DIY MASKER UNTUK KULIT WAJAH YANG CANTIK - Monolog Aku Cuma Di Kiri

July 18, 2017

DIY MASKER UNTUK KULIT WAJAH YANG CANTIK

DIY MASKER UNTUK KULIT WAJAH YANG CANTIK - Kadang-kadang nak pergi facial dekat spa pun fikir banyak kali kan? Fulussss tu kadang-kadang cukup makan je. Semua kaum wanita nak cantik, termasuk aku. Dulu aku memang rajin buat home remedies sampai kawan-kawan bengang dengan aku sebab muka aku memang bebas jerawat. Taklah glowing tapi flawless tu ada. Haha!


Adik aku yang mengalami kulit sensitif, memang amalkan home remedies ni. Dia hanya cuci muka menggunakan oat je. Dari muka dia bergerutu dengan jerawat pasir, alhamdulillah sekarang kulit muka dia agak ok. Jerawat pasir berkurang. Guna bahan-bahan alami ni memang ambil masa laa kan? Kunci dia, rajin. Kalau harini buat. kau harap esok terus okay memang petua kecantikan jenis home remedies ni tak sesuai untuk kau.

Haha! Bebel panjang pulak hakakkk korang. Meh laa nak berkongsi DIY Masker yang korang boleh buat kat rumah je.


MASKER PISANG
Pisang mampu melembabkan dan melembutkan kulit wajah korang. Caranya, lenyek sebiji pisang menjadi pes. Lumur di muka dan leher korang dan biarkan selama 10 - 20 minit, kemudian cuci dengan air sejuk. Selain itu, boleh juga buat campuran 1/4 cawan yogurt + 2 sudu besar madu + 1/2 biji pisang lenyek.


MASKER CUKA
Selain dijadikan toner muka, cuka juga boleh dijadikan masker. Caranya, campurkan 1/4 cawan cuka epal dan 1/4 cawan air. Sebatikan dan lumur dimuka, biarkan kering dan boleh dibilas. Kebaikannya adalah menyama-ratakan tona kulit wajah korang.


MASKER SUSU
Bancuh 1/4 cawan susu tepung bersama air secukupnya. Biarkan bancuhan menjadi pes yang kental. Sapukan pada kulit wajah dan biarkan kering. Bilas dengan air suam. Kulit wajah akan memberi nafas baru dan segar.


MASKER OAT
Campurkan 1/3 cawan oat bersama air suam sederhana panas, biarkan sebati selama beberapa minit. Kemudian campurkan 2 sudu besar yogurt, 2 sudu besar madu dan 1 biji telur putih. Sapu pada kulit wajah dan biarkan 10 hingga 15 minit. Bilas dengan air suam. Oat sesuai untuk semua jenis kulit.

Semoga bermanfaat untuk korang yang ingin cantik secara semulajadi :)

1 comment:

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.