7/1/17 - DARI JARI NOVELLA

July 28, 2017

BUDAK 12 TAHUN DIROGOL AHLI KELUARGA TERMASUK DATUK DAN BAPA SENDIRI!

11:30 PM 7
BUDAK 12 TAHUN DIROGOL AHLI KELUARGA TERMASUK DATUK DAN BAPA SENDIRI!
BUDAK 12 TAHUN DIROGOL AHLI KELUARGA TERMASUK DATUK DAN BAPA SENDIRI! - Sepatutnya gadis seusianya disayang dan dilindungi, tetapi masa depannya dirosakkan oleh 'pelindung-pelindung' yang layak aku panggil sebagai jantan durjana.

Allah... tak boleh bayangkan dan sedih bila membayangkan bila seorang gadis berusia 12 tahun diratah tubuhnya oleh datuk sendiri, bapa sendiri serta tiga orang lagi sepupu dia. Dimanakah akhlak seorang lelaki yang bergelar datuk dan bapa itu?


Suspek pertama adalah bapa dia sendiri yang berumur 40 tahun dimana dia dituduh merogol mangsa sebanyak empat kali. Tertuduh kedua, dan ketiga yang merupakan sepupu mangsa yang berumur 17 hingga 21 tahun yang dituduh merogol mangsa sebanyak tiga hingga empat kali. Tertuduh keempat juga sepupu mangsa telah merogolnya sebanyak lima kali. Tertuduh kelima pula adalah datuk mangsa sendiri yang berusia 72 tahun dituduh merogol mangsa sebanyak enam kali!

Semua tertuduh dituduh mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara hingga 30 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan. Mangsa pula ditempatkan bersama keluarga angkat yang dilantik Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Hmm.. masa tulis ni, aku rasa sebak sangat. Dia mungkin jadi ketagihan seks seawal usia. Entahlah dunia sekarang. 

Terkilan.

TEMAN SUAMI PERGI INTERVIEW

6:08 PM 5
TEMAN SUAMI PERGI INTERVIEW
TEMAN SUAMI PERGI INTERVIEW - Harini tak sempat nak update apa-apa sebab aku teman tuan suami pergi interview tadi. Alhamdulillah, ada sedikit harapan cerah buat keluarga kami. Bukan apa, sebelum ni tuan suami bekerja, tidak dibayar gaji. Majikan pakai purdah tapi hakikatnya ditipu. Janji gaji RM3000, tapi RM600 je dapat. Selebihnya gaji tu, dia buat tak nampak. 

Bercerita dalam perjalanan ke tempat interview tadi, rasa kelakar pun ada. Kami ni takde Waze, lepas tu pelan internet pun lembab sangat. So aku hanya screenshot map tu seterusnya gamble je la pergi. Bak kata tuan suami, orang dulu tak ada Waze pun sampai je ke destinasi. So akibat main hentam redah je jalan tu, berpusing-pusing kami hampir 1 jam. Padahal dalam Google Map dalam 20 minit je. Jalan Imbi je pun. Dari Ampang tak jauh mana pun.

Selingan hakakkk kuat berangan.

Sungguh ada map yang aku screenshot tu, tapi kami masih sesat hokeyyyy! Berpusing-pusing, at last call je orang yang panggil tuan suami interview tu. Alahai.... dekat sangat sebenarnya. 

Hampir setengah jam lepas tuan suami pergi interview, kami balik. Dalam perjalanan balik tu adalah dalam 10 minit je dah sampai Ampang. Terus rasa macam.......... Aik? Kejapnya dah sampai? Tak sempat feeling apa-apa lagi.

Oh ya, semoga tuan suami diterima bekerja & Allah SWT limpahi rezeki dan rahmat-NYA pada kami, insyaAllah :)

July 27, 2017

MAKSUD XOXO YANG SEDANG VIRAL DI FACEBOOK

11:15 PM 5
MAKSUD XOXO YANG SEDANG VIRAL DI FACEBOOK
MAKSUD XOXO YANG SEDANG VIRAL DI FACEBOOK - Harini jadi fenomena XOXO dekat Facebook. Yang berjaya, dapatlah XOXO tu warna Carnation Pink. Bukan itu je tau, lepas taip XOXO, nanti muncul love-love berterbangan dekat skrin. Tapi kan, apa maksud XOXO tu? Ke korang tak tahu dan hanya terikut-ikut orang macam aku jugak?

Firstly, Special thanks to Kak Ayuni Rafilah :)


Teringat pulak zaman-zaman cinta monyet dulu, aku memang suka tulis surat. Ayat jiwang kemain. Bila ingat balik rasa macam nak jalan menunduk je. Malu gila. Penghujung surat tu memang letak XoXo . Ikutan katanya. Maksud tak tahu pun. Jangan jadi macam hakakkk ye adik-adik semua.


So, perkataan XOXO  kan biasanya orang guna dalam sms atau surat la most of that. Biasanya yang pakai perkataan XOXO ni sebab nak bagi ekspreasi yang gembira dan bahagia la sambil-sambil bagi surat tu kan... hehe..

Sejarah perkataan 'X' digunakan sekitar tahun 1901 yang diakui English Oxford Dictionary, dimana pada tahun tersebut, tanda XXX dibawah surat adalah tanda ciuman bagi menggantikan tandatangan bagi mereka yang tidak tahu menulis.

'O' pulak bagi masyarakat Amerika Utara bermaksud pelukan terhadap orang lain. So korang boleh buat kesimpulan lah kan maksud X-O-X-O tu?

X : Ciuman
O : Pelukan
XOXO : Cium Peluk Cium Peluk (gelak seorang diri)

Kalau dalam Wikipedia pun, XOXO juga dikenali maksudnya sebagai Hugs and Kisses.

Sumber : SPRINGKARAT

LAYAN AYAM UNCLE BEST RM1

4:53 PM 1
LAYAN AYAM UNCLE BEST RM1
LAYAN AYAM UNCLE BEST RM1 - Ayam ni jadi kegemaran aku dari pertama kali aku makan. Ayamnya rasa macam ayam goreng Uncle B** , tapi tak pastilah diorang ni adik-beradik atau sahabat baik atau takde kena mengena langsung, yang pasti, dua-dua jenis pun aku suka.

Ayam Uncle Best ni aku beli dekat depan sekolah dekat area rumah ni. Mula-mula tu jejeling je, lepas tu cuba beli 1, lepas tu beli 2, lepas tu beli 10 terus! hahahaha.... Ambik kau, tamak sangat kekdahnya.


Aku paling suka bila dia buat triple extra pedas. Perghhhh.... rasa terbakar mulut tapi rasa sedap sangat. Aku addicted ayam ni kalau dia tabur serbuk cili dengan lada tu banyak-banyak. Kalau biasa-biasa je aku cepat muak. Yang pedas tu bagi 10 keping pun tarahal punya. Aku okay je. Hiks~

Ehh lupa nak bagitau, sekeping isi ayam yang sedap ni hanya RM1 ! Bagi aku okay sebab takde tulang, puas makan.

Haritu aku beli ayam RM1 area sini jugak, ada ke dia bagi aku seketul tu tulang! Tapi charge RM1 jugak. Hanginnnn hakakkk.

Isi ayam tanpa tulang yang lembut dengan perisa yang sedap. Aduh... tetiba rasa nak ajak tuan suami beli lagi. Aku kalau lapar memang makan ayam ni je, sebab tekak tak selera sangat nak makan nasi.

Okbai.

BARU BERUMUR 7 TAHUN DAH PANDAI MEROGOL

2:24 PM 0
BARU BERUMUR 7 TAHUN DAH PANDAI MEROGOL
BARU BERUMUR 7 TAHUN DAH PANDAI MEROGOL - Mengucap panjang bila baca kisah ni. Walaupun tak ada anak, tapi tetap laaa boleh bayangkan perasaan kaum ibu dan bapa macam mana bila anak mereka seawal umur 6 tahun sudah dirogol. Dan yang paling mengejutkan, pelaku hanya berumur 7 TAHUN!

Berumur 7 tahun, zaman kita hanya tahu bermain dengan kawan-kawan. Main pondok-pondok ke, masak-masak ke. Kalau main kawin-kawin pun sekadar kawin macam tu je lah. Lepas tu habis situ, takdelah jadi 'adegan' seterusnya.


Kejadian ini berlaku di Malaysia, dimana murid Tahun Satu didakwa merogol murid tadika. Laporan polis telah dibuat oleh ibu mangsa setelah mangsa mengadu kesakitan. Ibunya menemui kesan kemerahan pada kemaluan anaknya itu.

Apabila ditanya, anaknya memberitahu kesakitan itu berpunca daripada perbuatan anak penjaga yang dipanggil sebagai "abang".

Hasil laporan perubatan, ditemui kesan koyakan baru terdapat di bahagian kemaluan mangsa. Kes disiasat di bawah Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 .

Kesiannya si mangsa. Gelap terus masa depan dia. Benda macam ni boleh jadi trauma pada kanak-kanak seusia dia. Jagalah anak masing-masing. Tak tahu nak salahkan si pelaku atau ibubapa yang jarang memantau kegiatan anaknya.

