6/1/17 - DARI JARI NOVELLA

June 23, 2017

EPISOD AKHIR ANDAINYA TAKDIR (TV3)

6:45 AM 2
EPISOD AKHIR ANDAINYA TAKDIR (TV3)
EPISOD AKHIR ANDAINYA TAKDIR (TV3) - Rasanya malam tadi trending paling atas mesti drama Andainya Takdir kan? Drama ni mendapat liputan gara-gara sikap seorang lelaki bernama Airil yang mempunyai gangguan mental yang dinamakan Othello Syndrom .


Andainya Takdir adalah sebuah drama garapan Along Kamaludin dan skrip oleh Wan Mahani dimana kisah dalam drama ini merupakan kisah yang benar yang telah diceritakan kepada Wan Mahani. Yang aku tahu, selepas drama ini ditayangkan, ramai yang membuka pekung bahawa mereka juga pernah ada ditempat Fatihah.



Ramai tak yang berpuas hati dengan ending semalam? Aku agak berpuas hati sebab akhirnya Fatihah menjadi bijak dengan meminta cerai. Aku nangis tau semalam sebab terlalu menjiwai watak si Fatihah ni. Apa yang berlaku dalam episod akhir memang boleh dikatakan membuat penonton lega. Hehe..

Antara point yang best semalam bila..

  1. Zali (sepupu Tihah) tumbuk Airil kaw-kaw punya.
  2. Mak bapak Tihah dah tahu cerita lepas tu tak bagi Airil jumpa Fatihah.
  3. Muhsin tumbuk Airil sebab frustrated tak dapat Tihah.
  4. Lin kena cekik dengan Airil lepas dia bagitahu dia yang letak bungkusan kuning bawah bantal.
  5. Mak Airil kena lempang dengan bapak Airil.
  6. Mak Airil dengan Lin menyesal dengan perbuatan diorang.
  7. Airil kena tangkap polis.
  8. Akhirnya bercerai tapi masih berbaik.
Korang puas hati tak dengan ending semalam? Aku tak pernah miss satu episod pun sampai boleh menjiwai terus perasaan Fatihah. Oklah korang, hati-hati dalam perjalanan ke kampung. 

Selamat menyambut HARI RAYA AIDILFITRI. MAAF ZAHIR DAN BATIN.

June 22, 2017

KENA TINDIH? KENALI APA ITU SLEEPING PARALYSIS

9:26 PM 1
KENA TINDIH? KENALI APA ITU SLEEPING PARALYSIS
KENA TINDIH? KENALI APA ITU SLEEPING PARALYSIS - Typical mentality biasanya menganggap kena tindih masa tidur itu sebagai sesuatu yang hadir dari alam ghaib. Well, benda ni tak mustahil, cuma kalau dari segi fizik dan sains, ianya dipanggil SLEEP PARALYSIS.

Source : Google Image

Sleep Paralysis ni akan mengakibatkan kita jadi tak tentu arah, tak dapat gerakkan badan dalam keadaan sedar dan paling menakutkan bila kita tak mampu nak mengucap, bercakap dan sebagainya. Aku kalau kena simptom ni dah fikir mati dah... huhu

Apakah ''SLEEP PARALYSIS'' sebenarnya?
Pakar mendefinisikan ianya adalah ketidakmampuan tubuh untuk mengendalikan kerjasama otot selama kita tidur dalam keadaan separa-sedar atau dalam keadaan berhalusinasi (hypnagogic). Sebenarnya perkara ni akan terjadi pada mereka yang terlalu banyak tekanan ataupun stress ataupun berada dalam keadaan trauma... 

Cara mengatasi ''Sleep Paralysis" :-
  • Tidur dengan cukup.
  • Tidur dengan posisi mengiring.
  • Berolahraga/bersukan.
  • Mempunyai pola makan yang baik.
  • Rileks.
Tips jika terjadi "Sleep Paralysis" :-
  • Cuba gerakkan anggota yang senang korang gerakkan macam ibu jari kaki.
  • Fokus dengan mata.
  • Cuba bernafas panjang.
  • Tenang dan jangan panik.

Selain tu korang boleh guna cara Islamik la dengan berzikir dalam hati andai sukar untuk membuka mulut. Aku sejak kahwin ni alhamdulillah 3 tahun dah tak terjadi penyakit ni.. hilang sendiri je camtu... waktu single dulu kemain kena serang dengan sleep paralysis ni hampir setiap hari..

Moga bermanfaat :)

SIAPAKAH OSKAR FISCHINGER?

8:21 PM 1
SIAPAKAH OSKAR FISCHINGER?
SIAPAKAH OSKAR FISCHINGER? - Kalau korang bukak Google Search harini, korang akan nampak satu banner abstrak yang cantik. Bila klik, korang akan dengar muzik. Best tak? Siapakah disebalik abstrak tersebut?


Oskar Wilhelm Fischinger dilahirkan pada 22 Jun 1900 di Jerman. Beliau dikenali sebagai penghasil animasi abstrak, filem dan juga pelukis.

Namanya terkenal di kalangan ahli seni kerana pembuatan animasi muzikal abstrak beberapa dekad sebelum munculnya komputer grafik dan video muzik.


Beliau adalah orang kuat dalam pembikinan filem Woman In The Moon pada tahun 1929. Ini merupakan salah satu filem sains fiksyen pertama yang melibatkan penggunaan roket. Beliau telah membuat lebih dari 50 filem pendek dan melukis lebih kurang 800 lukisan.

Salah satu animasi abstrak karya beliau yang paling terkenal adalah Motion Painting No.1 pada tahun 1947. Beliau menghembuskan nafas yang terakhir ketika berusia 66 tahun pada 31 Januari 1967.

Sekian.

June 21, 2017

SINOPSIS DRAMA KETUPAT TERAKHIR (TV3)

4:18 PM 0
SINOPSIS DRAMA KETUPAT TERAKHIR (TV3)
SINOPSIS DRAMA KETUPAT TERAKHIR (TV3) - Assalamualaikum wbt. Hai korang! Nak raya ni ada yang start balik kampung ke? Aku balik sehari je kot sebab ada dialisis. Maklumlah aku tak boleh pergi tempat jauh lama-lama.

