KENALI APA ITU SINDROM OTHELLO : SIFAT CEMBURU BUTA YANG MEMBAWA KEPADA PEMBUNUHAN - DARI JARI NOVELLA

June 15, 2017

KENALI APA ITU SINDROM OTHELLO : SIFAT CEMBURU BUTA YANG MEMBAWA KEPADA PEMBUNUHAN

KENALI APA ITU SINDROM OTHELLO : SIFAT CEMBURU BUTA YANG MEMBAWA KEPADA PEMBUNUHAN - Siapa yang biasa tengok drama Andainya Takdir, mesti geram tengok perangai si Airil tu kan? Ada masa dia baran, ada masa dia sweet-sweet je gitu. Mesti ramai yang tertanya, apa penyakit Airil ni sebenarnya?

Penyakit ini dinamakan sebagai Sindrom Othello.


APA ITU SINDROM OTHELLO
Ianya satu penyakit yang melibatkan cemburu buta seorang individu terhadap pasangannya. Individu ini akan berasa seolah pasangan dia tidak setia dan curang. Othello boleh dikategorikan sebagai penyakit mental. 'Pesakit' ini akan merasakan bahawa pasangannya itu tidak setia padahal tak ada bukti kukuh yang membuktikan pasangannya tidak setia. Kajian mengatakan pengidap sindrom ini adalah 62% dari kalangan lelaki dan selebihnya perempuan.

CIRI-CIRI SINDROM OTHELLO
● Menuduh pasangan melakukan kecurangan
● Melarang pasangan bercampur dengan sesiapa
● Selalu memeriksa pasangan
● Berusaha mencari bukti jika pasangannya curang
● Memantau kegiatan pasangan
● Sentiasa ingin berkomunikasi 24 jam selagi tak tidur
● Memukul pasangan sebagai 'hukuman'
● Memberi ancaman untuk membunuh

Dari apa yang aku baca, Sindrom Othello ini dinamakan sempena satu karakter dalam drama tragedi karya William Shakespear. Watak Othello dalam drama tersebut, sanggup membunuh isterinya Desdemona, kerana Othello percaya bahawa isterinya curang.

Kalau rasa-rasa pasangan korang ada ciri-ciri diatas, segeralah ajak dia jumpa doktor atau ustaz. Setiap penyakit tu ada penawarnya kan? Oh ya, semalam tengok Airil dah macam lembut hati sikit lepas jumpa ustaz tu.

Ramai yang trauma tengok drama ni especially bagi mereka yang pernah mengalami apa yang dialami Fatihah. Moga korang yang pernah jadi mangsa "Othello" ini, bertabahlah. Sesungguhnya korang sangat kuat :(

Sumber : PLOS BLOGS & KASKUS

11 comments:

  1. best ke cite ni? tak pernah tengok lagi :D

    http://www.syahirahvaliant.com/2017/06/petua-hilangkan-jeragat-secara.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best jugak, kesian dan sedih pun ada. Kisah penganiayaan wanita....

      Delete
  2. Hanya allah je yang tahu betapa perit nak melayan org perangai macam ni. Sampai 1 tahap. Tak boleh tahan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hanya mereka yang merasai je tahu peritnya...

      Delete
  3. Ujian buat isteri kalai dapat suami seperti ini...apapun banyakkan berdoa moga Allah lembutkan hati suami...Allah mendengar doa hambanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, semoga keluarga kita terhindar dari spesis ni. Kalau tak, hanya doa senjatanya..

      Delete
  4. hmmm . takut nak kawin kalau dapat macam ni

    ReplyDelete
  5. memang takut pun dapat suami macam ni... org yg merasa tu pun boleh jdi gler juga... spe yg merasainya itu harap tabah... dan kepada para wanita diluar sana... pilihlah lelaki tu bebaik... jgn terlalu cepat terima org... sesungguhnye anda akan rasa penderitaannye walaupun awk syg laki tu...

    ReplyDelete
  6. ada jugak pompuan yang macam ni....jenoooohhhh

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.