Header Ads


May 21, 2017

RESEPI SAYUR 'LICIN' GORENG

RESEPI SAYUR 'LICIN' GORENG - Pelik pulak letak nama ni, tapi memang namanya begitu. Masa aku beli sayur ni, tulisan dekat label tertulis nama "Slippery Vege". Aku excited nak masak sayur ni sebab first time beli. Sayur ni aku rasa macam sihat pulak sebab kemain banyak ulat pokok aku jumpa. Aku siang sayur ni dan aku rendam kejap dengan air garam. Yang mana ulat tak nampak tu kira halal je la. Lulzzz

Aku tak tahu nama sebenar untuk sayur ni. Rupa dia macam kailan, tapi bila siang dah macam bendi pulak. Berlendir aje. Lepas dah masak, masuk mulut, memang tekstur dia ala-ala bendi. Berlendir tapi sedap. Haaaa gittew.

So, aku nak share laaa resepi ni in case ada yang mencari.


RESEPI SAYUR 'LICIN' GORENG
Bahan-bahan :
Sayur licin / Slippery Vege - siangkan sayur dan rendam dengan air garam
4 sudu kicap cair
6 ulas bawang putih - dicincang kasar
1 sudu mentega
Minyak secukupnya

Cara-cara :
Panaskan minyak dengan api sederhana dan letak mentega. Bila mentega cair, masukkan bawang putih cincang tadi, Kecilkan api dan biar bawang putih jadi kekuningan atau sedikit perang. Toskan bawang putih, ketepikan.

Ambil beberapa sudu minyak bawang putih tadi. Panaskan dan masukkan batang sayur diikuti dengan daunnya. Kemudian, masukkan kicap cair. Biar sehingga sayur layu dan hidang. Taburkan bawang putih goreng tadi. Siap.

Selamat mencuba :)

9 comments:

  1. kalau echa tak pandai nak mkn sayur jenis2 berlendir mcm tu. tp nampak sedap je kan.

    ReplyDelete
  2. fuh look so fresh..mkn dengan nasi panas lagi umphhhh ..tapun ratah je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnn?? Makan dengan sambal belacan pun sedappppp..

      Delete
  3. Tak pernah pula beli sayur licin ni... Boleh cuba juga kalau jumpa sayur ni...

    ReplyDelete
  4. simple je cara masak dia..chinese style kot? nampak sedap, nanti boleh try

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah, memang chinese style :) Sha penggemar masakan cina.

      Delete
  5. Slippery? Tak pernah jumpa pula.
    Nak cari juga la.. Kaklong suka bendi.. <#

    ReplyDelete
  6. Serius tak pernah dgr slippery vege haha

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.