Hmm...bila hari raya ni, aku memang suka tengok TV je. Entah, takde feel nak kehulu kehilir sangat sebab mood terpesong gara-gara sakit. Bila tengok iklan, aku macam stress pulak hari raya TV asyik nak tayang cerita KL Gengster la, Tron la.. haih.... takde dah ke drama raya yang menarik sempena raya ni?

Sekali tadi nampak iklan, cerita Nabila Huda berlakon. Aku peminat lakonan Nabila Huda sebab dia berlakon kan sangat real! Sebenarnya drama ni dah ditayangkan tahun lepas, cuma aku baru perasan tahun ni. Sobssss.. Untuk tahun ni rasanya tayangannya untuk raya kedua.


JUDUL : KETUPAT TERAKHIR
SIARAN : TV3
PENGARAH : Rashid Sibir
TERBITAN : Rashbir Media Sdn Bhd
PELAKON : Azhan Rani, Nabila Huda, Fauziah Nawi, Norlia Ghani, Haeryanto Hasan, Sheera Iskandar, Wan Sharmila

SINOPSIS
Mak Nen sentiasa mengenang saat-saat dia bahagia bersama satu-satu anak tunggalnya, Rahim. Selepas berkahwin, sikap Rahim berubah. Mak Nen bernekad tahun ini dia mahu beraya dengan Rahim. Dan pada malam raya, Rahim dan isterinya Dira akan berangkat ke Paris.

Dengan pertolongan Wahid, seorang pemuda yang selalu membantunya, Mak Nen pergi ke Kuala Lumpur. Mak Nen menumpang kereta Wahid ke sana.

Setibanya di rumah Rahim, orang gaji mereka memberitahu yang mereka sudah pergi keluar negara. Betapa hancurnya hati Mak Nen. Wahid mengajak Mak Nen pulang semula ke kampung.


Rahim pula, telah sedar bahawa dia telah banyak membuat dosa terhadap Mak Nen. Dia ingin bertemu ibunya itu demi menebus  dosa. Adakah Rahim berjaya bertemu dengan Mak Nen?

June 20, 2017

RESEPI SOS PENCICAH POPIA VIETNAM, NUOC CHAM

5:10 PM 3
RESEPI SOS PENCICAH POPIA VIETNAM, NUOC CHAM
RESEPI SOS PENCICAH POPIA VIETNAM, NUOC CHAM - Assalamualaikum wbt korang. Harini nak share resepi simple je. Siapa yang dah cuba Popia Vietnam yang best ni? Popia ni segar sangat tau sebab guna sayuran segar. Nak kelainan bolehlah goreng, tapi kalau goreng tak segar jadinya.

Bila makan popia ni, mesti ada sos dia kan? Ada yang makan guna sos mentega kacang, ada yang makan guna sos tauhu sumbat. Tapi aku suka makan denga sos Nuoc Cham. Apa sos Nuoc Cham tu? Meh aku share.


RESEPI SOS PENCICAH POPIA VIETNAM, NUOC CHAM
Bahan-bahan :
1 sudu besar gula
1 biji limau nipis - ambil jus
7 sudu besar air panas
3 sudu kecil sos ikan
2 biji cili padi thailand - hiris halus
1 ulas bawang putih - cincang halus

Cara-cara :
Larutkan gula dengan air panas. Masukkan jus limau kemudian sos ikan. Apabila semuanya sebati, masukkan cili dan bawang putih. Semua rasa ada dalam sos ni. Masin dari sos ikan, masam dari limau dan manis dari gula.

Simple je kan? Selamat mencuba :)

June 19, 2017

#HANYASAFISHAYLAUNTUKSAYA : SYAMPU PILIHAN WANITA BERTUDUNG

7:25 AM 3
#HANYASAFISHAYLAUNTUKSAYA : SYAMPU PILIHAN WANITA BERTUDUNG
#HANYASAFISHAYLAUNTUKSAYA : SYAMPU PILIHAN WANITA BERTUDUNG - Rambut adalah mahkota setiap wanita. Metafora ini seringkali diperkatakanan kerana setiap helaian rambut yang menawan mampu memberikan keyakinan pada diri. Rambut yang menawan harusnya lahir dari penjagaan yang rapi tidak kira dalam apa jua keadaan. Bagi mereka yang bertudung, penjagaan rambut sememangnya perlu dititikberatkan agar keadaan rambut sentiasa sihat, dan bermaya. 


Kerana memahami keperluan wanita bertudung moden, SAFI telah melancarkan SAFI Shayla rangkaian jenama syampu khas wanita bertudung pada Oktober 2003. Ada 8 varian yang diformulasikan dengan Habbatus Sauda yang mempunyai 1001 kebaikan, SAFI Shayla dapat menyelesaikan apa jua masalah rambut yang dialami oleh wanita bertudung.
❝ SAFI bukan sekadar sebuah jenama untuk pengguna. Ia punya jiwa dan hubungan akrab serta kepercayaan seperti keluarga dan teman bersama para pengguna. SAFI SHAYLA adalah kesinambungan kembara cantik jenama ini dalam inovasi produk menzahirkan manfaat terkitab khasiat Habbatus Sauda yang menjadi santapan Junjungan Mulia Rasullullah S.A.W  meriwayatkan 1001 manfaatnya untuk umat manusia kecuali apabila Izrail datang memanggil.  kami berbangga dan bersyukur kerana diberi ruang untuk memperkenalkan bukan sekadar syampu tetapi rangkaian lengkap produk penjagaaan rambut khusus untuk wanita bertudung,❞ jelas Pengurus Kumpulan Produk SAFI, Mahsuri Sulaiman.
 


