KISAH SARAH PAYNE : MANGSA PEMBUNUHAN PENJENAYAH PEDOFIL [BAHAGIAN 2] - Tunsha Ayunie Punya Belog

July 21, 2017

KISAH SARAH PAYNE : MANGSA PEMBUNUHAN PENJENAYAH PEDOFIL [BAHAGIAN 2]

KISAH SARAH PAYNE : MANGSA PEMBUNUHAN PENJENAYAH PEDOFIL [BAHAGIAN 2] - Sarah Payne yang tinggal di Hersham, Surrey, dilaporkan hilang pada malam 1 Julai 2000 dari sebuah ladang jagung dekat dengan rumah datuk dan neneknya, Terrence dan Lesley Payne, di Kingston Gorse, West Sussex, England. Awalnya Payne bermain dengan dua abangnya yang ketika itu berumur 13 dan 11 tahun serta adiknya, yang ketika itu berusia 6 tahun. 

Pencarian di seluruh negara telah dibuat dalam masa 48 jam. Ibubapa Payne membuat rayuan di rangkaian televisyen dan surat khabar supaya anak mereka ditemui dengan selamat. Pada petang 2 Julai 2000, pegawai polis dari Balai Polis Sussex melawat Whiting dan bertanya tentang Payne. Whiting antara salah seorang suspek yang dicurigai kerana kesnya sebelum itu.

KISAH SARAH PAYNE : MANGSA PEMBUNUHAN PENJENAYAH PEDOFIL [BAHAGIAN 1]

Pegawai polis dan ramai sukarelawan sekitar Littlehampton bertungkus lumus mencari jejak Sarah Payne. Keluarganya masih tidak berputus asa meminta dan merayu melalui siaran televisyen supaya orang ramai membantu mencari Sarah. Pada 10 Julai 2000, polis memberitahu bahawa mereka menerima maklumat dari seseorang yang melihat seorang kanak-kanak diyakini Sarah Payne di Knutsford Services, berdekatan Lebuhraya M6 di Cheshire pada waktu pagi selepas kehilangannya. Tiga hari kemudian, ibubapa Sarah Payne diberi amaran oleh polis supaya bersedia walau apa jua yang berlaku. 

Pada 17 Julai 2000, sekujur tubuh ditemui di padang berhampiran Pulborough, kira-kira 24km dari Kingston Gorse. Dalam masa 24 jam, ujian forensik mengesahkan bahawa tubuh itu adalah Sarah Payne! Polis Sussex segera memulakan siasatan tentang pembunuhan tersebut.

Bersambung...

3 comments:

  1. Alamak, mama terbaca Pula sambungannya.. kesiannya si manis Sarah ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedih. Walaupun tak ada anak, auni terbayang kalau sarah ni anak auni. Lagi-lagi bila tahu cara kematiannya..

      Delete
  2. kesiannya :( tak faham la kejam sangat ...

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.