Haih~

July 26, 2017

KENALI APA ITU SINDROM STOCKHOLM

5:45 PM 4
KENALI APA ITU SINDROM STOCKHOLM
KENALI APA INTU SINDROM STOCKHOLM - Siapa pernah tengok drama Andainya Takdir, mesti dah tahu sakit yang dihidapi oleh Airil kan? Sindrom yang dialami Airil adalah Sindrom Othello . Lepas tu ramai yang bengang sebab watak Fatihah dalam drama tu sejenis yang menurut je apa laki dia buat pada dia. Senang betul dia memaafkan perbuatan suami dia yang dayus tu.

Hmm.... atas kaji selidik yang aku jumpa, aku nak bagitahu yang watak Fatihah tu adalam seorang wanita yang mengalami Sindrom Stockholm. Apakah itu?


Sindrom Stockholm ni sejenis penyakit yang berkaitan dengan psikologi jugak dimana 'pesakit-pesakit' ini seakan 'redha' dengan perbuatan ganas yang menimpa mereka. Mereka tak kisah jika kena dera walaupun penderaan itu mendatangkan risiko bahaya pada dirinya. Bagi pengidap Sindrom Stockholm ini, mereka akan tetap menyayangi dan mencintai si pelaku walaupun tubuh badan mereka menjadi tempat melepaskan amarah si pelaku.

Sindrom Stockholm diberi nama sempena kejadian rompakan di Sveriges Kreditbank di Stockholm pada tahun 1973.

Perompak tersebut merupakan Jan-Erik Olsson dan Clark Olofsson, telah menculik pegawai di bank tersebut. Mereka memiliki senjata dan mendera pegawai bank itu dari 23 Ogos 1973 hingga 28 Ogos 1973. Yang peliknya, setelah mangsa dibebaskan, mangsa menciup dan memeluk perompak-perompak terbabit.

Mereka menjadi terlalu sayang pada perompak-perompak itu, bahkan membela mereka. Salah seorang mangsa bernama Kristin, jatuh cinta terus dengan perompak tu. 

Ish ish ish....

SINOPSIS DENDAM AURORA [ASTRO PRIMA & MAYA HD]

10:38 AM 3
SINOPSIS DENDAM AURORA [ASTRO PRIMA & MAYA HD]
SINOPSIS DENDAM AURORA [ASTRO PRIMA & MAYA HD] - Last aku tengok drama 100 episod ni adalah drama Lara Aishah. Aku rasa macam best pulak layan cerita adaptasi Telenovela Sepanyol ni sebab kisahnya luar konsep berbanding drama Malaysia yang agak cliche kan?

Dendam Aurora menampilkan Nabila Huda dan Ungku Ismail Aziz sebagai watak utama. Kalau korang yang biasa tengok Lara Aishah, korang boleh nampak ramai pelakon Lara Aishah dalam drama Dendam Aurora ni. Mula-mula rasa gonjeng pulak tengok. Apapun, untuk episod pertama, aku bagi 5 star. Kiranya, boleh follow sampai habis la kan?


JUDUL : DENDAM AURORA
EPISOD : 100 episod
TARIKH TAYANGAN : 25 Julai 2017
HARI  / MASA : Isnin-Jumaat, 6.00 petang
SIARAN : Astro Prima 104 & Maya HD 135
SKRIP : Adzim Shahbudin
PENGARAH : Feroz Kader/ Muhd Riza Baharudin
TERBITAN : Global Station Sdn Bhd
PELAKON : Nabila Huda, Ungku Ismail Aziz, Anzalna Nasir, Shah Iskandar, Dian P Ramlee, Dato’ Eizlan Yusof, Tony Eusoff, Fezrul Khan, Aedy Ashraff, Octavia Manrose, Emilie Haniff, Mia Nasir, Zila Bakarin, Adam Lee, Nikki Palikat, Dato' Sri Raja Rezza Shah, Marissa Yasmin, Alex Yank, Chew Kin Wah, Sharifah Shahora, Zuraini Kassim, Hafiz Halim, Yuzz Murai

SINOPSIS
Mengisahkan tentang Aurora Abdullah (Nabila Huda) yang telah dipenjarakan selama 8 tahun kerana dituduh atas kesalahan membunuh. Dia kemudian dibebaskan awal kerana berkelakuan baik. Awalnya, Aurora ditegah oleh neneknya, Octavia Milner (Dian P.Ramlee) untuk pulang ke Tanah Rata, Cameron Highland namun Aurora tetap berdegil. Dia ingin membersihkan namanya serta keluarganya yang tercalar akibat tuduhan membunuh Dato' Hamzah (Tony Yusoff).

Pembebasan Aurora membuatkan penduduk di Tanah Rata berasa terkejut dan keadaan mula menjadi tegang. Orang pertama yang tidak boleh menerima pembebasan Aurora adalah Harris (Ungku Ismail Aziz), yang merupakan bekas kekasih Aurora, yang juga anak kepada Dato' Hamzah. Disaat ini, Harris merupakan pemilik ladang teh terbesar di Tanah Rata. Pada waktu yang sama, Harris telah bertunang dengan Putri Adrina (Anzalna Nasir), iaitu anak kepada Engku Azhar (Dato' Eizlan Yusof) yang merupakan pemilik ladang sayuran terbesar di Malaysia.

Aurora terkejut apabila mengetahui bahawa keluarganya kini menanggung hutang yang banyak dan dipinggirkan oleh penduduk kampung. Perusahaan teh yang dijalankan oleh keluarga mereka semakin muflis. Dengan sokongan Ustaz Hakim Hamzah (Fezrul Khan), Aurora bernekad untuk membangunkan kembali perusahaan keluarganya.

Dalam pada itu, kembalinya Aurora di Tanah Rata telah membuat semua pengusaha-pengusaha yang bersubahat dengan Engku Azhar menjadi risau jika rahsia tentang kematian Dato' Hamzah bocor. Mereka merancang untuk membuat kehidupan Aurora terus menjadi sukar supaya rahsia mereka itu tidak akan diketahui oleh sesiapa.

Oleh kerana sakit hati ayahnya dibunuh, Haizal Hamzah (Shah Iskandar) ingin membalas dendam terhadap Aurora. Setelah mendapat hasil penyiasatan, ternyata bahawa Aurora tidak bersalah. Dia kemudian ingin membantu Aurora membela diri dan seterusnya jatuh cinta dengan Aurora. Perkara ini telah mendatangkan bibit cemburu Harris pada adiknya, walaupun Harris telah bertunang dengan Putri Adrina.

Perkahwinan Harris dan Putri Adrina akan lebih merumitkan konflik di antara tiga keluarga besar di Tanah Rata itu. Siapa sebenarnya pembunuh Dato' Hamzah? Siapakah Engku Azhar? Jom layan drama adaptasi telenovela Itali ini!

SUMBER : MyInfoTaip

July 25, 2017

WANITA MENGGUNAKAN SUSU BADAN UNTUK MEMBUAT BROWNIES -

7:07 PM 12
WANITA MENGGUNAKAN SUSU BADAN UNTUK MEMBUAT BROWNIES -
WANITA MENGGUNAKAN SUSU BADAN UNTUK MEMBUAT BROWNIES - Tak tahu nak gelak atau apa bila baca tajuk kisah ni. Sanggupkan korang makan brownies yang dibuat daripada susu badan? Tanya aku, aku pun speechless. Haha!

Seorang ibu telah menggunakan susu badannya sebagai bahan membuat brownies untuk anaknya jual di sekolah. Si ibu ni pelik kenapa orang ramai jijik sangat bila tahu perkara tersebut. Alkisahnya si ibu ni tak ada masa nak pergi kedai beli susu, so dia guna jelah susu badan dia. Bila pihak ibu-ibu yang lain tahu perkara tersebut, bagi mereka ianya agak menjijikkan.


 Si ibu yang buat brownies ni tak puas hati, dia update dekat status untuk minta pendapat, salah ke dia guna susu ibu untuk buat brownies tu?  Dia juga menganggap bahawa kanak-kanak boleh mendapat nutrisi daripada brownies itu jika menggunakan susu ibu.

Status yang dimuat-turun olehnya selepas itu menjadi viral dan bualan hangat di dalam page Facebook Sanctimommy. Boleh kata hampir 200 komen yang memarahinya dan sangat-sangat tidak setuju dengan perbuatan si ibu itu menggunakan susunya sebagai bahan dalam brownies.

Kesian pulak bila dia kena kecam tapi...... apa perasaan korang?

Sumber : Metro.co.uk & Sanctimommy

July 24, 2017

KALI KEDUA MAKAN NASI LEMAK PANDAN MIEEZA

10:46 PM 2
KALI KEDUA MAKAN NASI LEMAK PANDAN MIEEZA
KALI KEDUA MAKAN NASI LEMAK PANDAN MIEEZA - Sebelum ni masa blogger Kamil Salleh mula-mula berniaga nasi lemak pandan, aku hanya mencuba nasi lemak biasa je. Sekadar ingin merasa. Maklumlah, blogger lain dah uar-uarkan yang nasi lemak pandan Mieeza ni sedap. Aku pun taknak ketinggalan untuk mencuba.