Walaupun terdapat banyak jenama syampu antarabangsa yang masuk ke dalam pasaran syampu untuk wanita bertudung pada masa ini, SAFI Shayla masih mampu untuk berdiri dan ianya terbukti apabila SAFI Shayla telah memenangi beberapa anugerah seperti Marketing Excellence Awards 2015 dan Effie Awards 2016 di mana SAFI Shayla telah merangkul 3 emas dan 1 perak bagi ke dua-dua anugerah tersebut.

Ini membuktikan bahawa pengguna-pengguna SAFI Shayla mempercayai bahawa rangkaian syampu ini mampu memberi solusi kepada masalah rambut seperti rambut gugur dan gatal kulit kepala yang dihadapi oleh wanita bertudung. Pengguna-pengguna setia SAFI Shayla juga mengatakan bahawa #HanyaSAFIShaylaUntukSaya 



Pengguna juga boleh mendapatkan SAFI Shayla di dalam bentuk fleksi. Melihat kepada keadaan ekonomi yang mencabar, penggguna mula mencari produk yang lebih murah dan menjimatkan, pada masa yang sama memberikan nilai dan kualiti yang tinggi. Kebanyakan pengguna mengurangkan kadar perbelanjaan tetapi masih berusaha untuk mendapatkan barangan berkualiti untuk melengkapi keperluan isi rumah.
❝ Dengan SAFI Shayla Pek Fleksi, pengguna boleh mengguna terus, atau digunakan sebagai pek isian semula, ataupun sebagai pek kembara. Kami mengekalkan kualiti syampu agar keberkesanannya boleh dinikmati pada harga yang lebih jimat,❞ jelas Puan Mahsuri Sulaiman lagi.
Ingin ketahui apakah pandangan pengguna terhadap syampu untuk wanita berhijab? Layari saluran YouTube SAFI di https://www.youtube.com/watch?v=PHoGu4vxMws dan untuk maklumat  lanjut mengenai jenama SAFI sila layari laman Facebook SAFI, www.facebook.com/SAFI.MY, laman Instagram SAFI @safimalaysia dan laman web SAFI www.safi.com.my .

Sekian.

June 17, 2017

MINUM KOPI DAN MENANGI HADIAH SAMSUNG GALAXY A7 ATAU VESPA S150

3:48 PM 6
MINUM KOPI DAN MENANGI HADIAH SAMSUNG GALAXY A7 ATAU VESPA S150
MINUM KOPI DAN MENANGI HADIAH SAMSUNG GALAXY A7 ATAU VESPA S150 - Antara kopi kesukaan aku adalah Oldtown White Coffee. Sebab bagi aku rasanya tak pahit dan tak memeningkan kepala aku. Haaa! Pada yang suka Oldtown White Coffee ni, tahukah korang bahawa dengan minum kopi Oldtown je, korang boleh menang hadiah osemmmm??


Nak tahu lebih lanjut?

June 16, 2017

NEUTROGENA'S FASHION DEBUT AT MERCEDES-BENZ STYLO ASIAFASHIONFESTIVAL 2017

4:18 PM 2
NEUTROGENA'S FASHION DEBUT AT MERCEDES-BENZ STYLO ASIAFASHIONFESTIVAL 2017
NEUTROGENA'S FASHION DEBUT AT MERCEDES-BENZ STYLO ASIAFASHIONFESTIVAL 2017 - Neutrogena® adalah jenama No.1 yang disarankan oleh Pakar-Pakar Dermatologi. Neutrogena® percaya bahawa kecantikan bermula dengan kulit yang sihat. Kulit yang sihat mempunyai kuasa untuk membuat orang gembira dan kerana itu juga Neutrogena® menganjurkan kempen Happy Skin 24/7!


Neutrogena® telah memperkenalkan koleksi fesyen dari pereka fesyen tempatan iaitu Kittie Yiyi dan Hazzer Wan Lee di Mercedes-Benz STYLO AsianFashionFestival baru-baru ini. Sebanyak 30 rekaan yang dipaparkan. Koleksi fesyen Happy Skin 24/7 melambangkan perasaan gembira dan keceriaan seseorang apabila memiliki kulit sihat dan cantik.


Hazzer Wan Lee & Kittie Yiyi 
❝  Sebagai jenama No.1 yang disarankan oleh pakar dermatologi, kami percaya bahawa kecantikan bermula dengan kulit yang sihat – sesuatu yang dapat memberikan keyakinan positif dalam kehidupan harian mereka. Bayangkan perasaan anda apabila melihat kulit yang sihat dan berseri apabila di depan cermin, tidakkah anda berasa lebih gembira dan yakin untuk memulakan hari anda? Sememangnya, kulit yang sihat mampu menggembirakan dan menceriakan seseorang dan inilah sebabnya kempen terbaru kami menampilkan Happy Skin 24/7 dengan Neutrogena®❞  kata Julia Teo selaku Pengarah Pemasaran Bersekutu bagi Kumpulan Syarikat Konsumer Johnson & Johnson, yang memasarkan Neutrogena®.
 ❝ Menerusi penampilan pertama kami dalam bidang fesyen di Mercedes-Benz STYLO AsiaFashionFestival 2017, kami berharap untuk memaparkan kegembiraan memiliki kulit yang sihat dan cantik, hasil menggunakan produk penjagaan kulit Neutrogena®, dan berkongsinya dengan para wanita Malaysia – dan cara yang terbaik untuk kami lakukan sedemikian adalah dengan menghasilkan sebuah koleksi fesyen, yang diinspirasikan konsep Happy Skin, ❞ tambahnya lagi.
Menerangkan sebab Neutrogena menggunakan fesyen sebagai cara untuk membawakan kempen terbaru Neutrogena®, Teo berkata :
Tidak dapat dinafikan bahawa wanita dan fesyen tidak dapat dipisahkan. Menerusi koleksi fesyen kami, kami ingin meyakinkan para wanita bahawa mereka boleh menggunakan Neutrogena® untuk kesihatan kulit mereka, ❞




Saksikan Neutrogena's Fashion Debut Mercedes-Benz STYLO AsiaFashionFestival 2017secara online di laman Facebook dan Instagram Neutrogena®!


