PENGHIJRAHAN ATAS NAZAR DAN NEKAD - Monolog Aku Cuma Di Kiri

July 06, 2017

PENGHIJRAHAN ATAS NAZAR DAN NEKAD

PENGHIJRAHAN ATAS NAZAR DAN NEKAD - Kalau ikutkan kehidupan aku, tak adalah gembira sangat. Dari kecik pun aku dah menanggung pelbagai kerumitan dalam hidup. Hidup aku, bukan aku yang corakkan, tapi keluarga aku. Aku tak salahkan diorang, ibubapa mana nak anak-anak jadi jahat, kan?

Jalan kejahatan yang aku lalui, itu pilihan aku sendiri. Sebab aku rasa amat terkongkong dengan kehidupan aku sendiri. Tak boleh pakai apa aku suka, tak boleh keluar suka-suka... ahh rimas!

Sejak akil baligh, Mama dah paksa aku menutup aurat. Akibatnya, belakang Mama aku jadi culture shock, pakai seseksi mahunya. Aku jadi dua identiti dalam satu masa.

Lepas kahwin, aku bagitahu tuan suami yang aku nak pakai apa yang aku suka. Tuan suami tidak menghalang. Dia bagi aku ruang cari diri sendiri. Selama hampir 4 tahun hidup dengan tuan suami, aku freehair, pakai singlet atau short pan je. Langsung tak rasa segan. Sebab aku tak pernah rasa bebas dengan hidup aku sendiri sebelum ini.

By the time, aku cakap dengan tuan suami, aku memang ada niat nak tutup aurat. Mungkin selepas kami mempunyai kereta yang ada aircond. Akhirnya, Allah bagi.

Image may contain: 2 people, selfie, sunglasses and closeup

Tuan suami risau kalau aku jadi berbelah bahagi nanti. Yelah, adik ipar dan biras aku keduanya free-hair. Aku akui, ada perasaan sedikit tercabar dan rendah diri. Bagi aku, aku menutup aurat nampak sangat makcik-makcik. Tapi aku kuatkan semangat aku jugak. Allah dah bagi sedikit kesenangan, aku tidak mahu jadi kufur nikmat.

Penghijrahan ini, adalah nazar dari aku. Nekad untuk jadi lebih baik. Semoga aku akan terus kuat dan dengan hijrah yang satu ini :)

Sekian.

3 comments:

  1. Allhamdulillah... tahniah sis, hidayah milik Allah. sangat berutung sis, menerima seteiap kasih sayang Allah. Baik ke buruk kita, hanya Allah yang tahu apa yang ada dalam hati kita. Bukan terletak pada luaran kita.... Salam syawal sis...

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. Semoga terus istiqomah ye sis :)

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah.. jgn berputus ASA utk berubah menjadi yg lebih baik

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.