Awalnya kehadiran aku dulu, Abang Kamil Salleh tak tahu pun aku seorang blogger sebab aku sejenis yang tak expose sangat. Dulu tak tahu pun jadi blogger ni boleh ramai kawan. Mostly sebelum ni aku bergerak sendiri je, sekadar berkongsi hal peribadi dalam blog.

Kali kedua aku singgah di kedainya, Abang Kamil Salleh mula mengenali aku. Senyum terpancar di muka dia. Terus aku rasa aku ada kawan di alam nyata. Aku pun tak rasa kekok macam mula-mula aku singgah dulu.

Harini aku beli 4 bungkus nasi. Antaranya nasi lemak sambal paru dan nasi lemak sambal kerang. Macam korang tahu, kesedapan nasi lemak adalah didalam sambalnya.

NASI LEMAK PANDAN SAMBAL KERANG

NASI LEMAK PANDAN SAMBAL PARU

Harini macam satu kepuasan bila makan sampai tak muat tangki perut aku. Banyak isinya. Sambal kerang tu tuan suami yang punya, dia kata sedap. Aku tak jamah pun sebab aku tak berapa suka sambal kerang tak kisahlah siapa yang buat. Hehe~

Tapi sambal paru dia buat aku rasa jatuh cinta. Lembut sangat parunya. Rasa mencair pulak dalam mulut. Sedap sangat. Alhamdulillah memang puas hati.

Nak cuba NASI LEMAK PANDAN MIEEZA? Ada betul-betul depan Midpoint Ampang :)

KISAH SARAH PAYNE : MANGSA PEMBUNUHAN PENJENAYAH PEDOFIL [BAHAGIAN 4]

1:45 PM 0
KISAH SARAH PAYNE : MANGSA PEMBUNUHAN PENJENAYAH PEDOFIL [BAHAGIAN 4]
KISAH SARAH PAYNE : MANGSA PEMBUNUHAN PENJENAYAH PEDOFIL [BAHAGIAN 4] - Polis akhirnya menemui bukti-bukti yang cukup untuk mengfailkan tuduhan terhadap Whiting atas tuduhan menculik dan pembunuh. Walau bagaimanapun, Whiting tidak mengaku bersalah. 

Pada 12 Disember 2001, Whiting disabitkan sekali lagi dengan kesalah menculik dan membunuh, seterusnya menerima hukuman penjara seumur hidup. Atas balasan yang dilakukan kepada kanak-kanak itu, Whiting diserang dengan pisau cukur oleh tahanan lain, bukan itu saja, dia juga disiram dengan air panas. Paling teruk, Whiting ditikam di mata.

KISAH SARAH PAYNE : MANGSA PEMBUNUHAN PENJENAYAH PEDOFIL [BAHAGIAN 1]

Sara Payne, yang merupakan ibu kepada Sarah Payne, telah menerbitkan sebuah buku bertajuk Sara Payne : A Mother's Story, yang mengisahkan tentang anaknya yang dibunuh dan perjuangannya menuntut keadilan bagi pihak Sarah. Sara Payne dilantik sebagai Ahli Perintah Kerajaan British dan kerja dibelakang undang-undang. Bagaimanapun tidak lama kemudian, Sara Payne mengalami strok semasa berada di rumahnya. Sara Payne juga pernah difitnah sebagai penggodam telefon Berita Antarabangsa.

Bapa Sarah, Micheal Payne pula mengalami depressi selepas kejadian yang menimpa anak kesayangan itu. Micheal dan Sara Payne bercerai pada Ogos 2003 kerana masing-masing mereka tidak dapat mengatasi kesedihan. Micheal kemudian menjadi seorang pemabuk dan pernah dipenjarakan selama 16 bulan atas kesalahan menyerang saudaranya sendiri dengan kaca. Akhirnya Micheal ditemui mati.

Kesian kan? Masing-masing mengalami tekanan atas kehilangan anak yang disayangi. Hakikatnya, mereka tidak puas hati dengan hukuman yang dikenakan pada Roy Whiting. Hmmm....

Tujuan aku share kisah ni adalah supaya kita berhati-hati. Jenayah Pedofil ni dimana-mana. Kadangkala dalam keluarga sendiri.

July 23, 2017

MAKSUD PERKATAAN DALAM LAGU PEJAMKAN MATA NYANYIAN DAYANG NURFAIZAH FEATURING MALIQUE

1:52 PM 1
MAKSUD PERKATAAN DALAM LAGU PEJAMKAN MATA NYANYIAN DAYANG NURFAIZAH FEATURING MALIQUE
MAKSUD PERKATAAN DALAM LAGU PEJAMKAN MATA NYANYIAN DAYANG NURFAIZAH FEATURING MALIQUE - Aku suka dengar lagu-lagu Malique sebab aku budak Sastera. Aku kenal Malique masa zaman dia dengan Joe Flizzow dulu. Lepas tu dah lama tak dengar apa-apa cerita pasal Malique.

Baru-baru ni aku jadi addicted sangat dengan lagu Pejamkan Mata nyanyian Dayang Nurfaizah featuring Malique. Banyak perkataan dalam lirik yang aku tak faham maksudnya. Jom aku share lirik. Agak-agak korang faham tak apa yang cuba disampaikan dalam lagu ni?


LIRIK LAGU PEJAMKAN MATA - DAYANG NURFAIZAH ft MALIQUE

(Malique)
Sebermula maka dipaksa diam
dengar, patuh dan terpaku tunduk
selesakan di bawah, sujudnya rujuk telunjuk
tenagamu kencanaku katanya fitrah gawai
kedanamu ketawaku dekahnya hingga sawai
berontak, dongak, lembayung ku ternampakkan
si hering menyorak, ngoyak awan canggung dan berantakan
dah diragut total, cinta resiprokal
bila dipersoal kekal equivokal

Katanya tanggal tali leher itu
cukuplah seharian digembala
lupuskan logharithma yang menghantui kepala
dalam tafakur, akur, sadur mimpi yang dikabur
karektor kartun kantor dan karikatur diktator
dikabur takbur shabab yang bermusim
tak punya tempat di benak jiwaku jemaah mereka bermukim
al-malik, al-kudus, as-salam, al-mukmin
ubat gementar senja suara ngekor roh ke kasur
masyghul, runsing… jah

[Chorus: Dayang Nurfaizah]
Pejamkan mata
mata yang lesu itu
dan mimpikan yang indah
mimpikan aku
biarkan gelita
menghapus derita
pejamkanlah matamu

(Malique)
Aku terdengar suara itu lagi
dari tenggara namaku diseru
disuruh hembusnya lilin di setiap empat penjuru
katanya mata penamu tak mencoret solusi
kata magismu takkan mampu cetus revolusi
manusia kan sentiasa menyakiti
yang tak membunuh buatmu kebal sehari lagi
masa untuk koktel Lorazepam, Ambien, Risperdal
semoga afdal bertemu di astral

Selamat tiba kita ke republik cinta
lagenda dimensi ruang dan waktu tak bersempadan
halaman terbentang suci, dicuci noda dan nista
terhapus dogma dan stigma, kepincangan dan kehilangan

Arasy yang tiada penghuni mengugut buli
tak perlukan runut bunyi, sembunyi, bersunyi sakan
di hati dan pituitari menarinya tanpa bumi
menyanyinya tanpa bunyi, keghaibannya kita raikan 

[Chorus: Dayang]

(Malique)
(hakikatnya nirwana di sana
di sini masih lagi samsara
cuba tak diperhambanya dunya
sukar tapi aku cuba
sukar tapi aku cuba ya) 

(Dayang Nurfaizah)
Kembalikan senyuman
serimu yang dulu
kembali ke dakapan
ku perlindunganmu

Walaupun gerhananya
seakan tak berakhir
selagi ku di sisi
tak usah khuatir 

[Chorus]


Oklah, aku nak share maksud-maksud perkataan yang mungkin 'rare' bagi korang dan jugak aku. Aku suka lagu ni sebab sedap didengar, dan buat aku berfikir jugak. Hihi..

KENCANA - emas
GAWAI - kerja, pekerjaan
KEDANA - miskin, papa
SAWAI - bersawai, tidak sedarkan diri
LEMBAYUNG - tumbuhan melilit
HERING - burung pemakan bangkai
CANGGUNG - kekok, janggal

RESIPROKAL - bersifat saling berbalasan
EQUIVOKAL - memiliki nama/sebutan yang sama tetapi berbeza maksud / tidak jelas

LOGHARITMA - istilah angka bagi sesuatu angka yang digunakan untuk mendapatkan angka tertentu
TAFAKUR - renungan / perihal merenung memikirkan sesuatu
KANTOR - ibu pejabat
DIKTATOR - orang yang memerintah dengan kuasa mutlak / tidak terbatas
SHABAB - anak muda (dalam bahasa arab)
KASUR - alas tidur yang diperbuat daripada kain atau plastik yang berisi kapas dan sebagainya
MASYGHUL - berasa sedih atau berdukacita terhadap sesuatu
RUNSING - susah hati

SOLUSI - penyelesaian masalah
REVOLUSI - perubahan

LORAZEPAM - ubat untuk depressi
AMBIEN - ubat untuk imsomnia / susah tidur malam
RISPERDAL - ubat untuk antipsikotik, merawat skizofrenia, murung atau mudah marah

AFDAL - lebih baik, lebih utama
ASTRAL - berkenaan binatang
DOGMA - ajaran atau kepercayaan yang tidak boleh dibantah dan dipersoalkan melainkan hanya menerima sahaja

STIGMA - yang menjejaskan reputasi / aib
PITUITARI - kalenjar endokrin

NIRWANA - sesuatu ketenteraman dan kebahagiaan yang tertinggi serta abadi
SAMSARA - perkataan sanskrit yang bermaksud kelahiran semula

Semoga memberi sedikit manfaat atas perkongsian aku ni. Aku asyik repeat je dengar lagu ni sebab cuba faham apa yang Malique cuba sampaikan. Otak aku tak bergeliga macam dulu. Habuk!

