KALI KEDUA MAKAN NASI LEMAK PANDAN MIEEZA - Tunsha Ayunie Punya Belog

July 24, 2017

KALI KEDUA MAKAN NASI LEMAK PANDAN MIEEZA

KALI KEDUA MAKAN NASI LEMAK PANDAN MIEEZA - Sebelum ni masa blogger Kamil Salleh mula-mula berniaga nasi lemak pandan, aku hanya mencuba nasi lemak biasa je. Sekadar ingin merasa. Maklumlah, blogger lain dah uar-uarkan yang nasi lemak pandan Mieeza ni sedap. Aku pun taknak ketinggalan untuk mencuba.


Awalnya kehadiran aku dulu, Abang Kamil Salleh tak tahu pun aku seorang blogger sebab aku sejenis yang tak expose sangat. Dulu tak tahu pun jadi blogger ni boleh ramai kawan. Mostly sebelum ni aku bergerak sendiri je, sekadar berkongsi hal peribadi dalam blog.

Kali kedua aku singgah di kedainya, Abang Kamil Salleh mula mengenali aku. Senyum terpancar di muka dia. Terus aku rasa aku ada kawan di alam nyata. Aku pun tak rasa kekok macam mula-mula aku singgah dulu.

Harini aku beli 4 bungkus nasi. Antaranya nasi lemak sambal paru dan nasi lemak sambal kerang. Macam korang tahu, kesedapan nasi lemak adalah didalam sambalnya.

NASI LEMAK PANDAN SAMBAL KERANG

NASI LEMAK PANDAN SAMBAL PARU

Harini macam satu kepuasan bila makan sampai tak muat tangki perut aku. Banyak isinya. Sambal kerang tu tuan suami yang punya, dia kata sedap. Aku tak jamah pun sebab aku tak berapa suka sambal kerang tak kisahlah siapa yang buat. Hehe~

Tapi sambal paru dia buat aku rasa jatuh cinta. Lembut sangat parunya. Rasa mencair pulak dalam mulut. Sedap sangat. Alhamdulillah memang puas hati.

Nak cuba NASI LEMAK PANDAN MIEEZA? Ada betul-betul depan Midpoint Ampang :)

2 comments:

  1. Terima kasih Auni Afeeqa sudi singgah beli nasi lemak pandan mieeza bersambalkan sambal kerang dan sambal paru.

    Memuji pula Auni ni...

    Jutaan terima kasih sekali lagi buat artikel berkaitan nasi lemak pandan mieeza sekali lagi (kali ke-2).

    Jangan segan dan silu untuk singgah lagi.

    Orge Klate kato "SEDAP BOHHH..."

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.