Header Ads


May 26, 2017

WALAUPUN KAU TAK KUAT, KAU HARUS KUAT!

WALAUPUN KAU TAK KUAT, KAU HARUS KUAT! - Bergelar seorang pesakit yang dari kecil menempuhi penyakit, tidak begitu sukar bagi aku. Aku mengalami kegagalan buah pinggang kronik dari umur 4 tahun setengah. Aku mula mengenali apa itu sakit. Jiwa aku memberontak dari sekecil-kecil insan masa tu.

Image may contain: 1 person, closeup

Aku diberi peluang hidup bersama buah pinggang 'pinjam', selama lebih kurang 8 tahun setengah. Dan selepas itu, ada sel kanser dijumpai pada buah pinggang itu. Selama 8 tahun setengah itu, aku hidup normal, aku happy. Tak payah dialisis, tak payah ulang-alik hospital. Hanya sebulan ke dua bulan sekali je untuk medical checkup.

Hidup normal buat aku lupa diri. Aku yakin aku takkan kembali hidup bergantung mesin. Sangkaan aku meleset bila doktor nak buang buah pinggang yang aku 'pinjam' tu. Walaupun aku taknak, aku perlu redha jugak. Sepanjang itu, aku kembali memberontak, mintak mati tak sudah.


Nak jadi kuat bukan senang sayangku. Betapa ada rasa cemburu bila melihat banyak perkara yang orang normal boleh lakukan, tetapi aku tak boleh. Betapa setiap masa beremosi dengan perkara yang tak patut buat kau emosi. Aku sakit, rohani dan jasmani jugak.

Banyak buat khilaf sebab aku marah pada Tuhan. Tapi bila aku marah, DIA tunjuk pada aku, aku ada seorang ayah, seorang ibu, seorang suami dan 3 orang adik-adik aku, yang masih memberi aku kasih dan sayang mereka. Jujurnya, aku tak ramai kawan. Aku hanya bergantung pada keluarga.

Mungkin ada antara rakan senasib aku, tak dapat support daripada keluarga, tapi mereka masih ada kawan-kawan. Bagi aku, Allah itu adil dalam kitarannya.

Dari kecil, ujian aku bertimpa-timpa. Pernah mencuba bunuh diri tapi Tuhan tak bagi aku mati lagi. Jadi, aku redha. Tipu kalau aku sentiasa kuat. Bila aku rasa aku tak mampu, aku rebah. Cuma aku bangkit kembali hanya kerana kudrat yang tersisa.

By,
Tunsha Ayunie.

2 comments:

  1. wah semakin eksis aja nih blognya,keren deh

    ReplyDelete
  2. Hi sis.

    Semoga terus tabah dan kuat. Saya pernah rasa macam tu bila didiagnos dengan hyperthyroid. Saya bertanya "Kenapa Aku....?"

    padahal saya tak layak bertanyakan soalan tersebut...banyak lagi nikmat yang perlu saya syukuri dari tangiskan satu ujian yang menimpa. :')

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.