June 15, 2017

KENALI APA ITU SINDROM OTHELLO : SIFAT CEMBURU BUTA YANG MEMBAWA KEPADA PEMBUNUHAN

5:54 PM 11
KENALI APA ITU SINDROM OTHELLO : SIFAT CEMBURU BUTA YANG MEMBAWA KEPADA PEMBUNUHAN
KENALI APA ITU SINDROM OTHELLO : SIFAT CEMBURU BUTA YANG MEMBAWA KEPADA PEMBUNUHAN - Siapa yang biasa tengok drama Andainya Takdir, mesti geram tengok perangai si Airil tu kan? Ada masa dia baran, ada masa dia sweet-sweet je gitu. Mesti ramai yang tertanya, apa penyakit Airil ni sebenarnya?

Penyakit ini dinamakan sebagai Sindrom Othello.


APA ITU SINDROM OTHELLO
Ianya satu penyakit yang melibatkan cemburu buta seorang individu terhadap pasangannya. Individu ini akan berasa seolah pasangan dia tidak setia dan curang. Othello boleh dikategorikan sebagai penyakit mental. 'Pesakit' ini akan merasakan bahawa pasangannya itu tidak setia padahal tak ada bukti kukuh yang membuktikan pasangannya tidak setia. Kajian mengatakan pengidap sindrom ini adalah 62% dari kalangan lelaki dan selebihnya perempuan.

CIRI-CIRI SINDROM OTHELLO
● Menuduh pasangan melakukan kecurangan
● Melarang pasangan bercampur dengan sesiapa
● Selalu memeriksa pasangan
● Berusaha mencari bukti jika pasangannya curang
● Memantau kegiatan pasangan
● Sentiasa ingin berkomunikasi 24 jam selagi tak tidur
● Memukul pasangan sebagai 'hukuman'
● Memberi ancaman untuk membunuh

Dari apa yang aku baca, Sindrom Othello ini dinamakan sempena satu karakter dalam drama tragedi karya William Shakespear. Watak Othello dalam drama tersebut, sanggup membunuh isterinya Desdemona, kerana Othello percaya bahawa isterinya curang.

Kalau rasa-rasa pasangan korang ada ciri-ciri diatas, segeralah ajak dia jumpa doktor atau ustaz. Setiap penyakit tu ada penawarnya kan? Oh ya, semalam tengok Airil dah macam lembut hati sikit lepas jumpa ustaz tu.

Ramai yang trauma tengok drama ni especially bagi mereka yang pernah mengalami apa yang dialami Fatihah. Moga korang yang pernah jadi mangsa "Othello" ini, bertabahlah. Sesungguhnya korang sangat kuat :(

Sumber : PLOS BLOGS & KASKUS

June 14, 2017

LIRIK LAGU SABHI SADDI : SETIA MENUNGGUMU (OST ANDAINYA TAKDIR)

8:33 PM 1
LIRIK LAGU SABHI SADDI : SETIA MENUNGGUMU (OST ANDAINYA TAKDIR)
LIRIK LAGU SABHI SADDI : SETIA MENUNGGUMU (OST ANDAINYA TAKDIR) - Boleh kata, lagu-lagu dalam drama Andainya Takdir ni semua sedih-sedih dan 'kena' dengan cerita yang dipaparkan. Bait-bait lirik pula seakan menceritakan pahitnya perasaan si Fatihah tu. Aku puas cari lagu ending drama ni, baru tahu tu lagu Sabhi  Saddi.


SABHI SADDI : SETIA MENUNGGUMU

Mencintaimu itu yang ku tahu
Rindunya bila tak memandang wajahmu
Ku cuba dan ku
Kan terus mencuba
Mendampingi dirimu sayang

Ku kan terus menunggu
Menunggu dirimu
Sampai mati pun
Cintaku hanya untukmu

Oh tuhan beri aku kesempatan
Untuk diriku memilikinya

Tak akan pernah walau sesaat
Ku akan melupakan dirimu sayang
Tak akan pernah ku menduakanmu
Kerana engkau yang ku cinta

Bagaimanalah usahaku untuk melupakan
Seraut wajah yang mencuri hatiku
Telah ku cuba untuk melupakan dia
Namun ku tak mampu melupakannya

Bukan aku tak cinta
Bukan aku tak sayang
Tapi ku takut akan terluka

Ku tak bisa hidup tanpa ada dakapmu
Ku tak bisa bila kau tiada

Ku kan setia menunggumu...


10 JUN 2017 : SAMBUT ULANGTAHUN KELAHIRAN ABAH DI RUMAH

4:57 PM 1
10 JUN 2017 : SAMBUT ULANGTAHUN KELAHIRAN ABAH DI RUMAH
10 JUN 2017 : SAMBUT HARIJADI ABAH DI RUMAH - Sabtu baru-baru ni adik beradik abah plan nak sambut harijadi Abah dekat rumah. Awalnya tak jadi sebab Tok Boy nak solat dekat surau. Tiba-tiba pulak last minute cakap, plan itu menjadi. Plus Tok Boy nak join, katanya takut tak sempat nak sambut tahun depan. Padahal.... inilah kali pertama Abah sambut birthday.


Orang yang selalu memberi sokongan pada Abah. Siapa lagi.... Mama aku lah. Walaupun hidup dengan satu buah pinggang dan cepat letih, Mama tetap buat persiapan untuk majlis  tu. Mama buat Mee Rebus dengan Kek Indulgence. Mak-mak sedara yang lain pun bawak buah tangan masing-masing.

Lepas berbuka puasa, kami ramai-ramai solat terawih secara berjemaah. Keluarga abah dengan mama memang selalu adakan majlis berbuka puasa at least sekali untuk setiap rumah.


Mama buat kek memang terer. Kek apa nak makan, selalu Mama try and error. Kalau menjadi tu, ada chance la nak makan kek yang sama lagi.

