RESEPI NASI BAWANG PUTIH BERKEJU - Monolog Aku Cuma Di Kiri

May 01, 2017

RESEPI NASI BAWANG PUTIH BERKEJU

RESEPI NASI BAWANG PUTIH BERKEJU - Semalam aku tak berapa larat nak masak lunch. Tapi dah cukup rehat tu, mulalah badan asyik ajak ke dapur je. So disebabkan tak makan lunch, aku masaklah benda yang heavy sikit, sayangnya, aku tetap tak makan. Tuan suami pulak yang beria. Agaknya aku ni letih sangat kot? Tu sebab tak selera makan? Kot laaa.

So, aku buat nasi bawang putih dengan ikan dory bakar pedas. Tuan suami memang makan banyak. Sedap katanya. Cuma harini aku nak share resepi nasi bawang putih tu je dulu. Versi aku la. Sebab semalam aku rajin. Hiks!


RESEPI NASI BAWANG PUTIH BERKEJU
BAHAN-BAHAN :
4-5 ulas bawang putih - cincang
1/2 batang lobak merah - sagat
1 sudu besar butter
2 pot beras
1 cawan susu segar
3 cawan air
Garam secukup rasa

Keju mozarella
Keju cheddar

CARA-CARA :
Panaskan butter dan tumis bawang putih dan lobak merah. Ketepikan. Basuh beras macam biasa dan masukkan air serta susu diikuti bahan tumisan dengan butter tadi. Letak garam secukupnya, masak nasi macam biasa.

Letakkan aluminium foil di atas talam, letak nasi dan taburkan keju di atasnya. Bakar dalam kepanasan 200'c. Sedia untuk dihidangkan.

Selamat mencuba :)

2 comments:

  1. Ya allah. dari tadi memang dah perati je kat IG. nampakkk sedappp tuu. nak try tapi kat rumah tade Oven. alahaiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak buat, akak yang tak boleh masuk. Maybe sebab akak bukan penggemar cheese kot. Hihi

      Delete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.