July 22, 2017

KISAH SARAH PAYNE : MANGSA PEMBUNUHAN PENJENAYAH PEDOFIL [BAHAGIAN 3]

8:53 PM 0
KISAH SARAH PAYNE : MANGSA PEMBUNUHAN PENJENAYAH PEDOFIL [BAHAGIAN 3]
KISAH SARAH PAYNE : MANGSA PEMBUNUHAN PENJENAYAH PEDOFIL [BAHAGIAN 3] - Whiting disoal kerana dia telah diletakkan dibawah pendaftaran pesalah seks. Pada lawatan pertama pegawai ke rumah Whiting, dia tidak berada di sana. Polis kembali 5 jam kemudian dan terus menyoal Whiting tentang Sarah Payne. Whiting mengatakan dia tidak tahu apa-apa dan tidak lama kemudian Whiting berjalan ke van miliknya, tetapi ditahan polis yang menyamar dan Whiting ditangkap. Whiting menghabiskan masa 2 hari dalam tahanan sebelum diikat jamin kerana tiada bukti.

KISAH SARAH PAYNE : MANGSA PEMBUNUHAN PENJENAYAH PEDOFIL [BAHAGIAN 1]

Pada 20 Julai 2000, polis menemui kasut yang diyakini milik Sarah Payne di kampung Coolham, tiga batu dari Pulborough.

Pada 23 Julai 2000, Whiting mencuri sebuah Vauxhall Nova dan dia diikuti polis. Whiting kemudian memecut lebih kurang 110 km/j sebelum melanggar kenderaan lain. Dia ditangkap kembali atas tuduhan memandu secara berbahaya.

Selepas Whiting ditangkap, polis telah menjalankan ujian forensik pada van Fiat ducato yang dibeli pada 23 Jun 2000. Pada 6 Februari 2001, selepas siasatan polis, Whiting didakwa terlibat dalam kes penculikan dan pembunuhan Sarah Payne.

Bersambung...

July 21, 2017

KISAH SARAH PAYNE : MANGSA PEMBUNUHAN PENJENAYAH PEDOFIL [BAHAGIAN 2]

6:02 PM 3
KISAH SARAH PAYNE : MANGSA PEMBUNUHAN PENJENAYAH PEDOFIL [BAHAGIAN 2]
KISAH SARAH PAYNE : MANGSA PEMBUNUHAN PENJENAYAH PEDOFIL [BAHAGIAN 2] - Sarah Payne yang tinggal di Hersham, Surrey, dilaporkan hilang pada malam 1 Julai 2000 dari sebuah ladang jagung dekat dengan rumah datuk dan neneknya, Terrence dan Lesley Payne, di Kingston Gorse, West Sussex, England. Awalnya Payne bermain dengan dua abangnya yang ketika itu berumur 13 dan 11 tahun serta adiknya, yang ketika itu berusia 6 tahun. 

Pencarian di seluruh negara telah dibuat dalam masa 48 jam. Ibubapa Payne membuat rayuan di rangkaian televisyen dan surat khabar supaya anak mereka ditemui dengan selamat. Pada petang 2 Julai 2000, pegawai polis dari Balai Polis Sussex melawat Whiting dan bertanya tentang Payne. Whiting antara salah seorang suspek yang dicurigai kerana kesnya sebelum itu.

KISAH SARAH PAYNE : MANGSA PEMBUNUHAN PENJENAYAH PEDOFIL [BAHAGIAN 1]

Pegawai polis dan ramai sukarelawan sekitar Littlehampton bertungkus lumus mencari jejak Sarah Payne. Keluarganya masih tidak berputus asa meminta dan merayu melalui siaran televisyen supaya orang ramai membantu mencari Sarah. Pada 10 Julai 2000, polis memberitahu bahawa mereka menerima maklumat dari seseorang yang melihat seorang kanak-kanak diyakini Sarah Payne di Knutsford Services, berdekatan Lebuhraya M6 di Cheshire pada waktu pagi selepas kehilangannya. Tiga hari kemudian, ibubapa Sarah Payne diberi amaran oleh polis supaya bersedia walau apa jua yang berlaku. 

Pada 17 Julai 2000, sekujur tubuh ditemui di padang berhampiran Pulborough, kira-kira 24km dari Kingston Gorse. Dalam masa 24 jam, ujian forensik mengesahkan bahawa tubuh itu adalah Sarah Payne! Polis Sussex segera memulakan siasatan tentang pembunuhan tersebut.

Bersambung...

July 20, 2017

KISAH SARAH PAYNE : MANGSA PEMBUNUHAN PENJENAYAH PEDOFIL [BAHAGIAN 1]

10:41 PM 1
KISAH SARAH PAYNE : MANGSA PEMBUNUHAN PENJENAYAH PEDOFIL [BAHAGIAN 1]
KISAH SARAH PAYNE : MANGSA PEMBUNUHAN PENJENAYAH PEDOFIL [BAHAGIAN 1] - Sarah Evelyn Isobel Payne merupakan seorang kanak-nak berusia 8 tahun yang telah menjadi mangsa culik dan bunuh di England pada Julai 2000. Kes ini mendapat perhatian di United Kingdom. Pembunuhnya, Roy Whiting, telah didapati bersalah pada Disember 2001 dan dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup.


PROFIL ROY WHITING
Pada 4 Mac 1995, seorang kanak-kanak perempuan berusia 8 tahun, telah diculik dan diserang secara seksual di Langley Green , berdekatan kawasan Crawley. Pelakunya, Whiting ditahan beberapa minggu selepas kejadian. Seorang saksi telah memberitahu polis tentang kereta yang dipandu Whiting iaitu kereta jenis Ford Sierra merah, sebelum penculik itu menjual keretanya. Pihak polis mengesan pemilik baru kereta tersebut dan menemui sebilah pisau tersembunyi di dalam kereta itu. Ternyata pisau itu milik Whiting.

Tiga bulan kemudian, Whiting mengaku bersalah atas tuduhan menculik dan serangan seksual yang dilakukan ke atas kanak-kanak tersebut, dan dijatuhkan hukuman empat tahun penjara. Hukuman maksimum adalah penjara seumur hidup. Walau bagaimanapun, suspek menerima hukuman yang lebih ringan kerana dia mengaku melakukan jenayah itu lebih awal.

Whiting dibebaskan dari penjara pada November 1997. Dia juga adalah antara orang yang paling awal di Britain yang mendaftar sebagai pesalah seks. Dia dipaksa berkhidmat secara tambahan selama 5 bulan di penjara sebelum dibebaskan dengan lesen penalti kerana enggan menjalani kursus pemulihan. Kemudian, dia membawa diri ke pantai West Sussex.

Bersambung...

July 19, 2017

LELAKI INI SANGGUP JADI PEREMPUAN DEMI KEBAHAGIAAN IBU

8:23 PM 1
LELAKI INI SANGGUP JADI PEREMPUAN DEMI KEBAHAGIAAN IBU
LELAKI INI SANGGUP JADI PEREMPUAN DEMI KEBAHAGIAAN IBU - Anak lelaki ni memang selalu rapat dengan ibunya. Aku ingat lagi Pakcu yang sanggup jaga arwah Maktok, basuh najis arwah Maktok sehingga akhir nafas arwah Maktok. Terharu rasanya. Aku harap satu masa nanti, aku mampu jaga Mama macam mana Pakcu buat.

Di Guilin, Guanxi, China , seorang lelaki sanggup menjadi perempuan selama hampir 20 tahun demi ibunya yang mengalami masalah mental. Ibunya mengalami sakit itu setelah kematian anak perempuannya. Lelaki itu yang berusia 50 tahun, berpakaian seperti perempuan supaya ibunya percaya yang anak perempuannya masih hidup.


Ibunya menjadi kemurungan akibat terlalu sedih atas kematian anaknya. Akibat terlalu sedih, ibunya tidak mahu makan dan minum. Perkara ini membimbangkan lelaki tadi.

Atas cadangan sahabatnya, lelaki itu mengambil keputusan memakai pakaian mendiang adiknya dan berubah menjadi perempuan demi mengubati kerinduan ibunya.