Alhamdulillah, sekali sekala dapat berkumpul dalam majlis keluarga ni, bolehlah eratkan silaturrahim yang kian longgar. Maklumlah anak-anak masing-masing dah besar, dah kahwin, ada tanggungjawab. Yang kaum mak-mak dan bapak-bapak ni pulak sejenis yang kalau nak berkumpul, mesti ada anak-anak. Tak meriah katanya kalau kaum mak-mak bapak-bapak je yang ada.

Semoga silaturrahim antara keluarga kami makin erat dan diberkati. Ameen :)

June 12, 2017

1 JUN 2017 : MAKAN MEE TARIK WARISAN ASLI DI AEON MALL RAWANG SEMPENA ULANGTAHUN KELAHIRAN MAMA

8:24 AM 0
1 JUN 2017 : MAKAN MEE TARIK WARISAN ASLI DI AEON MALL RAWANG SEMPENA ULANGTAHUN KELAHIRAN MAMA
1 JUN 2017 : MAKAN MEE TARIK WARISAN ASLI DI AEON MALL RAWANG SEMPENA ULANGTAHUN KELAHIRAN MAMA - Assalamualaikum wbt. Salam Nuzul Quran. Entri ni dah lama nak publish sebenarnya tapi sebab mood up and down, maka tergantung untuk beberapa ketika.

Masa birthday Mama haritu, kami masing-masing decide nak makan kat mana. Dah la jatuh dalam bulan puasa. Well, sebab Mee Tarik Warisan Asli ni memang favourite Mama, so Mama yang decide nak makan kat situ. Kami akur. Haha!

Mee Tarik Warisan Asli ni banyak cawangan. Yang kami pergi dekat Aeon Rawang. Standard bulan puasa, kalau makan kat luar ni memang ada laa kurang dia.  Sebab tukang masak pun nak cepat je. Pekerja pun tak sempat nak berbuka puasa. Mama siap bagi kurma dekat budak yang handle order kami haritu.

ALAMAT : Lot G57 at Aeon Mall Rawang, Shopping Centre, Persiaran Anggun, Taman Anggun, 48000 Rawang, Selangor, Malaysia


Bercerita mengenai Mee Tarik, asalnya dari Lanzhou, China. Mee Tarik sangat terkenal di sana. Ianya terdiri daripada dua jenis iaitu Mee Tarik Lanzhou Berdaging dan Mee Tarik Lamien Berdaging, iaitu resepi asli China. So, Encik Hassan selaku pengasas, telah memperkenalkan resepi asli ini ke Malaysia



Banyak menu yang kami order tapi tak sempat nak ambik gambar sangat. Maka aku tepek jelah gambar yang ada. Sekeping dua je pun. Abah tu muka tak stress kot sebab dia susah nak terima makanan-makanan macam ni. Tapi Mama suka Chinese food, kami pun. Abah terpaksa akur jugak.



Fried Noodles, Rice with Beef and Fungus.

Tuan suami sejenis yang suka makan nasi. Aku suka Mee Goreng kat sini. Yang lain order Mee Sup. Cuma makan pada bulan puasa agak frustrated. Tak macam selalu. Banyak kurang sana dan sini. Kalau korang pergi hari biasa (bukan dalam bulan Ramadhan), insyaAllah puas hati.


Nak cuba?
Mee Tarik Warisan Asli ni banyak cawangan tau.

Layari :

June 11, 2017

SINOPSIS TELEMOVIE RASUK (ASTRO CITRA)

10:21 PM 0
SINOPSIS TELEMOVIE RASUK (ASTRO CITRA)
SINOPSIS TELEMOVIE RASUK (ASTRO CITRA) - Mula-mula macam malas je tengok sebab tiba-tiba jadi tak suka dengan Shukri Yahaya. Tapi kalau betul desas desus yang mula kecoh kebelakangan ni, bagi aku, itu hal dia. Janji dia berlakon best. Part lain lantak kau situ.

So, semalam waktu tayangan aku tak sempat tengok sebab malam tadi ada majlis sempena harijadi abah. Nanti aku cerita ya? Pasal telemovie Rasuk ni, aku hanya sempat tengok pagi tadi. Not bad juga cerita dia.


JUDUL : RASUK [CITRA EKSKLUSIF]
TARIKH/MASA : 10 Jun 2017, Sabtu jam 9:00 malam
SIARAN : Citra Exclusive (Astro Citra 131 dan Mustika HD 134)
PENGARAH : Megat Sharizal
TERBITAN : Playground2Film
PELAKON : Shukri Yahaya, Siti Elizad, Hasnul Rahmad, Azman Hassan, Hamdan Hj Ramli, Yuna Rahim & Adriana Aikman

SINOPSIS
Ashraf dan Marina adalah wartawan yang bekerjasama untuk merungkai satu misteri di sebuah sekolah berasrama. Di sekolah tersebut, seorang pelajar bernama Ani sering menerima rasukan dari roh yang dipercayai roh Emma, bekas pelajar sekolah itu. Emma sudah meninggal dunia tetapi mayatnya tidak dijumpai. Ani, pelajar yang dirasuk itu sebenarnya menyimpan satu rahsia besar antara Emma dan seorang guru disitu. Apakah rahsia disebalik kerasukan Emma terhadap Ani?

Tunggu siaran ulangan nanti ye :)

June 09, 2017

TIPS PENYIMPANAN DAUN SUP DAN CILI SENTIASA SEGAR

1:01 PM 2
TIPS PENYIMPANAN DAUN SUP DAN CILI SENTIASA SEGAR
TIPS PENYIMPANAN DAUN SUP DAN CILI SENTIASA SEGAR - Aku perasan, kalau beli daun sup, daun bawang, cili atau lengkuas, bahan-bahan ni susah untuk kekal lama. Kalau tak guna, alamatnya terbuang jela sebab jadi lembik. Mungkin tips ini akan membantu korang berjimat dan tidak membazir.


