Header Ads


June 07, 2017

RESEPI KUAH ASAM LAKSA IKAN SARDIN TIN

RESEPI KUAH ASAM LAKSA IKAN SARDIN TIN - Selalunya kalau buat laksa, ramai suka guna ikan sardin basah. Tapi aku suka yang simple je. Malas betul nak kopek-kopek isi ikan tu. So kita guna je ikan sardin tin. Pun boleh. 

Haritu teringin makan asam laksa ikan sardin ni sebab nampak video Eina Azman masak. Terliur hakakkk uolssss. So kalau dah teringin, kenalah buat. Takkan nak tunggu laksa ada depan mata, ye tak? Haha!

Cuma macam biasa, Mama tak suka sangat asam laksa guna sardin dalam tin. Dia prefer rebus dan kopek sendiri dan biasanya mama buat asam laksa penang, aku pulak suka yang versi nyonya.  Apa bezanya? Mungkin dari segi rasa dan bahan dia jugak. Jom aku share :)


RESEPI KUAH ASAM LAKSA IKAN SARDIN TIN
Bahan-bahan :
1 tin besar ikan sardin - kisar halus bersama sosnya
1/2 buah nenas @ 1 tin nenas saiz besar - kisar halus bersama airnya
2 biji bawang besar
Segenggam cili api
1/2 sudu besar belacan
2 sudu besar petis udang
1 sudu besar asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
1 batang bunga kantan
1 batang serai
daun kesum

Cara-cara :
Kisar bawang besar, cili api dan belacan. Panaskan sedikit minyak dalam periuk dan masukkan serai, bungan kantan dan daun kesum. Kemudian masukkan bahan yang dikisar tadi. Bila dah naik bau, masukkan sardin kisar dan biarkan sekejap. Masukkan pula nenas kisar. Biarkan mendidih.

Masa ni kuah jadi pekat, bolehlah korang alter dengan air. Nak cair ke nak pekat ke.

Tengah mendidih tu, masukkan petis udang, pes asam jawa, gula dan garam. Ikut la tekak korang. Kuah ni ada elemes masam, manis dan masin sikit. 

SIAP! Selamat mencuba :)

1 comment:

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.