July 13, 2017

IKAN FLOWER HORN GORENG PUN BOLEH!

IKAN FLOWER HORN GORENG PUN BOLEH! - Tergelak kejap aku bila tuan suami ajak aku baca cerita ni. Yang kelakar lagi sebab berlaku dalam Malaysia uolsss. Rasanya followers group Masak Apa Hari Ni (MAHN) dah tau la pasal kisah ikan goreng ni. Dalam masa yang sama kesian pulak pada adik ni yang jadi bahan gelak rakyat Malaysia. Takpe dik... kenangan tu. Moga tak ada effect apa-apa lah.


Alkisahnya, budak ni post dekat group MASAK APA HARI NI . Ramai followers terkejut dengan post budak lelaki ni. Tapi dia cool je balas komen walaupun of coz laa ada sedikit keresahan dalam hati tu. Dia ingat semua ikan boleh makan. Kelaparan sangat gamaknya..
“Awat tak boleh makan ka? Cheq telan dah, kenyang dah,” kata budak nama M.A ini.
“Call tanya mak tadi. Mak kata tak boleh makan. Dah masuk dalam perut, nak buat macam mana? Ingatkan semua ikan boleh dimakan. Cheq pun makanlah,” katanya lagi. 
Awalnya dia cakap, dia selalu tengok orang post dalam group makanan sedap-sedap. Kebetulan haritu dia kelaparan, makanan pulak takde stok kat rumah bujangnya, dia boleh pulak dapat idea goreng ikan flower horn peliharaan member dia sendiri. Nasib baik member dia tak marah, siap boleh bahan lagi kat budak ni. Sian hang dikkk...

Apapun, post dalam group tu sudah dipadam sendiri oleh empunya post. Malu kot. Tak pasal-pasal kena bahan teruk. Boleh stress gak kalau orang tak berhenti bahan ni.

Bagi aku pula, walaupun kelakar, perkara ini mungkin akan menjadi kenangan buat adik M.A bila dia dah kahwin nanti. Boleh cerita kat anak-anak. Haaaa gigih pulak aku bayangkan masa depan dia.

Semoga berjaya dunia akhirat adik M.A :)

8 comments:

  1. Nasib la saya ni bukan pemakan ikan sangat.

    Mungkin dah sesak sangat, duit xde, apa benda pon xde, ikan fresh Tu je yg ada, lawa lak tu kan? Hahahahaha...

    Pengalaman tu bukan semua orang ada...

    ReplyDelete
  2. Janji halal.. Makan sahaja la

    Tapi geli juga nak makan ikan macam tu

    ReplyDelete
  3. ikan tu ikan perhiasan...keluarga tilapia jugak...tp akak mmg x makan la...

    ReplyDelete
  4. dh nk jd rezkinya hari tu..ikan berinsang boleh je mkn asal xberacun

    ReplyDelete
  5. Alahai kesiannya flower horn tu

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.