SINOPSIS DENDAM AURORA [ASTRO PRIMA & MAYA HD] - Tunsha Ayunie Punya Belog

July 26, 2017

SINOPSIS DENDAM AURORA [ASTRO PRIMA & MAYA HD]

SINOPSIS DENDAM AURORA [ASTRO PRIMA & MAYA HD] - Last aku tengok drama 100 episod ni adalah drama Lara Aishah. Aku rasa macam best pulak layan cerita adaptasi Telenovela Sepanyol ni sebab kisahnya luar konsep berbanding drama Malaysia yang agak cliche kan?

Dendam Aurora menampilkan Nabila Huda dan Ungku Ismail Aziz sebagai watak utama. Kalau korang yang biasa tengok Lara Aishah, korang boleh nampak ramai pelakon Lara Aishah dalam drama Dendam Aurora ni. Mula-mula rasa gonjeng pulak tengok. Apapun, untuk episod pertama, aku bagi 5 star. Kiranya, boleh follow sampai habis la kan?


JUDUL : DENDAM AURORA
EPISOD : 100 episod
TARIKH TAYANGAN : 25 Julai 2017
HARI  / MASA : Isnin-Jumaat, 6.00 petang
SIARAN : Astro Prima 104 & Maya HD 135
SKRIP : Adzim Shahbudin
PENGARAH : Feroz Kader/ Muhd Riza Baharudin
TERBITAN : Global Station Sdn Bhd
PELAKON : Nabila Huda, Ungku Ismail Aziz, Anzalna Nasir, Shah Iskandar, Dian P Ramlee, Dato’ Eizlan Yusof, Tony Eusoff, Fezrul Khan, Aedy Ashraff, Octavia Manrose, Emilie Haniff, Mia Nasir, Zila Bakarin, Adam Lee, Nikki Palikat, Dato' Sri Raja Rezza Shah, Marissa Yasmin, Alex Yank, Chew Kin Wah, Sharifah Shahora, Zuraini Kassim, Hafiz Halim, Yuzz Murai

SINOPSIS
Mengisahkan tentang Aurora Abdullah (Nabila Huda) yang telah dipenjarakan selama 8 tahun kerana dituduh atas kesalahan membunuh. Dia kemudian dibebaskan awal kerana berkelakuan baik. Awalnya, Aurora ditegah oleh neneknya, Octavia Milner (Dian P.Ramlee) untuk pulang ke Tanah Rata, Cameron Highland namun Aurora tetap berdegil. Dia ingin membersihkan namanya serta keluarganya yang tercalar akibat tuduhan membunuh Dato' Hamzah (Tony Yusoff).

Pembebasan Aurora membuatkan penduduk di Tanah Rata berasa terkejut dan keadaan mula menjadi tegang. Orang pertama yang tidak boleh menerima pembebasan Aurora adalah Harris (Ungku Ismail Aziz), yang merupakan bekas kekasih Aurora, yang juga anak kepada Dato' Hamzah. Disaat ini, Harris merupakan pemilik ladang teh terbesar di Tanah Rata. Pada waktu yang sama, Harris telah bertunang dengan Putri Adrina (Anzalna Nasir), iaitu anak kepada Engku Azhar (Dato' Eizlan Yusof) yang merupakan pemilik ladang sayuran terbesar di Malaysia.

Aurora terkejut apabila mengetahui bahawa keluarganya kini menanggung hutang yang banyak dan dipinggirkan oleh penduduk kampung. Perusahaan teh yang dijalankan oleh keluarga mereka semakin muflis. Dengan sokongan Ustaz Hakim Hamzah (Fezrul Khan), Aurora bernekad untuk membangunkan kembali perusahaan keluarganya.

Dalam pada itu, kembalinya Aurora di Tanah Rata telah membuat semua pengusaha-pengusaha yang bersubahat dengan Engku Azhar menjadi risau jika rahsia tentang kematian Dato' Hamzah bocor. Mereka merancang untuk membuat kehidupan Aurora terus menjadi sukar supaya rahsia mereka itu tidak akan diketahui oleh sesiapa.

Oleh kerana sakit hati ayahnya dibunuh, Haizal Hamzah (Shah Iskandar) ingin membalas dendam terhadap Aurora. Setelah mendapat hasil penyiasatan, ternyata bahawa Aurora tidak bersalah. Dia kemudian ingin membantu Aurora membela diri dan seterusnya jatuh cinta dengan Aurora. Perkara ini telah mendatangkan bibit cemburu Harris pada adiknya, walaupun Harris telah bertunang dengan Putri Adrina.

Perkahwinan Harris dan Putri Adrina akan lebih merumitkan konflik di antara tiga keluarga besar di Tanah Rata itu. Siapa sebenarnya pembunuh Dato' Hamzah? Siapakah Engku Azhar? Jom layan drama adaptasi telenovela Itali ini!

SUMBER : MyInfoTaip

3 comments:

  1. bestkan citernya bila bc sinopsis dh tau

    ReplyDelete
  2. adoii... banyaknya sampai 100 episod tu...

    ReplyDelete
  3. Takde tv hehhee..tak tgk tv laaa ahkak... macam.best je cter ni

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.