DAPUR HAMPIR TERBAKAR! - Monolog Aku Cuma Di Kiri

July 05, 2017

DAPUR HAMPIR TERBAKAR!

DAPUR HAMPIR TERBAKAR! - Kejadian yang berlaku tadi buat aku separa trauma. Terbayang arwah opah lagi! Arwah opah pernah terjebak dalam kebakaran gas sebelum arwah meninggal dunia selepas 55 hari kejadian.

Kejadian yang sama, hampir berulang, tapi dekat rumah mertua. Menggigil badan aku tadi. Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Penyelamat. Nasib baik tak jadi apa-apa, alhamdulillah.

Ihsan : Google Image

Alkisahnya tadi tengahari, Mama Nora masak. Hari Rabu memang dia off-day. So, memang dia la yang akan masak. Aku pun dah lama tak makan masakan dia. Punyalah excited harini. 

Nak jadi cerita, masa aku ambil nasi dan lauk untuk tuan suami, aku bau macam asap. Aku ingatkan Mama Nora still goreng ayam, aku diam je la. Kebetulan periuk goreng ayam tu bertutup so aku tak tahu periuk tu ada isi ke tidak. Keluar dari dapur, aku perasan asap dah tebal dekat hall. Aku toleh ke dapur, tengok periuk goreng ayam dah berasap teruk. Panik sangat!

Lepas tu Mama Nora masuk dapur, dia baru teringat dia lupa tutup api lepas goreng ayam. Dia tutup api dan biarkan periuk tu tertutup. Abah Mertua pulak boleh bukak penutup periuk tu, maka marak api naik ke atas. Periuk pun dah mula berapi. Masa tulah terbayang siksa arwah opah seorang diri.

Mujur api sempat terpadam dan gas tak meletup. Bayangkan kalau gas meletup? Mungkin aku dah arwah :(

Moral of the story, berhati-hatilah selalu. Malang itu selalu tidak berbau.

2 comments:

  1. ya Allah bahayanya auni.. mujur takde apa2 berlaku.. apinya padamkan mcmana tu auni?

    ReplyDelete
  2. teringat kat mak,dulu dia pernah kena insiden ni,habis tangan dia,bila masuk wad,mata pulak tak nampak..nasib baiklah boleh baik..sedih..tp auni kena lebih berhati-hati ye

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.