TUGASAN GEMA GEGAR VAGANZA 2017 PADA MINGGU KE-5 (BERGABUNG BERGEMA) - Tunsha Ayunie Punya Belog

May 01, 2017

TUGASAN GEMA GEGAR VAGANZA 2017 PADA MINGGU KE-5 (BERGABUNG BERGEMA)

TUGASAN GEMA GEGAR VAGANZA 2017 PADA MINGGU KE-5 (BERGABUNG BERGEMA) - Dah lama tak buat update pasal siri hiburan ni. Hakakkkk tak sihat dah banyak hari uolsss. Korang follow tak konsert Gema Gegar Vaganza ni? Bagi aku, takde lah best macam Gegar Vaganza, tapi boleh mencipta keinsafan laa sebab lagu-lagu yang dibawakan dalam Gema Gegar Vaganza ni lebih kepada ketuhanan dan kemanusiaan.

Artis yang bertanding adalah terdiri daripada kumpulan nasyid dan penyanyi solo termasuk Hijjaz, UNIC, Mirwana, Saujana, Azmi Caliph Busker, Hafiz Hamidun, Ana Raffali, Wani, Bienda dan Izam EYE. Bagaimanapun, Bienda, Izam EYE dan Ana Raffali telah pun tersingkir.

Untuk minggu ke-5, mereka akan membawakan tema BERGABUNG BERGEMA iaitu nyanyian secara duet bersama artis jemputan. Hmm... macam tak sabar nak tengok! Jom tengok lagu apa yang bakal dinyanyikan dan dengan siapa mereka akan bergabung.


TUGASAN PESERTA GEMA GEGAR VAGANZA 2017

HIJJAZ feat LAN KRISTAL
Rendang Tak Berbuah (Datuk Hattan)

HAFIZ HAMIDUN feat ISMAIL IZZANI
Sabar (Ismail Izzani)

MIRWANA feat FARAHDHIYA
Bertakhta Di Hati (Farahdhiya)

AZMI SAAT feat G-MIE SCREEN
Manusia Sempurna (Awi Rafael & Ayai Illusi)

SAUJANA feat AZIAN MAZUAN SAPUAN
Bukan Belas Bukan Simpati (Azian Mazuwan Sapuan)

UNIC feat AYAI ILLUSI
Nyanyian Serambi (Datuk Ramli Sarip)

WANI feat ERNIE ZAKRI
Hati Kama (Datuk Siti Nurhaliza)

Kalau tanya aku, of course laa aku menunggu persembahan daripada kumpulan Hijjaz. Mereka sangat konsisten dan mampu memukau penonton dan juri di setiap persembahan. Untuk minggu ke-5 ni pun, lagu yang dibawa agak meruntun jiwa juga kan?

Sekian.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.