Ternyata inisiatif yang dilakukan lelaki itu berjaya. Ibunya kembali ceria. Lelaki itu juga tidak berkahwin dan abadikan sepenuh hidupnya untuk ibunya yang tersayang.

Hmm... terharu dengan pengorbanan anak lelaki ini. Berjasa sungguh dia pada ibunya.

10 SEBAB ORANG JADI KECOH PASAL FILEM DARK TOWER

12:58 PM 2
10 SEBAB ORANG JADI KECOH PASAL FILEM DARK TOWER
10 SEBAB ORANG JADI KECOH PASAL FILEM DARK TOWER - Banyak wayang baru yang best-best akan datang ni. Antaranya filem Dark Tower. Tengok trailer pun dah macam best, agak-agak best tak?

Bagi peminat karya Stephen King, mesti tak sabar nak menonton filem Dark Tower ni. Filem ini berkonsepkan pengembaraan dan fantasi dan ianya adalah kesinambungan dari novel karya Stephen King dengan tajuk yang sama. Mengisahkan tentang Roland Deschain, yang berusaha untuk melindungi Dark Tower.



Ronald adalah seorang penembak dan dia adalah keturunan Raja Arthur yang terakhir dan masih hidup. Filem ini juga menceritakan perjalanan Roland dalam mencari Dark Tower kerana mitos mengatakan, Dark Tower mampu merealisasikan cita-cita.

Filem ni dijangka akan ditayangkan pada 3 Ogos 2017 . Jom tonton!

SEDIKIT KEKECEWAAN IKLAN ADSENSE TAK MUNCUL

10:09 AM 6
SEDIKIT KEKECEWAAN IKLAN ADSENSE TAK MUNCUL
SEDIKIT KEKECEWAAN IKLAN ADSENSE TAK MUNCUL - Harini hari ketiga aku berteman domain auniafeeqa.com. Puas aku cari solution tapi tak jumpa. Ada yang bagitahu aku, even yang aku baca, akaun aku akan direview kembali oleh pihak Adsense sebab dah tukar domain.

Nasib baiklah sen aku sikit je dalam Adsense sekarang. Tapi geram jugaklah tengok blog kawan-kawan lain bila iklan Adsense depa menari-nari dalam blog depa. Yang aku punya ni tak timbul-timbul pulak.


Kena bertabah lagi nampaknya. Kena kentalkan hati dan terus menulis walaupun geram sangat. Makin geram tengok kat dashboard Adsense iklan tu aktif, tapi bila tengok website aku, takde pun iklan tu. Dan yang sangat-sangat aku tension bila aku update entri dan preview, iklan Adsense tu ada je menari-nari dalam website aku. Tapi lepas publish dan aku view, hilang pulak.

Haaaa geram tak? haha! Emosi gila tau. Oklah, aku nak cari ketenangan dan bahan untuk tulis dalam blog. Kbai.

July 18, 2017

MENJADI KUAT BUKANNYA MUDAH

4:51 PM 7
MENJADI KUAT BUKANNYA MUDAH
MENJADI KUAT BUKANNYA MUDAH - Kebelakangan ni emosi aku agak tak kuat berbanding biasa. Mungkin sebab uzur kot? Tapi entahlah, sebelum ni lagi aku rasa aku macam invisible to everyone. Aku bukan minta orang layan aku 24 jam pun cuma perasaan yang aku rasa ni rumit aku nak luahkan.

Pertama, adik aku dah sambung belajar. Dalam 4 beradik, aku rasa akulah paling useless sekali. Aku belajar setakat SPM je. Aku rasa aku tercabar dengan ego aku sendiri. Aku banyak asingkan diri je sekarang bila melibatkan keluarga aku. Actually, terlalu banyak makan hati pun sama. Entahlah, bukan salah keluarga aku pun, aku je kot yang rasa macam ni.

Kedua, semua berkaitan perkahwinan buat aku emosi. Aku taknak lah cerita apa yang berlaku masa aku nikah dulu. Aku nikah je, takde sanding-sanding walaupun aku teringin sangat. Sedihnya Tuhan je yang tahu. Aku terpaksa pura-pura okay je. 


Ketiga, bila kesakitan yang aku alami punca segala apa yang aku inginkan jadi terbatas. Ya, aku redha dengan semua ini. Cuma dalam satu-satu masa, aku juga teringin bebas.

Keempat, pasal anak. Aku jadi sakit hati tengok budak-budak sebab aku tak mampu nak bagi suami zuriat. Walaupun suami tak kisah, aku tetap rasa aku tak berguna dan tak datangkan hasil pun.

Every single minute, aku rasa agak useless. Aku tak membahagiakan parent aku. Aku bukan jugak kakak idaman untuk adik-adik aku. Aku juga bukanlah isteri yang mampu bagi suami aku keturunan. Allahu.... berat dugaan aku.

Nak jadi kuat bukannya mudah. Aku usaha sendiri untuk kuat. Hanya suami yang banyak support aku untuk terus kuat. Kalau aku menangis, hanya disisi dia. Kadangkala aku rasa pasrah dengan apa yang menimpa aku. Siapalah aku untuk meminta-minta yang lebih.

Semoga aku terus kuat, adakala aku dah tak larat dengan semua perasaan bercampur baur ni.

DIY MASKER UNTUK KULIT WAJAH YANG CANTIK

3:18 PM 1
DIY MASKER UNTUK KULIT WAJAH YANG CANTIK
DIY MASKER UNTUK KULIT WAJAH YANG CANTIK - Kadang-kadang nak pergi facial dekat spa pun fikir banyak kali kan? Fulussss tu kadang-kadang cukup makan je. Semua kaum wanita nak cantik, termasuk aku. Dulu aku memang rajin buat home remedies sampai kawan-kawan bengang dengan aku sebab muka aku memang bebas jerawat. Taklah glowing tapi flawless tu ada. Haha!


Adik aku yang mengalami kulit sensitif, memang amalkan home remedies ni. Dia hanya cuci muka menggunakan oat je. Dari muka dia bergerutu dengan jerawat pasir, alhamdulillah sekarang kulit muka dia agak ok. Jerawat pasir berkurang. Guna bahan-bahan alami ni memang ambil masa laa kan? Kunci dia, rajin. Kalau harini buat. kau harap esok terus okay memang petua kecantikan jenis home remedies ni tak sesuai untuk kau.

Haha! Bebel panjang pulak hakakkk korang. Meh laa nak berkongsi DIY Masker yang korang boleh buat kat rumah je.


MASKER PISANG
Pisang mampu melembabkan dan melembutkan kulit wajah korang. Caranya, lenyek sebiji pisang menjadi pes. Lumur di muka dan leher korang dan biarkan selama 10 - 20 minit, kemudian cuci dengan air sejuk. Selain itu, boleh juga buat campuran 1/4 cawan yogurt + 2 sudu besar madu + 1/2 biji pisang lenyek.


MASKER CUKA
Selain dijadikan toner muka, cuka juga boleh dijadikan masker. Caranya, campurkan 1/4 cawan cuka epal dan 1/4 cawan air. Sebatikan dan lumur dimuka, biarkan kering dan boleh dibilas. Kebaikannya adalah menyama-ratakan tona kulit wajah korang.


MASKER SUSU
Bancuh 1/4 cawan susu tepung bersama air secukupnya. Biarkan bancuhan menjadi pes yang kental. Sapukan pada kulit wajah dan biarkan kering. Bilas dengan air suam. Kulit wajah akan memberi nafas baru dan segar.


MASKER OAT
Campurkan 1/3 cawan oat bersama air suam sederhana panas, biarkan sebati selama beberapa minit. Kemudian campurkan 2 sudu besar yogurt, 2 sudu besar madu dan 1 biji telur putih. Sapu pada kulit wajah dan biarkan 10 hingga 15 minit. Bilas dengan air suam. Oat sesuai untuk semua jenis kulit.

Semoga bermanfaat untuk korang yang ingin cantik secara semulajadi :)

July 16, 2017

BIODATA HARSHAALI MALHOTRA (SHAHIDA BAJRANGI BHAIJAAN)

7:38 PM 2
BIODATA HARSHAALI MALHOTRA (SHAHIDA BAJRANGI BHAIJAAN)
BIODATA HARSHAALI MALHOTRA - Siapa yang layan cerita Bajrangi Bhaijaan, mesti geram tengok budak kecik yang berlakon dalam filem tu kan. Aku tengok ulang-ulang pun tak bosan. Walaupun ada adegan persefahaman agama, secara positifnya, semua agama itu mengajar tentang kebaikan. Kejahatan itu hak individu.

Oklah, saja nak share biodata Shahida, atau nama sebenarnya Harshaali Malhotra. Budak yang cute tapi bisu dalam Bajrangi Bhaijaan. Ehhh.... dia tak bisu, cuma lambat bercakap sebenarnya.


