SELAMAT MENEMPUH ALAM BARU WAHAI ANAK-ANAK KUCING - Monolog Aku Cuma Di Kiri

May 29, 2017

SELAMAT MENEMPUH ALAM BARU WAHAI ANAK-ANAK KUCING

SELAMAT MENEMPUH ALAM BARU WAHAI ANAK-ANAK KUCING - Kisahnya Mama dah lama nak let go anak-anak kucing ni. Tapi bila tengok muka masing-masing rasa kesian pulak. Depa ni boleh kata penghilang stress dan sebab untuk stress jugak. Stress sebab masing-masing selalu berebut nak masuk dalam rumah, sampai nak bukak pintu pun susah.

Hilang stress sebab depa manja sangat. Keempat-empat ekor kucing ni ada karakter sendiri. Actually ni kucing-kucing adik bongsu aku. Dialah yang menjaga dari kecik. Cuma aku terasa sangat kehilangan anak-anak bulusss ni disebabkan karakter depa tu.


Gengster : Suka masuk rumah macam pencuri. Dia hendap keadaan sekeliling dulu sebelum masuk rumah. Suka panjat meja makan. Boleh dikenali melalui suara dia seakan anak anjing.

Gemuk : Suara nyaring dan suka kena buli. Selagi orang tak layan dia selagi tu dia mengiau. Suka gigit-gigit manja dan jilat kembali tempat yang dia gigit tu. Boleh geng dengan Gengster, suka panjat meja. Bebulu keliling muka dia seakan kucing baka Mancoon.

Foxy : Kami panggil Foxy sebab muka dia macam musang. Mata bercelak. Suka grab tangan orang suruh main dengan dia. Suka orang main perut dia. Manja bila lapar, lupa diri bila kenyang.

Baby : Sejenis yang sangat sopan kucingnya. Suka mandi. Mata bulat macam pakai contact lense. Dia ni jenis suka berkepit. Tak banyak kerenah sangat.

*******************************************

Apapun, itu hanya kenangan. Kami terpaksa let go semua termasuk ibu kucing yang nama Tom tu. Firstly pasal hama, second sebab Lia kena kecacingan dan third sebab bulan Julai Lia dah start sambung belajar. So takde siapa nak jaga. Aku pun lepas raya nak kembali ke Ampang.

Kerinduan membuak-buak rasanya sebab rindu sangat dengan kenakalan dan karakter depa ni. Empat-empat ekor suka main dengan kaki. Cuma rimas sikit la nak sidai kain pun susah sebab depa pakat hurung kaki je. Hahhaha!

Sedih pulak sambil menaip ni. Semalam Mama dah lepaskan depa. Harini rumah sunyi je. Apa respon Lia? Dia menangis tersedu-sedu semalam. Yela, dia jaga dari kecik kot..

Sekian.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.