5 KEBAIKAN TIMUN YANG KITA PERLU TAHU

5 KEBAIKAN TIMUN YANG KITA PERLU TAHU - Timun atau nama saintifiknya Cucumis Sativus, tergolong dalam keluarga yang sama seperti zuchinni, tembikai dan labu. Ianya adalah sejenis buah yang sangat bermanfaat untuk kesihatan. 

Timun sangat baik diambil ketika musim panas kerana mempunyai kandungan air yang sangat diperlukan untuk tubuh badan. Isi timun kaya dengan Vitamin A, Vitamin C dan Asid Folik manakala kulit luarnya mempunyai serat dan pelbagai mineral termasuk magnesium, molibdenum dan kalium.

Timun mempunyai tahap alkali yang tinggi, sekaligus mengawal PH darah dan meneutralkan asid dalam badan. Pesakit gastrik disarankan mengambil timun dengan kerap. 

Banyak lagi kebaikan timun yang baik untuk penyakit serta tubuh badan kita tau.

Source : Google Image

MENCERAHKAN DAN MEMBUAT WAJAH BERCAHAYA
Timun kaya dengan silika, iaitu satu komponen penting yang amat membantu dalam membangunkan tisu yang ada didalam otot, ligamen, tendon, rawan dan tulang. Ekstrak timun sentiasa digunakan untuk merawat pelbagai jenis masalah kulit.

MENCEGAH SEMBELIT DAN MEMASTIKAN BUAH PINGGANG SIHAT
Timun adalah gabungan sempurna antara kedua-dua serat dan air. Ianya mampu membantu melindungi badan kita dari penyakit sembelit dan batu karang. Dengan meminum jus timun, kita boleh mengambil serat dan air dalam satu masa. Rakyat Amerika amat suka makan timun sebagai salad harian kerana ianya adalah cara terbaik untuk meningkatkan pengambilan serat.

KAWALAN TEKANAN DARAH
Oleh sebab timun ini tinggi dengan magnesium, kalium dan serat, ianya baik untuk mencegah darah tinggi. Kajian telah dilakukan di DASH (Dietry Approaches to Stop Hypertension).

KAWALAN KENCING MANIS
Timun sangat berguna kepada pesakit kencing manis sejak bertahun-tahun. Ianya memiliki hormon yang diperlukan oleh sel-sel beta semasa pengeluaran insulin. Karbohidrat didalam timun mudah dicerna oleh pesakit kencing manis. Oleh itu, dengan memakan timun, ianya boleh menjaga tahap glukosa dalam pemakanan.

BADAN KEKAL SIHAT
Timun mempunyai satu sifat pembersihan secara baik. Ianya secara aktif menyingkirkan bahan buangan yang terkumpul serta toksik dalam tubuh badan. Timun juga berkesan dalan satu rawatan untuk pesakit artritis kerana ianya membuang asid urik. Minum jus timun secara kerap juga boleh membantu menyembuhkan gout dan ekzema. Jika ada masalah perut atau paru-paru, perbanyakkan makan timun.

Best kan kebaikan timun ni? Pastikan korang makan timun yang segar tau. Nak cuba resepi timun yang sedap? Jom cuba RESEPI TIMUN PEDAS ALA KOREA !
5 KEBAIKAN TIMUN YANG KITA PERLU TAHU 5 KEBAIKAN TIMUN YANG KITA PERLU TAHU Reviewed by Tunsha Ayunie on July 07, 2017 Rating: 5

3 comments

  1. Timun rasa sedap di makan begitu sahaja

    ReplyDelete
  2. Banyak juga kebaikkan timun nie..
    AM selalu makan je buat ulam..

    ReplyDelete
  3. Baik timun ni utk kesihatan ye. Nasib baik Syafi suka timun

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.