May 15, 2017

RESEPI SAMBAL AYAM BERSAMA BENDI

RESEPI SAMBAL AYAM BERSAMA BENDI - Resepi ni aku adaptasi daripada salah satu kedai makanan cina yang aku pergi. Aku jatuh cinta dengan menu yang diberi nama ''sambal chicken'' masa tu. Selalu jugak aku makan menu tu. Memang kenyang la. Perut rasa happy je.

Harini aku masak. Mama dah bising sebab aku asyik masak menu-menu bersantan macam masak lemak cili api, kurma ataupun kari. Pusing-pusing itu je yang aku masak. Walaupun Mama tak makan, tapi dia pulak yang rasa bosan dengan menu aku tu.


RESEPI SAMBAL AYAM BERSAMA BENDI
Bahan-bahan :
Setengah ekor ayam - dipotong, basuh dan perap dengan garam
*7 biji cili merah
*7 tangkai cili kering - direbus
*2 biji bawang besar
*8 ulas bawang kecil
*1 sudu besar belacan
*1 biji tomato
6 batang kacang bendi - hiris serong
1 sudu besar udang kering
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos ikan
2 sudu besar kicap cair
1 sudu kicap pedas Mahsuri
Garam dan gula perang secukupnya

Cara-cara :
Kisar bahan bertanda (*) , ketepikan. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan udang kering. Biarkan sekejap dan masukkan bahan kisar. Masukkan pula ayam dan biar ayam masak dengan api yang perlahan. Selepas itu masukkan semua sos dan sebatikan rasa dengan garam dan gula perang.

Akhir sekali, masukkan kacang bendi, tutup kuali dan kecilkan api. Biarkan bendi masak dan gaulkan biar sebati. Sedia untuk dihidang.

Selamat mencuba :)

10 comments:

  1. Sedapnya. Ana baru buka dengan sambal ayam tadi. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah... memang sedap.. hihi.. sama menu kita kan :)

      Delete
  2. Replies
    1. A'ah, tak banyak kerja sangat. Lebur je semua.

      Delete
  3. Bendi ni kan Mamajue amalkan masa dekat nak bersalin.. tips mudah bersalin makan bendi banyak2.. sebab lendir dia tu memudahkan baby keluar nanti.. InsyaAllah.. sedap pulak ayam masak bendi ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bendi memang bagus kan MamaJue? Auni pun suka sangat makan bendi ni. Kalau malas masak, rebus je. Pun sedap..

      Delete
  4. Sedapnya tengok sambal ayam tu.. menyelerakan...

    ReplyDelete
  5. terliurrrr. baru tengok gambar dah kecur air liur hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan terpedaya dengan gambar.. hihi.. tapi memang sedap pun :)

      Delete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.