JENIS-JENIS KAYU MANIS - Tunsha Ayunie Punya Belog

July 07, 2017

JENIS-JENIS KAYU MANIS

JENIS-JENIS KAYU MANIS - Bila cakap pasal kayu manis, apa yang korang tahu? Tahukah korang yang kayu manis juga mempunyai pelbagai jenis? Ada yang elok dan ada yang tidak. So kalau ada yang nak amalkan petua menggunakan kayu manis, disarankan agar berhati-hati!



Kayu manis atau nama saintifiknya Cinnamomum, atau lebih dikenali sebagai Cinnamon (English) , adalah salah satu rempah yang selalu digunakan dalam masakan. Ianya sejenis rempah yang mempunyai aroma dan rasa manis serta pedas. Secara traditional, kayu manis juga digunakan sebagai suplemen untuk merawat penyakit, dan juga sebagai petua kecantikan.

Tetapi, tak semua kayu manis boleh digunakan untuk suplemen ini. Jaga-jaga tau, salah pilih kayu manis, boleh menyebabkan kerosakan hati!

Untuk pengetahuan korang, ada 3 jenis kayu manis iaitu Ceylon, Cassia dan Flores. Meh aku share daripada sumber-sumber yang aku dapat. Semoga bermanfaat buat semua ya :)


KAYU MANIS CEYLON
Dikenali dengan khasiat yang tinggi, kayu manis jenis Ceylon ini berasal daripada Sri Lanka dan Indonesia. Ianya mempunyai aroma lembut dan manis. Mempunyai gulungan halus, sejenis yang rapuh, nipis dan mudah dihancurkan. Berbanding kayu manis Cassia, tahap coumarin pada kayu manis Ceylon adalah lebih rendah.

Untuk mengenali kayu manis Ceylon, warnanya adalah coklat cair. Ianya mempunyai rasa manis dan tiada rasa rempah atau pedas. Kayu manis jenis Ceylon ini juga hanya mempunyai bau yang minimal jika digunakan dalam masakan.

Kayu manis Ceylon juga banyak digunakan dalam perubatan.


KAYU MANIS CASSIA
Kayu manis jenis Cassia banyak ditanam di wilayah selatan China seperti Guangxi, Guangdong dan Yunnan. Spesis kayu manis Cassia inilah sering kita gunakan didapur. Kayu manis jenis Cassia ini mempunyai tahap coumarin yang tinggi (5%) dan jika digunakan berlebihan, boleh merosakkan hati. 

Tekstur kayu manis Cassia agak kasar, tebal dan keras. Mempunyai warna coklat tua kemerah-merahan. Ianya mempunyai aroma seakan setanggi dan rasa yang pedas dan pahit. 


KAYU MANIS FLORES
Kayu manis Flores mempunyai tekstur yang solid tapi mudah dipatahkan. Kulit kayu manis jenis ini tidak licin dan bergulung kasar. Rasanya agak manis dan pedas berempah. Baunya pula akan jadi wangi semerbak jika disimpan didalam bekas tertutup.

Digunakan dalam perubatan dan dijadikan penambah perisa pada gula-gula.

Sumber dari : ArgonValley & Sinar Harian

Apa yang aku baca, dalam banyak-banyak kayu manis ni, jenis Ceylon paling banyak khasiat. Ceylon ni memang mahal sikit harganya berbanding Cassia yang jauh lebih murah. Kayu manis Flores ni tak banyak sangat cerita dia, sebab orang selalu keliru dengan Ceylon dan Cassia je.

So, akhir kata, hati-hati dalam memilih kayu manis ya.

2 comments:

  1. Kayu manis ada juga dibuat gula.gula

    ReplyDelete
  2. kalau abg Eyda pegi Sri Lanka mesti pesan dkt dia suruh beli.. sebab kayu manis sane lembut

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.