RESEPI SOS PENCICAH VIETNAMESE ROLL

RESEPI SOS PENCICAH VIETNAMESE ROLL - Tiba-tba tekak teringin nak makan Vietnamese Roll atau senang cakap, Popia Vietname la. Kulit popia Vietname ni tak macam kulit popia biasa tu. Ianya lembik dan sedikit liat tapi penuh isi yang sihat. Aku pernah share resepi yang aku buat menggunakan barang yang ada kat rumah je.

Untuk makan Vietnamese Roll ni, ada yang cicah dengan sos cili Thailand tu. Kalau original punya, kebanyakkan di sana menggunakan sos mentega kacang atau peanut butter sebagai sos pencicah. Aku pernah cuba ikut resepi sos mentega kacang style Vietnam tu tapi tak kena tekak. So aku nak share resepi sos sedap dari Mama aku.


RESEPI SOS PENCICAH VIETNAMESE ROLL
Bahan-bahan :
Cili merah / cili hidup
Cili api
Sedikit daun ketumbar
Bawang putih
Cuka
Sos cili
Sos ikan
Sedikit mentega kacang

Cara-cara :
Kisarkan semua bahan dan panaskan atas api. Selepas masak, cincang sedikit lagi daun ketumbar, dan bawang putih dan tabur dalam sos. Sedia dihidangkan. Selamat mencuba :)
RESEPI SOS PENCICAH VIETNAMESE ROLL RESEPI SOS PENCICAH VIETNAMESE ROLL Reviewed by Tunsha Ayunie on May 10, 2017 Rating: 5

1 comment

  1. Lama sgt teringin nak makan Vietnam roll ni tp tak dpt2 lagi. Asal nampak org jual je mesti yg jual tu jauh dr rumah. Huhu.

    Ana singgah dan follow sini. Dr AFBian.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.