TAHNIAH! ELICA JUARA MENTOR MILENIA 2017! - Tunsha Ayunie Punya Belog

May 08, 2017

TAHNIAH! ELICA JUARA MENTOR MILENIA 2017!

TAHNIAH! ELICA JUARA MENTOR MILENIA 2017! - Assalamualaikum wbt. Dah berakhir pun Mentor Milenia untuk tahun 2017 ni. Persembahan takdelah senget sangat sebab bagi aku kebanyakkan peserta buat persembahan yang so-so saja.  Sebelumnya aku berharap Syeera yang menang sebab Syeera punya persembahan lain daripada yang lain. Memang best sangat, cuma bukan rezeki Syeera untuk menjadi naib juara atau juara.


Kemenangan Elica ni seolah dijangka, sebab bagi aku dia memang best, walaupun sebelumnya aku harap Syeera yang jadi juara. Elica membawa lagu Ceritera Cinta pada persembahan pertama dan Samar Bayangan pada persembahan yang kedua. Persembahan yang kedua ni memang memukau sangat sebab Elica buat secara all-out. Memang layak Elica menang pun.


Sementara itu, Syeera memenangi tempat keempat, Along tempat ketiga dan naib juara adalah Usop. Masing-masing membawa pulang hadiah berupa trofi dan wang tunai. Tahniah buat semua pemenang. Semoga korang terus sukses diluar sana.

Sekian.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.