LEMANG PERIUK KERA BUKIT BELACAN AMPANG

LEMANG PERIUK KERA BUKIT BELACAN AMPANG  - Pertama kali aku mencuba lemang periuk kera ni, adalah dirumah kawan Mama dulu. Masa tu aku masih muda remaja, adalah dalam umur 19-20 tahun. Sekarang dah berumur 27 tahun.

Selepas kahwin, punyalah teringin nak makan lemang periuk kera ni. Mengidam tu dah mengidam tu dah mengalahkan orang mengandung. Tapi sebab tak jumpa, aku kuburkan je niat teringin aku tu.

Tahun ni, aku mengidam lagi gara-gara ramai pulak yang post dalam Facebook dapat merasa makan lemang periuk kera. Aku yang tension, macam biasalah kan... 'search' dalam Facebook. Alhamdulillah, area Ampang ada. Dekat je dengan area rumah ni. Terus harini jugak ajak tuan suami pergi beli.


Korang jangan tanya harga dia seketul berapa, sebab lemang periuk kera di Bukit Belacan ini dikira mengikut kilo. Aku beli setengah kilo dengan harga RM18. Sebab teringin punya pasal, aku sanggup. Lulzzz.... Tapi kalau beli sekilo. harganya RM35.

Rasa lemang periuk kera ni agak berlemak dan lembut, sebab dibuat secara kukus, bukan bakar ye. Kalau korang yang ada area Ampang tu, nak cuba bolehlah beli dekat gerai depan Sate Station area Bukit Belacan tu. Depa meniaga sampai habis raya, sempat lagi lah kalau nak rasa.

No.tel : 013-261 3005
LEMANG PERIUK KERA BUKIT BELACAN AMPANG LEMANG PERIUK KERA BUKIT BELACAN AMPANG Reviewed by Tunsha Ayunie on July 12, 2017 Rating: 5

15 comments

  1. Sedap x? Mama x penah makan ni

    ReplyDelete
  2. Famous tahun ni lemang periuk kera. Ana tau pasal lemang ni masa tgk upin ipin dgn syafi. Hehe. Nak cuba lah satu hari nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang femessss, rasa sama macam pulut letak santan tapi sebab dia rare kan... hihi

      Delete
  3. Replies
    1. Dah habis makan macam teringat2 pulak..

      Delete
  4. dlm setengah kilo tuh dpt berapa ketol ye

    ReplyDelete
  5. serius tak pernah rasa lemang periuk kera ni.. tapi, harga dia mantap la.. periuk kera kan susaah nak carii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harga memang tak boleh angkat jugak tapi sebab akak teringin, kuturuti jugak... sekali sekala katanya...

      Delete
  6. harini asyik baca pasal makan je.. pagi-pagi dah lapar teruk.. hehehe

    ReplyDelete
  7. wahh sedap ye.. tak pernah nak rasa. kat area sini ada gak yang jual.. boleh lah nak rasa nanti..

    yanieyusuf.com

    ReplyDelete
  8. wahhh..teringin juga nak rasa.. :)
    makan dengan rendang juga ke lemang periuk kera ni..?

    ...

    ReplyDelete
  9. Adik cikla haritu punyalah mengidam nk mkn lemang ni, dapat jugak. Itu pun mak kawan dia carikan. Katanya sedap, lembut dan berlemak. Lawanya dengan rendag daging kalau tak silap masa tu. Tp time tu cikla tak teringin pulak nk rasa. Hihi

    ReplyDelete
  10. Teringin hari tu masa tengah viral...tapi tak tercuba hehe..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.