NAMA SEBENAR : Harshaali Malhotra
PROFESION : Pelakon Kanak-Kanak
TARIKH LAHIR : 3 June 2008
TEMPAT LAHIR : Mumbai, India
ZODIAK : Gemini
BANGSA : India
AGAMA : Hindu
ANUGERAH : Bajrangi Bhaijaan & Qubool Hai
NAMA BAPA : Vipul Malhotra
NAMA IBU : Kajal Malhotra
NAMA ABANG : Hardik Malhotra

Saja share je sebab idea nak tulis entri dah ke laut sangat. Maklumlah weekend kan? Haha! Tiba-tiba mood nak layan movie. Apa movie yang best ye sekarang?

Sekian.

4 FUNGSI GEL SILIKA YANG KORANG PERLU TAHU

1:06 PM 0
4 FUNGSI GEL SILIKA YANG KORANG PERLU TAHU
4 FUNGSI GEL SILIKA YANG KORANG PERLU TAHU - Aku ingat lagi, kalau beli beg atau kasut, memang suka-suka je aku bukak bungkusan gel silika ni.  Lepas tu aku suka gigit-gigit benda bebulat tu.

Benda ni memang selalu je ada kalau beli beg atau kasut kan? Kadang-kadang dalam bungkusan makanan macam seaweed pun ada, termasuk botol-botol vitamin. Ada tak korang tertanya-tanya apakah fungsi gel silika dalam setiap barang yang korang beli tu?


Ada orang, diorang buang je bungkusan kecil gel silika ni. Seeloknya, korang janganlah buang bungkusan tu sebab ianya mengurangkan kadar kelembapan.

FUNGSI GEL SILIKA YANG KORANG PERLU TAHU

1) Gel silika ini bertindak sebagai anti-bau hapak yang terdapat dalam beg gym dan juga rak kasut.

2) Mampu menyelamatkan telefon pintar yang terjatuh dalam air. Caranya, letak telefon yang basah itu didalam bekas yang dipenuhi gel silika.

3) Letak dalam kotak yang mempunyai gambar-gambar, akan mencegah daripada gambar-gambar tersebut melekat.

4) Letak gel silika dalam bekas pisau cukur. Ianya akan mengelakkan pisau cukur daripada berkarat.

-
-
-

Kan aku ada kata yang aku suka gigit-gigit gel silika ni kan? Kalau termakan, sebenarnya ianya tak bahaya pun. Tapi janganlah korang saja-saja makan pulak sebab ada juga laa kesan pada tubuh badan korang contohnya mengganggu sistem penghadaman. Ehhh banyak benda boleh makan, takkan nak makan gel silika, kan? Haha!

Semoga bermanfaat ye :)

July 15, 2017

SUSU GOODDAY DENGAN DUA PERISA BARU

6:17 PM 4
SUSU GOODDAY DENGAN DUA PERISA BARU
SUSU GOODDAY DENGAN DUA PERISA BARU - Walaupun aku memang tak boleh minum susu atau ambil apa-apa makanan minuman yang tinggi kalsium, tapi kalau langgar pantang, aku suka minum susu Goodday ni. Bagi aku, rasanya sedap macam aiskrim gitu.

Baru-baru ni, blogger +Sally Samsaiman post gambar susu Goodday perisa baru. Dah namanya Goodday kan, aku excited nak cuba. Sebelum tu, blogger +Ayuni Rafilah dah beli sebelum aku. Wahhhh.... gigih! Penangan Sally katanya..


Of coz la sebelum tu aku rasa curious je dengan rasa kedua-dua perisa ni. Sedap ke? Aku bukanlah peminat greentea yang tegar, tapi madu memang feveret aku. So meh laa aku buat free review berdasarkan tekak aku sendiri ye?

APA RASA SUSU GOODDAY PERISA MADU?
Bagi aku, perisa madu ni agak manis dan madunya rasa macam madu beli kat pasaraya je. Bukanlah rasa madu asli. Aku still suka dengan rasa susu ni. Kalau korang sejenis yang tak suka manis, mungkin korang tak suka perisa ni.

APA RASA SUSU GOODDAY PERISA TEH HIJAU?
Perisa teh hijau agak kuat rasanya. Ada rasa pahit-pahit di pengakhiran tu. Aku tak boleh 'masuk' sangat dengan perisa teh hijau. Well.... aku kan bukan peminat teh hijau kan? Kalau korang jenis suka minum teh hijau, maybe sesuai untuk tekak korang.

Mana nak dapat susu ni? Buat masa ni tempat paling senang korang boleh dapat di Petronas ataupun 7 Eleven. Aku beli tapi pun dekat 7 Eleven je sebab kat sana kalau ada produk baru, diorang paling cepat. Hehe~

Kbai.

July 14, 2017

MAKAN BOAT NOODLE DI AMPANG POINT

6:38 PM 1
MAKAN BOAT NOODLE DI AMPANG POINT
MAKAN BOAT NOODLE DI AMPANG POINT - Lepas ikut Mama pergi makan Boat Noodle berapa bulan lepas, tiba-tiba Boat Noodle tu seakan memanggil kembali untuk dimasukkan ke dalam perut. Alhamdulillah, dah berapa lama baby cacing mengidam, akhirnya pagi-pagi lagi kami dah pergi Boat Noodle cawangan Ampang Point. 9:30 pagi dah tercongok depan Ampang Point tau. Gigih ke tidak?


Kredit : Google Image

Ampang Point dah bukak, kaki terus melangkah ke Boat Noodle. Punyalah berdebar sebab tak sabar. Customer masa tu aku dengan tuan suami je pun. Tapi servis lambat gilaaaaaaaaa! Mungkin sebab baru bukak kot. Dah kata waktu operasi pukul 10pagi maksudnya semua dah ready la sepatutnya kan?

Kami duduk, tulis order dan tunggu. Nak dekat setengah jam baru sampai order kami tu. Aku order Grill Chicken Meat Ball sebab teringin sangat. Dalam gambar nampak besar tapi sebenarnya comel-comel je tau.

Grill Chicken Meat Ball = RM 4.90

So far oklah sedap. Lembut dan sos dia tu pedas. Rasa macam makan lokching dah. Cuma aku tersenyum kejap gara-gara size unexpected. Nasib baik sedap dan ada 6 ketul. Ok lettew kan? Aku sebenarnya teringin nak makan Thai Popeye Tempura tapi tak ada. Awal sangat kot aku datang. Dah nampak orang hantar kangkung tu, 2-3 kali merayu nak jugak, tapi takde rezeki aku untuk itu.

Ok skip, kita makan 'hero' dia laaa... BOAT NOODLE !

Boat Noodle : RM 1.90 per bowl

Bila tuan suami ambik gambar puan blog secara parkinson T__T

Konon-konon laki bini nak buat challenge makan paling banyak. Konon-konon lagi nak makan seorang 10 mangkuk. Aku memang dah bercadang nak order Ayutthaya 10 mangkuk dan Pathumtani 10 mangkuk. Awal-awal plan je la.

Dah order 10 mangkuk Pathumtani, masing-masing baru makan 5 mangkuk dah sebu perut. Laaaa macam mana nak challenge ni? Haha! Lastly, aku order Ayutthaya 4 mangkuk je. Aku 2 mangkuk, tuan suami 2 mangkuk. So total seorang makan 7 mangkuk mee.

Lega sebab dah habis.

Air pulak kami kongsi je Thai Iced Coffee. Yang air ni memang feveret aku dari first time aku makan dekat Boat Noodle. Tapi outlet Ampang Point ni macam biasa je rasa dia. Outlet Sogo agak sedap.

Thai Iced Coffee : RM 7.90

REVIEW
1) Servis slow di outlet Ampang Point.
2) Pelayan macam tak berapa mesra pelanggan.
3) Even Boat Noodle dia tak sesedap macam outlet Sogo.
4) Air pun tak 'kaw'. Tawar.
5) Aku hampa sebab tak dapat makan Thai Popeye Tempura.

DISCLAIMER 
Review ini aku buat daripada pengalaman aku makan di Boat Noodle outlet Sogo dan Boat Noodle outlet Ampang Point. So, mungkin ada pelanggan yang lidah mereka rasa sedap, tapi kepuasan aku pada Boat Noodle disini agak kurang. Korang boleh je try kalau nak, sebab ini kan pengalaman aku, mungkin berbeza daripada pengalaman orang lain.

Last but not least, terima kasih tuan suami yang belanja puan isteri makan dan hilangkan kempunan puan isteri. Semoga Allah permudahkan rezeki tuan suami. I love you so much. Opssss overrr~

July 13, 2017

IKAN FLOWER HORN GORENG PUN BOLEH!

5:29 PM 8
IKAN FLOWER HORN GORENG PUN BOLEH!
IKAN FLOWER HORN GORENG PUN BOLEH! - Tergelak kejap aku bila tuan suami ajak aku baca cerita ni. Yang kelakar lagi sebab berlaku dalam Malaysia uolsss. Rasanya followers group Masak Apa Hari Ni (MAHN) dah tau la pasal kisah ikan goreng ni. Dalam masa yang sama kesian pulak pada adik ni yang jadi bahan gelak rakyat Malaysia. Takpe dik... kenangan tu. Moga tak ada effect apa-apa lah.