PENYIMPANAN DAUN SUP
Pokok daun sup perlulah disimpan didalam botol plastik (botol air 1 liter @ 1.5 liter).Letakkan dalam peti ais. Caranya, potong 2 botol minuman, masukkan sedikit air (cukup untuk rendam akar), masukkan daun sup dan tutup.

Kaedah ini membolehkan daun sup bertahan lebih sebulan.


PENYIMPANAN LENGKUAS & SERAI
Disimpan didalam botol kaca dan diisi dengan air sehingga tenggelam keseluruhan lengkuas dan serai. Air perlu diganti 2 minggu sekali, atau sekadar ikut keperluan. 

Kaedah ini membantu lengkuas dan serai bertahan berbulan.


PENYIMPANAN CILI API DAN CILI HIDUP
Cili api dan cili hidup dibuang tangkai terlebih dahulu untuk mengelakkan tangkai menjadi lembik. Tangkai yang lembik akan menyebabkan cili menjadi lembik. Simpan di bekas tertutup yang dialas dengan tisu dapur atau surat khabar. Selepas menggunakan bahan tadi, disarankan rajin-rajin lap air wap di penutup bekas. 

Cili akan bertahan lama dengan mengikuti kaedah ini.

SUMBER : Suhana Mat Rasu

June 07, 2017

RESEPI KUAH ASAM LAKSA IKAN SARDIN TIN

11:09 AM 1
RESEPI KUAH ASAM LAKSA IKAN SARDIN TIN
RESEPI KUAH ASAM LAKSA IKAN SARDIN TIN - Selalunya kalau buat laksa, ramai suka guna ikan sardin basah. Tapi aku suka yang simple je. Malas betul nak kopek-kopek isi ikan tu. So kita guna je ikan sardin tin. Pun boleh. 

Haritu teringin makan asam laksa ikan sardin ni sebab nampak video Eina Azman masak. Terliur hakakkk uolssss. So kalau dah teringin, kenalah buat. Takkan nak tunggu laksa ada depan mata, ye tak? Haha!

Cuma macam biasa, Mama tak suka sangat asam laksa guna sardin dalam tin. Dia prefer rebus dan kopek sendiri dan biasanya mama buat asam laksa penang, aku pulak suka yang versi nyonya.  Apa bezanya? Mungkin dari segi rasa dan bahan dia jugak. Jom aku share :)


RESEPI KUAH ASAM LAKSA IKAN SARDIN TIN
Bahan-bahan :
1 tin besar ikan sardin - kisar halus bersama sosnya
1/2 buah nenas @ 1 tin nenas saiz besar - kisar halus bersama airnya
2 biji bawang besar
Segenggam cili api
1/2 sudu besar belacan
2 sudu besar petis udang
1 sudu besar asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
1 batang bunga kantan
1 batang serai
daun kesum

Cara-cara :
Kisar bawang besar, cili api dan belacan. Panaskan sedikit minyak dalam periuk dan masukkan serai, bungan kantan dan daun kesum. Kemudian masukkan bahan yang dikisar tadi. Bila dah naik bau, masukkan sardin kisar dan biarkan sekejap. Masukkan pula nenas kisar. Biarkan mendidih.

Masa ni kuah jadi pekat, bolehlah korang alter dengan air. Nak cair ke nak pekat ke.

Tengah mendidih tu, masukkan petis udang, pes asam jawa, gula dan garam. Ikut la tekak korang. Kuah ni ada elemes masam, manis dan masin sikit. 

SIAP! Selamat mencuba :)

AL FATIHAH : ANAK BAZLI UNIC MENINGGAL DUNIA

10:46 AM 2
AL FATIHAH : ANAK BAZLI UNIC MENINGGAL DUNIA
AL FATIHAH : ANAK BAZLI UNIC MENINGGAL DUNIA - Kemenangan UNIC di Gema Gegar Vaganza dianggap sebagai rezeki anak Bazli yang sedang menderita kanser Limfoma. Namun Allah SWT lebih sayangkan anak Bazli iaitu Muhammad Syahid, yang telah meninggal dunia akibat penyakit itu. Berita ini disahkan Bazli menerusi akaun Instagram.


A post shared by bazlihazwan (bazliunic) (@bazliunic) on

Salam takziah daripada aku sebagai penulis, buat Bazli sekeluarga. Semoga tabah menerima dugaan ini. Sudah ada tempat di syurga buat Bazli dan isteri, insyaAllah. Tidurlah dengan tenang Muhammad Syahid.

Al-Fatihah.

June 06, 2017

JANGAN JANJI GAJI YANG TINGGI JIKA TIDAK MAMPU BAYAR

7:57 PM 0
JANGAN JANJI GAJI YANG TINGGI JIKA TIDAK MAMPU BAYAR
JANGAN JANJI GAJI YANG TINGGI JIKA TIDAK MAMPU BAYAR - Disebabkan kerja sebelum ini tuan suami hanya bertahan sebulan sebab company  dia kerja dah nak tutup kedai, aku mengambil inisiatif supaya tidak mewar-warkan sangat yang tuan suami ada kerja baru.

Aku biarkan je dia bekerja. Alhamdulillah, kerja yang tak perlu masuk office, hanya perlu menjadi team leader dan hanya perlu membimbing pekerja (awalnya itu tugas yang diberikan). Tetapi bila agak susah mencari pekerja yang betul-betul serius, tuan suami ambil amanah orang lain untuk cari prospek dari rumah, dan ramai pelanggan yang ingin bekerjasama.

Majikan tuan suami berpuas hati bila syarikat dia dikenali. Tapi apa yang menyakiti tuan suami dan tentulah aku sendiri, adalah bila majikan tidak bayar gaji. Gaji yang dijanjikan adalah RM3000, sebagai Marketing Manager. Tetapi selama 2 bulan tuan suami bekerja, hanya sekali dibayar gaji. Itupun RM600 sahaja. Lepas tu majikan mendiamkan diri, alkisah konon minta diberi masa. Okay, tuan suami akur.

