SINOPSIS DRAMA KU KIRIM CINTA (AKASIA TV3) - Monolog Aku Cuma Di Kiri

May 24, 2017

SINOPSIS DRAMA KU KIRIM CINTA (AKASIA TV3)

SINOPSIS DRAMA KU KIRIM CINTA (AKASIA TV3) - Siapa peminat Ayda Jebat dengan Redza Rosli bolehlah layan drama ni. Jangan nanti 'kipas susah mati' Ayda Jebat jadi macam 'kipas susah mati' Fattah Amin dan Neelofa. Ehhh... sebenarnya nak cerita pasal siri Akasia yang terbaru, Ku Kirim Cinta, lakonan pasangan bercinta Ayda Jebat dengan Redza Rosli. Aku ni tak layan sangat sebab aku tak minat langsung dengan si Redza ni. Huhu..


JUDUL : KU KIRIM CINTA
HARI / MASA : Isnin-Khamis, 6.58 petang
SIARAN : Slot Akasia TV3
PENGARAH : Raja Ahmad Alauddin
TERBITAN : Saphire Screen Sdn Bhd
PELAKON : Ayda Jebat, Redza Rosli, Fahad Iman, Julia Farhana Marin, Fizz Fairuz, Roy Azman, Nazia Mustafar, Shahrolnizam, Wilma Muhammad, Zarina Zainuddin, Razak Ahmad, Lan Siro, Rosnah Johari, Nikki Palikat, Ikhram

SINOPSIS
Zarul dan Nisha terkenal sebagai pasangan yang sangat romantik di kolej mereka. Kehebatan Zarul merangkai ayat-ayat cinta memang memukau. Selepas tamat pengajian Diploma, Nisha telah ditawarkan menyambung pengajiannya di Austrlia, manakala Zarul meneruskan pengajian ijazah di tanah air. Ketika Nisha di Australia, percintaan mereka diteruskan melalui Whatsapp dan emel. 

Setahun kemudian, Zarul disahkan mengidapi Leukimia tahap kritikal dan hayatnya tidak lama. Zarul menyembunyikan penyakitnya daripada Nisha dan membalas kiriman rindu kepada Nisha seperti biasa.

Apabila keadaan Zarul semakin kritikal, Zarul meminta sepupunya Farhan menyamar sebagai dirinya untuk membalas emel dan Whatsapp Nisha kerana tidak mahu pelajaran Nisha terganggu. Jika ditakdirkan dia meninggal, Zarul meminta Farhan terus melayani Nisha sehingga Nisha habis belajar.

Dapatkah respon Nisha bila mengetahui hal yang sebenar? Saksikan dalam Ku Kirim Cinta di slot Akasia TV3 :)

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.