SINOPSIS FILEM HOSPITAL 2017 : WATAK DIDALAM FANTASI? - Monolog Aku Cuma Di Kiri

May 21, 2017

SINOPSIS FILEM HOSPITAL 2017 : WATAK DIDALAM FANTASI?

SINOPSIS FILEM HOSPITAL 2017 : WATAK DIDALAM FANTASI? - Siapa je yang suka tengok filem terbitan MiG Pictures ni kan? Aku selalu rasa kecewa dengan filem seram terbitan David Teo ni sebab selalunya jalan cerita agak cliche dan tak seram.

Tapi, berbanding filem yang baru ditayangkan ni, bagi aku ada jugaklah elemen seramnya. Tak tahu la sebab aku ni jenis psiko dan mudah rasa seram. Haha. Bagi aku, ini antara filem yang aku boleh ulang tengok la. Tak tahu la korang kan?

Jom layan sinopsis! Nanti aku bagitau spoiler ye. Hihi...


JUDUL : HOSPITAL
GENRE : Seram, Psiko
PENGARAH : Azaromi Ghozali
PENERBIT : MIG Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Fatin Afeefa, Shima Anuar, Fizz Fairuz, Nina Iskandar dan Julia Marin

SINOPSIS
Mengisahkan seorang gadis kampung bernama Amira (Fatin Afeefa), yang mendapat tawaran bekerja di KL. Setibanya dia di KL, Amira menumpang di rumah sahabatnya Farah (Julia Marin). Pertama kali memasuki rumah Farah, Amira sudah diganggu dengan benda ghaib.

Pada hari Amira ingin pergi temuduga di hospital, Amira didatangi seorang jururawat bersikap pelik bernama Dahlia (Nina Iskandar). Dahlia menjemput Amira untuk tinggal bersamanya. Amira bersetuju.

Di rumah Dahlia, Amira melalui perkara yang pelik-pelik. Bukan di rumah Dahlia saja, malah di hospital tempat dia bekerja juga, dia sering diganggu. Sehingga dia tidak dapat membezakan andai itu realiti atau fantasi. Amira menjadi bingung. Dia sering dihantui oleh seorang perempuan yang bernama Erin (Shima Anuar).

Di hospital, seorang doktor bernama Farid seringkali cuba untuk merapati Amira. Ini menaikkan kemarahan Dahlia. Pada satu ketika, Amira menjumpai gambar Doktor Farid bersama Erin.

Apakah sebenarnya yang dilalui oleh Amira? Siapakah Erin? Siapakah sebenarnya Dahlia?

SPOILER
Cerita ni akan bermain dengan jiwa korang jugak sebenarnya. Awalnya, memang menjadi teka teki sebab watak dalam  filem ni memang pelik-pelik. Jururawat dan pesakit pun kelihatan tidak siuman.

Sebenarnya, Erin seorang pesakit mental. Dia mengalami simptom 'penyamaran situasi'. Pertama kali Erin memasuki wad mental itu, dia meminta sebuah  typewriter. Disitu, Erin mencipta watak menggunakan orang-orang sekelilingnya termasuk doktor, jururawat dan Farid sendiri.

So, siapa Amira? Hmm... Amira sebenarnya hanya sekadar "watak" ciptaan Erin. Erin meletakkan dirinya sebagai Amira. Padahal.... Amira tak pernah wujud pun.

REVIEW
Bagi aku, cerita ni menjadi seram bila watak didalamnya buat kita rasa ingin tahu, siapa orang ni? Apa kaitannya? Perasaan ingin tahu tu buat aku rasa seram sebenarnya. Lepas tu masing-masing dalam hospital tu mata terbeliak dan bersikap aneh. Kecuali watak Doktor Farid tu.

RATE 
3.5 / 5  - Sebab ingatkan kisah seram sangat, tapi sebenarnya lebih kepada psiko. Sekian.

5 comments:

  1. Tak nak tengok la... Nnt trauma plak nak g spital..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi.... auni hari2 pergi hospital :P

      Delete
  2. *skip spoiler* tak tau pun wujud filem ni..kalau psiko akak oklah tengok. kalau seram mintak maaf, kite tido sorang. haha

    ReplyDelete
  3. Okay jugak jalan cerita dia.
    Dah ler Kaklong kurang gemar hospital.

    ReplyDelete
  4. Hospital tu am sangat, lain kali taruhla Hospital selayang, Hospital K.L., Hospital serdang ke, barulah lojik sikit.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.