Tetapi si majikan bersikap tidak profesional apabila cuba menyalahkan tuan suami. Ada je tak kena. Padahal tuan suami dah minta kurang sikit gajinya, sebab kesian tengok majikan yang ada masalah cash flow.

Entahlah, aku hanya harap keajaiban je sekarang ni. Tuan suami makan minum tak tentu sebab punyalah fokus buat kerja. Ini pulak yang dia dapat.

Dugaan :)

June 04, 2017

KRONOLOGI RINGKAS KES ZULFARHAN OSMAN ZULKARNAIN

9:22 AM 8
KRONOLOGI RINGKAS KES ZULFARHAN OSMAN ZULKARNAIN
KRONOLOGI RINGKAS KES ZULFARHAN OSMAN ZULKARNAIN - Hidup ini sangat pendek jika asyik berbuat jahat. Sebagai manusia yang beragama Islam, kita harus sentiasa berbuat baik. Aku faham kalau tak mampu nak berbuat baik sepenuhnya. Well, kita bukan sempurna.

Tapi, janganlah sentiasa biarkan diri dihasut syaitan dan amarah. Kita yang mengawal diri kita sendiri. Aku pelik dengan kejadian-kejadian yang berlaku. Antaranya kes lelaki dituduh mencabul, dipukul hingga koma dan meninggal dunia. Yang terbaru tentang Zulfarhan Osman Zulkarnain, seorang penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia meninggal dunia.

Daripada sumber, ada kronologi ringkas tentang kes arwah Zulfarhan. Seramai 36 orang ditahan untuk membantu kes ini. 


KRONOLOGI RINGKAS KESZULFARHAN OSMAN BIN ZURKARNAIN

1. Suspek-suspek dikatakan tidak berpuas hati dengan mangsa dan menuduh mangsa mencuri laptop. (mangsa tidak mencuri pun jika ikut keterangan saksi)

2. Mangsa didapati dipukul menggunakan tali pinggang, getah paip, dan penyangkut baju. Bukan itu saja, mangsa didera menggunakan steam iron. (80% badan melecur)

3. Penderaan terhadap mangsa berlanjutan selama 2 hari.

4. Keadaan mangsa membimbangkan sehingga suspek-suspek terpaksa membawa mangsa ke klinik. Dalam masa yang sama, mereka menjaga mangsa di dalam dorm.

5. Keadaan mangsa semakin parah selepas 2 minggu dan suspek mengambil keputusan untuk membawa mangsa ke Hospital Serdang tanpa pengetahuan pegawai. Sebelum ke hospital, suspek singgah ke rumah kawannya yang merupakan pelajar Uniten.

6. Mangsa meninggal di Hospital Serdang dan penangkapan mula dibuat terhadap 2 suspek yang menghantar mangsa ke hospital.

7. Penangkapan terus dilakukan dan didapati 30 suspek terlibat dalam kes itu dan mereka merupakan satu skuad yang sama. (Pelajar-pelajar Uniten juga ditahan kerana bersubahat)

8. Menurut saksi, penderaan beramai-ramai dilakukan atas paksaan suspek-suspek utama.

Saksi yang menceritakan adalah satu skuad yang sama.

TAMBAHAN : Aku ada baca, kes ini terjadi sebab suspek pergi tanya bomoh siapa yang mencuri laptop tu. Tapi, bomoh tu petik nama arwah Zulfarhan.

Apa yang menyedihkan aku adalah, keimanan suspek-suspek seakan tiada. Allah.... terbayang perasaan keluarga mangsa menghadapi takdir ini. Kejamnya para pelaku. Pengajaran dari kes ini, fikir dulu bila dibendung perasaan marah. Jangan terlalu ikutkan hati. Tak pasal-pasal gelap masa depan dan disabit kesalahan membunuh.

Sumber : Facebook Nick Hazrul & Blog Betul Betul Padu

SINOPSIS RAMADAN TERINDAH NURANI (CEREKARAMA TV3)

12:28 AM 0
SINOPSIS RAMADAN TERINDAH NURANI (CEREKARAMA TV3)
SINOPSIS RAMADAN TERINDAH NURANI (CEREKARAMA TV3) - Walaupun tak suka sangat dengan Izara Aishah ni, tapi aku akui lakonan dia selalu dapat mencuri hati aku. Sebak jugak tengok dia berlakon dalam Cerekarama TV3 ni tadi. Aku tak sempat tulis sinopsis sebab penat sangat kekdahnya.

Pengarah pula dari Ellie Suriaty, seorang pengarah yang bagi aku agak hebat jugak dalam pembuatan drama. Apakah kisah tentang Ramadan Terindah Nurani? Jom baca sinopsis. Yang tak sempat tengok tu tunggu je la kot-kot ada yang baik hati upload dalam Youtube.


JUDUL : RAMADAN TERINDAH NURANI
TARIKH / MASA : Sabtu, 3 Jun 2017, 10.00 malam
SLOT : Cerekarama TV3
PENGARAH : Ellie Suriaty
TERBITAN : Enuja Production Sdn Bhd
PELAKON : Izara Aishah, Amar Asyraf, Pablo Amirul, Chacha Maembong, Ku Fridah, Wilma Muhammad, Azri Iskandar, Putri Lurvna, Raffi, Kunie

SINOPSIS
Nuraini @ Nurani seorang gadis yatim piatu dan membesar sebagai seorang gadis yang cantik. Dia dibesarkan oleh ibu saudaranya. Dia mengenali seorang lelaki bernama Rafiq dan akhirnya mereka berkahwin. Tanpa Nuraini sedar, Rafiq memperisterikannya sekadar ingin menjadikannya orang gaji di rumah. Selain itu, Nuraini disuruh menjaga ibubapa Rafiq yang nyanyuk dan uzur.

Nuraini tabah menghadapi segala liku dan dugaan. Ibubapa mertuanya langsung tidak mengenali Nuraini sebagai menantu. Pada mereka, Nuraini hanyalah seorang pembantu rumah. Walaupun ibu mertuanya lumpuh, panas baran dan cerewet, Nuraini tetap menjaga kedua ibubapa mertuanya dengan seikhlas hati.