Alkisahnya, budak ni post dekat group MASAK APA HARI NI . Ramai followers terkejut dengan post budak lelaki ni. Tapi dia cool je balas komen walaupun of coz laa ada sedikit keresahan dalam hati tu. Dia ingat semua ikan boleh makan. Kelaparan sangat gamaknya..
“Awat tak boleh makan ka? Cheq telan dah, kenyang dah,” kata budak nama M.A ini.
“Call tanya mak tadi. Mak kata tak boleh makan. Dah masuk dalam perut, nak buat macam mana? Ingatkan semua ikan boleh dimakan. Cheq pun makanlah,” katanya lagi. 
Awalnya dia cakap, dia selalu tengok orang post dalam group makanan sedap-sedap. Kebetulan haritu dia kelaparan, makanan pulak takde stok kat rumah bujangnya, dia boleh pulak dapat idea goreng ikan flower horn peliharaan member dia sendiri. Nasib baik member dia tak marah, siap boleh bahan lagi kat budak ni. Sian hang dikkk...

Apapun, post dalam group tu sudah dipadam sendiri oleh empunya post. Malu kot. Tak pasal-pasal kena bahan teruk. Boleh stress gak kalau orang tak berhenti bahan ni.

Bagi aku pula, walaupun kelakar, perkara ini mungkin akan menjadi kenangan buat adik M.A bila dia dah kahwin nanti. Boleh cerita kat anak-anak. Haaaa gigih pulak aku bayangkan masa depan dia.

Semoga berjaya dunia akhirat adik M.A :)

July 12, 2017

LEMANG PERIUK KERA BUKIT BELACAN AMPANG

12:25 PM 15
LEMANG PERIUK KERA BUKIT BELACAN AMPANG
LEMANG PERIUK KERA BUKIT BELACAN AMPANG  - Pertama kali aku mencuba lemang periuk kera ni, adalah dirumah kawan Mama dulu. Masa tu aku masih muda remaja, adalah dalam umur 19-20 tahun. Sekarang dah berumur 27 tahun.

Selepas kahwin, punyalah teringin nak makan lemang periuk kera ni. Mengidam tu dah mengidam tu dah mengalahkan orang mengandung. Tapi sebab tak jumpa, aku kuburkan je niat teringin aku tu.

Tahun ni, aku mengidam lagi gara-gara ramai pulak yang post dalam Facebook dapat merasa makan lemang periuk kera. Aku yang tension, macam biasalah kan... 'search' dalam Facebook. Alhamdulillah, area Ampang ada. Dekat je dengan area rumah ni. Terus harini jugak ajak tuan suami pergi beli.


Korang jangan tanya harga dia seketul berapa, sebab lemang periuk kera di Bukit Belacan ini dikira mengikut kilo. Aku beli setengah kilo dengan harga RM18. Sebab teringin punya pasal, aku sanggup. Lulzzz.... Tapi kalau beli sekilo. harganya RM35.

Rasa lemang periuk kera ni agak berlemak dan lembut, sebab dibuat secara kukus, bukan bakar ye. Kalau korang yang ada area Ampang tu, nak cuba bolehlah beli dekat gerai depan Sate Station area Bukit Belacan tu. Depa meniaga sampai habis raya, sempat lagi lah kalau nak rasa.

No.tel : 013-261 3005

July 11, 2017

SINOPSIS YSABEL : SA PILING NI NANAY (TELENOVELA TV3)

2:46 PM 3
SINOPSIS YSABEL : SA PILING NI NANAY (TELENOVELA TV3)
SINOPSIS YSABEL : SA PILING NI NANAY (TELENOVELA TV3) - Actually aku tak sempat lagi nak menonton drama pengganti Glamorosa ni. Kalau dekat rumah in-law memang aku tak tengok TV tapi sempat laa record dengan rumah Rawang sana. Nak buat macam mana kan, dah menetap kat rumah in-law katanya. Hehe..

Drama pengganti Glamorosa adalah Ysabel. Puas mula-mula aku cari sinopsis cerita ni, rupanya nama drama ni dalam bahasa Filipina agak panjang - Sa Piling Ni Nanay. atau maksudnya 'Dengan Ibu'. Mana datang 'Ysabel' pun tak tahu.


JUDUL : SA PILING NI NANAY - YSABEL
GENRE : Romantik, Jenayah, Aksi, Dendam
SLOT : Telenovela TV3
MASA/HARI : Isnin hingga Khamis, jam 3 petang
PENGARAH : Gil Tejada Jr, Omar Deroca
PELAKON : Yasmien Kurdi-Soldevilla, Mark Herras, Katrina Halili, Jillian Ward & Gabby Eigenmann

SINOPSIS
Menceritakan mengenai seorang wanita, Ysabel, seorang ibu tunggal yang diminta untuk menjadi ibu tumpangan.

Ysabel mempunyai seorang anak perempuan bernama Maymay, yang mengidapi kanser. Kerana memerlukan wang untuk pemindahan tulang sum-sum Maymay, Ysabel sanggup menjadi ibu tumpang kepada Scarlet, majikannya yang tidak boleh mengandung. Ketika Ysabel hampir melahirkan bayi tersebut, Maymay telah meninggal dunia akibat kemalangan.

Ysabel menjadi kemurungan akibat perkara itu. Tidak lama kemudian, bayinya dilahirkan dan diberi nama Katherine. Disebabkan rindu kepada Maymay, Ysabel ingin menjaga bayi yang dikandungnya tetapi dihalang Scarlet sekeluarga.

Scarlet sebenarnya bukanlah ingin menjadi ibu, tetapi dia hanya menuruti kehendak ibu mertuanya yang inginkan cucu. Kerana marah dengan sikap acuh tak acuh Scarlet terhadap anaknya, Ysabel membuat keputusan melarikan bayi tersebut.

Bayi itu diberi nama sebagai Maya, sempena nama anaknya yang telah mati, Maymay.

Jonas pula, dalam diam-diam mempunyai perasaan terhadap Ysabel tetapi cintanya berubah kerana Ysabel mengambil anak Scarlet.

Dalam drama ini, kita akan lihat adegan perebutan antara Ysabel dan Scarlet untuk mendapatkan Maya. Saksikan dalam Telenovela TV3 !

BLOGGER KENA SAMAN 3 JUTA OLEH PENGASAS PRODUK KECANTIKAN TERKENAL

1:27 PM 10
BLOGGER KENA SAMAN 3 JUTA OLEH PENGASAS PRODUK KECANTIKAN TERKENAL
BLOGGER KENA SAMAN 3 JUTA OLEH PENGASAS PRODUK KECANTIKAN TERKENAL - Sebagai seorang blogger, ibarat cubit peha kanan, yang kiri terasa juga. Disebabkan aku salah seorang blogger yang juga pernah menulis mengenai produk tersebut, maka aku pun terasa bahangnya.


Seorang blogger yang mungkin tidak asing dikalangan blogger, Suria LekatLekit telah disaman oleh pengasas produk kecantikan, sebanyak 3 JUTA! Dari yang aku tahu, pihak tersebut menuntut permohonan maaf secara terbuka daripada Kak Suria tapi ditolak. Kak Suria lebih sanggup dibicarakan. Ini kerana, Kak Suria umpama wakil suara bagi pengguna-pengguna produk tersebut yang teraniaya. Murni kan niatnya?

Berikut adalah pengakuan daripada Kak Suria :


Jika kita permudahkan urusan seseorang, insyaAllah Allah permudahkan urusan kita. Tujuan entri ini adalah tanda support Suria LekatLekit atas perjuangan beliau untuk tegakkan kebenaran. Kak Suria sedang mengumpul dana untuk bayaran kepada peguam. Kalau korang nak bantu Kak Suria dari segi kewangan, sila contact Kak Suria ye?


Untuk sokongan, korang boleh share status dalam Facebook Suria LekatLekit. Semoga Allah SWT permudahkan segala urusan Kak Suria. Sesungguhnya Allah berada bersama orang-orang yang benar.

InsyaAllah.

July 07, 2017

JENIS-JENIS KAYU MANIS

1:38 PM 2
JENIS-JENIS KAYU MANIS
JENIS-JENIS KAYU MANIS - Bila cakap pasal kayu manis, apa yang korang tahu? Tahukah korang yang kayu manis juga mempunyai pelbagai jenis? Ada yang elok dan ada yang tidak. So kalau ada yang nak amalkan petua menggunakan kayu manis, disarankan agar berhati-hati!



Kayu manis atau nama saintifiknya Cinnamomum, atau lebih dikenali sebagai Cinnamon (English) , adalah salah satu rempah yang selalu digunakan dalam masakan. Ianya sejenis rempah yang mempunyai aroma dan rasa manis serta pedas. Secara traditional, kayu manis juga digunakan sebagai suplemen untuk merawat penyakit, dan juga sebagai petua kecantikan.

Tetapi, tak semua kayu manis boleh digunakan untuk suplemen ini. Jaga-jaga tau, salah pilih kayu manis, boleh menyebabkan kerosakan hati!

