING NI NANAY (TELENOVELA TV3) - Actually aku tak sempat lagi nak menonton drama pengganti Glamorosa ni. Kalau dekat rumah in-law memang aku tak tengok TV tapi sempat laa record dengan rumah Rawang sana. Nak buat macam mana kan, dah menetap kat rumah in-law katanya. Hehe..

Drama pengganti Glamorosa adalah Ysabel. Puas mula-mula aku cari sinopsis cerita ni, rupanya nama drama ni dalam bahasa Filipina agak panjang - Sa Piling Ni Nanay. atau maksudnya 'Dengan Ibu'. Mana datang 'Ysabel' pun tak tahu.


JUDUL : SA PILING NI NANAY - YSABEL
GENRE : Romantik, Jenayah, Aksi, Dendam
SLOT : Telenovela TV3
MASA/HARI : Isnin hingga Khamis, jam 3 petang
PENGARAH : Gil Tejada Jr, Omar Deroca
PELAKON : Yasmien Kurdi-Soldevilla, Mark Herras, Katrina Halili, Jillian Ward & Gabby Eigenmann

SINOPSIS
Menceritakan mengenai seorang wanita, Ysabel, seorang ibu tunggal yang diminta untuk menjadi ibu tumpangan.

Ysabel mempunyai seorang anak perempuan bernama Maymay, yang mengidapi kanser. Kerana memerlukan wang untuk pemindahan tulang sum-sum Maymay, Ysabel sanggup menjadi ibu tumpang kepada Scarlet, majikannya yang tidak boleh mengandung. Ketika Ysabel hampir melahirkan bayi tersebut, Maymay telah meninggal dunia akibat kemalangan.

Ysabel menjadi kemurungan akibat perkara itu. Tidak lama kemudian, bayinya dilahirkan dan diberi nama Katherine. Disebabkan rindu kepada Maymay, Ysabel ingin menjaga bayi yang dikandungnya tetapi dihalang Scarlet sekeluarga.

Scarlet sebenarnya bukanlah ingin menjadi ibu, tetapi dia hanya menuruti kehendak ibu mertuanya yang inginkan cucu. Kerana marah dengan sikap acuh tak acuh Scarlet terhadap anaknya, Ysabel membuat keputusan melarikan bayi tersebut.

Bayi itu diberi nama sebagai Maya, sempena nama anaknya yang telah mati, Maymay.

Jonas pula, dalam diam-diam mempunyai perasaan terhadap Ysabel tetapi cintanya berubah kerana Ysabel mengambil anak Scarlet.

Dalam drama ini, kita akan lihat adegan perebutan antara Ysabel dan Scarlet untuk mendapatkan Maya. Saksikan dalam Telenovela TV3 !

2 comments:

  1. Dah tgk 2episode..rasa macam best je..jalan cerita yg menarikšŸ˜Š

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.