Beberapa ketika, Rafiq membawa pulang seorang isteri baru yang dikahwininya di London. Rafiq memperkenalkan Nuraini kepada isteri barunya sebagai pembantu rumah. Hubungan rumahtangga Rafiq bersama isteri keduanya tidak lama setelah kemunculan Samad.

________________________________

June 03, 2017

FIDYAH DAN ZAKAT SUDAH DITUNAIKAN

8:13 PM 1
FIDYAH DAN ZAKAT SUDAH DITUNAIKAN
FIDYAH DAN ZAKAT SUDAH DITUNAIKAN - Jadi seorang aku bukannya senang. Kadang-kadang cemburu jugak dengan insan normal yang boleh lakukan ibadah macam biasa. Dah beberapa tahun, aku tak mampu berpuasa walaupun aku tak uzur. Aku hanya puasa waktu aku takde dialisis je.

Alhamdulillah, haritu tuan suami dah laksanakan tanggungjawab dia. Sebelum ini tak mampu nak bayar fidyah. Ini ada rezeki sikit, tuan suami pergi bayar. Perasaan lega tu tak dapat aku gambarkan. Jujurnya, walaupun ada hari aku berpuasa, tuan suami tetap bayar fidyah untuk sebulan.


Selain bayar fidyah, tuan suami dah tunaikan tanggungjawabnya membayar zakat fitrah. Alhamdulillah, tahun ni awal. Tahun lepas dah hujung-hujung habis puasa baru terbayar. Hmm.. dulu, aku tak pernah ambil tahu pasal pembayaran zakat ni. Maklumlah, hidup lebih mahu enjoy dari belajar saham akhirat.

Semoga hidup kita semua diberkati Allah SWT. Sekian.

RESEPI MASAK LEMAK CILI API REBUNG BERSAMA AYAM

2:07 PM 1
RESEPI MASAK LEMAK CILI API REBUNG BERSAMA AYAM
RESEPI MASAK LEMAK CILI API REBUNG BERSAMA AYAM - Haritu Mama balik Kuala Kangsar. Banyak betul barang dia bawak balik termasuklah rebung dari rumah Tok Eh. Selain tu, ada jugak pucuk betik, belimbing buluh dan bunga kantan. Amboiiii....

Tiba-tiba Mama suruh aku buat masak lemak cili api rebung. Selalunya aku suka masak rebung dengan daging salai, tapi sebab takde, aku guna jela ayam. Ayam tu awalnya aku nak salai gak tapi macam malas pulak.

Cuma sedihlah sebab santan jadi pecah minyak pulak. Santan lama kot. Padahal puas aku kacau kuahnya tak bagi pecah minyak :(


RESEPI MASAK LEMAK CILI API REBUNG BERSAMA AYAM
Bahan-bahan :
Rebung - rebus dengan sedikit garam dan toskan
Beberapa ketul ayam
1 biji bawang besar
Segenggam cili api
Kunyit - sebesar ibu jari
Sedikit ikan bilis
1 paket santan - boleh guna 1 kotak kecil santan
1 batang serai - ketuk
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara :
Kisar atau tumbuk ikan bilis, bawang besar, kunyit dan cili padi. Masukkan ayam dalam kuali dan tuangkan bahan kisar tadi, Masukkan serai. Biar sehingga ayam kering. Kemudian masukkan rebung. Tambahkan sedikit air dan biarkan mendidih. Masukkan santan. Akhir sekali perasakan dengan garam dan gula jika perlu.

Banyak-banyak resepi, aku rasa buat masak lemak jela paling senang. Masak lemak cili api ni petuanya kalau nak sedap, bahan-bahan kena tumbuk. Cili padi kena lebih. Tapi sebab aku tak larat nak tumbuk bagai, aku kisar je la. Hehe..

Selamat mencuba :)

June 02, 2017

LIRIK LAGU POTRET : MUNGKIN (OST ANDAINYA TAKDIR)

7:46 AM 0
LIRIK LAGU POTRET : MUNGKIN (OST ANDAINYA TAKDIR)
LIRIK LAGU | POTRET : MUNGKIN (OST ANDAINYA TAKDIR) - Dengar lagu ni, jadi sedih pulak. Lagi-lagi masa layan drama Andainya Takdir .Sedihnya bila tengok seorang isteri kena pukul hanya sebab sikap cemburu buta seorang suami. Hmm.. lagu ni kalau ikut tajuk adalah nyanyian daripada Potret. Potret ni pulak sebenarnya Melly Goeslaw. Tahulah kan? Lagu-lagu Melly ni memang sentiasa meruntun jiwa.




POTRET : MUNGKIN 

Mungkin aku bisa bercinta dengan kamu
Kendati kata kata mu selalu
Menusuk jantung melukaiku

Mungkin ku mau memaafkan mu kembali
Demi cinta yang ada di hatiku
Meloloskanmu dari kata pisah

Mungkin sang fajar dan sayap-sayap burung patah
Menyaksikan kita berseteru
S'lalu tak pernah damai

Mungkin cintaku terlalu kuat dan menutupi
Jiwa yang dendam akan kerasmu
Sehingga kita bersama... mungkin

Mungkin ku mau memaafkan mu kembali
Demi cinta yang ada di hatiku
Meloloskanmu dari kata pisah
Mungkin

Mungkin ku mau memaafkan mu kembali
Demi cinta yang ada di hatiku
Meloloskanmu dari kata pisah

Mungkin sang fajar dan sayap-sayap burung patah
Menyaksikan kita berseteru
S'lalu tak pernah damai

Mungkin cintaku terlalu kuat dan menutupi
Jiwa yang dendam akan kerasmu
Sehingga kita bersama...

Mungkin cintaku terlalu kuat dan menutupi
Jiwa yang dendam akan kerasmu
Sehingga kita bersama...
Mungkin...