Untuk pengetahuan korang, ada 3 jenis kayu manis iaitu Ceylon, Cassia dan Flores. Meh aku share daripada sumber-sumber yang aku dapat. Semoga bermanfaat buat semua ya :)


KAYU MANIS CEYLON
Dikenali dengan khasiat yang tinggi, kayu manis jenis Ceylon ini berasal daripada Sri Lanka dan Indonesia. Ianya mempunyai aroma lembut dan manis. Mempunyai gulungan halus, sejenis yang rapuh, nipis dan mudah dihancurkan. Berbanding kayu manis Cassia, tahap coumarin pada kayu manis Ceylon adalah lebih rendah.

Untuk mengenali kayu manis Ceylon, warnanya adalah coklat cair. Ianya mempunyai rasa manis dan tiada rasa rempah atau pedas. Kayu manis jenis Ceylon ini juga hanya mempunyai bau yang minimal jika digunakan dalam masakan.

Kayu manis Ceylon juga banyak digunakan dalam perubatan.


KAYU MANIS CASSIA
Kayu manis jenis Cassia banyak ditanam di wilayah selatan China seperti Guangxi, Guangdong dan Yunnan. Spesis kayu manis Cassia inilah sering kita gunakan didapur. Kayu manis jenis Cassia ini mempunyai tahap coumarin yang tinggi (5%) dan jika digunakan berlebihan, boleh merosakkan hati. 

Tekstur kayu manis Cassia agak kasar, tebal dan keras. Mempunyai warna coklat tua kemerah-merahan. Ianya mempunyai aroma seakan setanggi dan rasa yang pedas dan pahit. 


KAYU MANIS FLORES
Kayu manis Flores mempunyai tekstur yang solid tapi mudah dipatahkan. Kulit kayu manis jenis ini tidak licin dan bergulung kasar. Rasanya agak manis dan pedas berempah. Baunya pula akan jadi wangi semerbak jika disimpan didalam bekas tertutup.

Digunakan dalam perubatan dan dijadikan penambah perisa pada gula-gula.

Sumber dari : ArgonValley & Sinar Harian

Apa yang aku baca, dalam banyak-banyak kayu manis ni, jenis Ceylon paling banyak khasiat. Ceylon ni memang mahal sikit harganya berbanding Cassia yang jauh lebih murah. Kayu manis Flores ni tak banyak sangat cerita dia, sebab orang selalu keliru dengan Ceylon dan Cassia je.

So, akhir kata, hati-hati dalam memilih kayu manis ya.

5 KEBAIKAN TIMUN YANG KITA PERLU TAHU

7:20 AM 3
5 KEBAIKAN TIMUN YANG KITA PERLU TAHU
5 KEBAIKAN TIMUN YANG KITA PERLU TAHU - Timun atau nama saintifiknya Cucumis Sativus, tergolong dalam keluarga yang sama seperti zuchinni, tembikai dan labu. Ianya adalah sejenis buah yang sangat bermanfaat untuk kesihatan. 

Timun sangat baik diambil ketika musim panas kerana mempunyai kandungan air yang sangat diperlukan untuk tubuh badan. Isi timun kaya dengan Vitamin A, Vitamin C dan Asid Folik manakala kulit luarnya mempunyai serat dan pelbagai mineral termasuk magnesium, molibdenum dan kalium.

Timun mempunyai tahap alkali yang tinggi, sekaligus mengawal PH darah dan meneutralkan asid dalam badan. Pesakit gastrik disarankan mengambil timun dengan kerap. 

Banyak lagi kebaikan timun yang baik untuk penyakit serta tubuh badan kita tau.

Source : Google Image

MENCERAHKAN DAN MEMBUAT WAJAH BERCAHAYA
Timun kaya dengan silika, iaitu satu komponen penting yang amat membantu dalam membangunkan tisu yang ada didalam otot, ligamen, tendon, rawan dan tulang. Ekstrak timun sentiasa digunakan untuk merawat pelbagai jenis masalah kulit.

MENCEGAH SEMBELIT DAN MEMASTIKAN BUAH PINGGANG SIHAT
Timun adalah gabungan sempurna antara kedua-dua serat dan air. Ianya mampu membantu melindungi badan kita dari penyakit sembelit dan batu karang. Dengan meminum jus timun, kita boleh mengambil serat dan air dalam satu masa. Rakyat Amerika amat suka makan timun sebagai salad harian kerana ianya adalah cara terbaik untuk meningkatkan pengambilan serat.

KAWALAN TEKANAN DARAH
Oleh sebab timun ini tinggi dengan magnesium, kalium dan serat, ianya baik untuk mencegah darah tinggi. Kajian telah dilakukan di DASH (Dietry Approaches to Stop Hypertension).

KAWALAN KENCING MANIS
Timun sangat berguna kepada pesakit kencing manis sejak bertahun-tahun. Ianya memiliki hormon yang diperlukan oleh sel-sel beta semasa pengeluaran insulin. Karbohidrat didalam timun mudah dicerna oleh pesakit kencing manis. Oleh itu, dengan memakan timun, ianya boleh menjaga tahap glukosa dalam pemakanan.

BADAN KEKAL SIHAT
Timun mempunyai satu sifat pembersihan secara baik. Ianya secara aktif menyingkirkan bahan buangan yang terkumpul serta toksik dalam tubuh badan. Timun juga berkesan dalan satu rawatan untuk pesakit artritis kerana ianya membuang asid urik. Minum jus timun secara kerap juga boleh membantu menyembuhkan gout dan ekzema. Jika ada masalah perut atau paru-paru, perbanyakkan makan timun.

Best kan kebaikan timun ni? Pastikan korang makan timun yang segar tau. Nak cuba resepi timun yang sedap? Jom cuba RESEPI TIMUN PEDAS ALA KOREA !

July 05, 2017

DAPUR HAMPIR TERBAKAR!

9:53 PM 2
DAPUR HAMPIR TERBAKAR!
DAPUR HAMPIR TERBAKAR! - Kejadian yang berlaku tadi buat aku separa trauma. Terbayang arwah opah lagi! Arwah opah pernah terjebak dalam kebakaran gas sebelum arwah meninggal dunia selepas 55 hari kejadian.

Kejadian yang sama, hampir berulang, tapi dekat rumah mertua. Menggigil badan aku tadi. Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Penyelamat. Nasib baik tak jadi apa-apa, alhamdulillah.

Ihsan : Google Image

Alkisahnya tadi tengahari, Mama Nora masak. Hari Rabu memang dia off-day. So, memang dia la yang akan masak. Aku pun dah lama tak makan masakan dia. Punyalah excited harini. 

Nak jadi cerita, masa aku ambil nasi dan lauk untuk tuan suami, aku bau macam asap. Aku ingatkan Mama Nora still goreng ayam, aku diam je la. Kebetulan periuk goreng ayam tu bertutup so aku tak tahu periuk tu ada isi ke tidak. Keluar dari dapur, aku perasan asap dah tebal dekat hall. Aku toleh ke dapur, tengok periuk goreng ayam dah berasap teruk. Panik sangat!

Lepas tu Mama Nora masuk dapur, dia baru teringat dia lupa tutup api lepas goreng ayam. Dia tutup api dan biarkan periuk tu tertutup. Abah Mertua pulak boleh bukak penutup periuk tu, maka marak api naik ke atas. Periuk pun dah mula berapi. Masa tulah terbayang siksa arwah opah seorang diri.

Mujur api sempat terpadam dan gas tak meletup. Bayangkan kalau gas meletup? Mungkin aku dah arwah :(

Moral of the story, berhati-hatilah selalu. Malang itu selalu tidak berbau.

HIDUP YANG AKAN DITERUSKAN

9:45 AM 5
HIDUP YANG AKAN DITERUSKAN
HIDUP YANG AKAN DITERUSKAN - Assalamualaikum wbt. Rasanya dah lama sangat tak menaip. nak kata mood raya pun takdelah sangat. Aku rasa raya tahun ni laaa mood aku paling rasa kosong sangat. Bukan sebab aku tak puasa, tapi entahlah..... tak rasa langsung feeling raya tu. Maybe sebab aku masih tahan sakit?

Tak puasa, tuan suami bayar fidyah. Kalau puasa aku gastrik, doktor tak bagi.

3 bulan aku menetap dekat Rawang, rumah Mama dan Abah. Alasannya sebab kaki aku sakit, aku tak larat nak panjat tangga. Dekat Rawang, bilik aku dibawah. Selama 3 bulan tu aku rasa berjasa la jugak tolong Mama serba sikit kerja dalam rumah tu.

Lepas 3 bulan, Mama dah tanya aku bila nak balik. Haha! Terasa macam kena halau pulak. Sedih pun ye. Yela, kat Rawang ni family aku, of coz laa kerapatan ukhwah tu lebih disini. Tapi Mama cakap, isteri tempatnya disisi suami. ok aku akur.


Semalam balik. Pandang Notebook yang dah lama tak terusik. Rasa kaku kejap. Tak tau dari mana nak mula. Lepas tu senyum. Hmm.. inilah kehidupan aku. Notebook dan keyboard. Di meja rumah Ampang inilah tempat aku bekerja.

Lupakan Rawang seketika. Kembali menyemai idea yang dah lama gersang. Doakan aku berjaya. Sobssss (mood macam nak pergi berjuang dah ni). Kbai.