KISAH SARAH PAYNE : MANGSA PEMBUNUHAN PENJENAYAH PEDOFIL [BAHAGIAN 1] - Tunsha Ayunie Punya Belog

July 20, 2017

KISAH SARAH PAYNE : MANGSA PEMBUNUHAN PENJENAYAH PEDOFIL [BAHAGIAN 1]

KISAH SARAH PAYNE : MANGSA PEMBUNUHAN PENJENAYAH PEDOFIL [BAHAGIAN 1] - Sarah Evelyn Isobel Payne merupakan seorang kanak-nak berusia 8 tahun yang telah menjadi mangsa culik dan bunuh di England pada Julai 2000. Kes ini mendapat perhatian di United Kingdom. Pembunuhnya, Roy Whiting, telah didapati bersalah pada Disember 2001 dan dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup.


PROFIL ROY WHITING
Pada 4 Mac 1995, seorang kanak-kanak perempuan berusia 8 tahun, telah diculik dan diserang secara seksual di Langley Green , berdekatan kawasan Crawley. Pelakunya, Whiting ditahan beberapa minggu selepas kejadian. Seorang saksi telah memberitahu polis tentang kereta yang dipandu Whiting iaitu kereta jenis Ford Sierra merah, sebelum penculik itu menjual keretanya. Pihak polis mengesan pemilik baru kereta tersebut dan menemui sebilah pisau tersembunyi di dalam kereta itu. Ternyata pisau itu milik Whiting.

Tiga bulan kemudian, Whiting mengaku bersalah atas tuduhan menculik dan serangan seksual yang dilakukan ke atas kanak-kanak tersebut, dan dijatuhkan hukuman empat tahun penjara. Hukuman maksimum adalah penjara seumur hidup. Walau bagaimanapun, suspek menerima hukuman yang lebih ringan kerana dia mengaku melakukan jenayah itu lebih awal.

Whiting dibebaskan dari penjara pada November 1997. Dia juga adalah antara orang yang paling awal di Britain yang mendaftar sebagai pesalah seks. Dia dipaksa berkhidmat secara tambahan selama 5 bulan di penjara sebelum dibebaskan dengan lesen penalti kerana enggan menjalani kursus pemulihan. Kemudian, dia membawa diri ke pantai West Sussex.

Bersambung...

1 comment:

  1. Alahai tak tergamak mama nak baca. Kecian budak2 jadi mangsa seksual

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.